Monday 30 July 2012

B.I.S.U.L

Salam Alaykum

Today is the last day of July, and before the new moon is showing up, let's start the end of July with a not-juicy-story again.

B.I.S.U.L

I've never been affected with bisul throughout my life (so far), but unfortunately, it's affecting my son!

OH NO!!!

Hariz is currently suffering the abscess. Exactly next to his tempat pengeluaran najis.
And that is the reason why he's having bloating.
Setiap kali Hariz rasa nak kentut or berak, he'll keep it on hold.
Semuanya kerana bisul tu. It's painful.
Even Dr.Chong (the child specialist) pun geleng kepala and said "wooo.. this is painful"

Kesian anak teruna ibu.

What else I can do? I don't have any experience in handling abscess, but quite thankful as inche hubby pernah kena bisul, so, sikit banyak at least dia tahu.

Hariz has to consume the ubat demam lagi eventhough he's not in fever anymore, but as what been said by the specialist, the medicine will act as a pain killer, and of course, the antibiotic, and cream untuk sapu.

Praying hard the bisul will mengecut by this wednesday, or else, Hariz has to go a minor surgery on the bisul.

Tak boleh bayang. Macam tak sanggup je rasa. Dah la bisul tu kat dubur dia, lagi nak toreh bagai?

So now, I'm actively looking for any other solutions than surgery.
Whether is it going to be dangerous if I just keep on sapu je cream and let it naturally cure?
I don't think I'm able to handle the after surgical process as the doctor did mentioned that when they cut the affected area, they only letak plaster kat tempat luka tu (sort of).
I mean, come on. My son is a 9 months old baby, how on earth he is going to handle it?
Kalau kita orang dewasa ni, perhaps boleh nak control pengeluaran air besar, tapi, for a baby macamana?

Damn!

It's not an easy decision that me and inche hubby has to make.
Lot's of things need to put on consideration.

Even the doctor himself told me, kesian kat baby kalau nak buat surgical untuk buang bisul tu. Furthermore, it's not easy to handle it, especially baby as we need to put the hygenic as a top priority.

*****

Seriously rasa nak collapse sekarang jugak.
This wednesday will be an appointment to Hariz with Dr.Chong.
Kalau bisul macam still membengkak lagi, cik bulat gojes nak consult dengan Dr.Chong, kalau tak melibatkan surgical, tak boleh ke?
Hariz is too small to handle this.
And me myself not capable enough to handle the after surgical treatment.
I'm not capable to see Hariz suffering the pain.
I just do not have the strength.

As for now, I just keep on giving him medicines, and of course, sapu the cream sekerap yang mungkin.
Tukar pampers pun sekerap yang mungkin.
And, additional effort, cik bulat gojes rendamkan bontot Hariz dalam air garam.
Well, air garam kan boleh hapuskan bacteria.
Bisul ni pun asalnya dari bacteria la.
Harap-harap menjadi la.
Apa-apa pun, yakin pada Dia,
Allah Azzawajalla

[MayAllahBless:31072012:0048]

Friday 27 July 2012

Thank you mak..

Salam Alaykum.

Today wasn't a good day for me.
Sebab yang pertama, cik bulat gojes terpaksa berbuka puasa lebih awal dari waktu yang sepatutnya.
Bukan sebab malas nak puasa ye, tapi di sebabkan cik bulat gojes rasa pening, nak muntah and rasa macam nak tergolek macam nangka busyuk.

And this is how the story begun.
Hari ni, cik bulat gojes berbuka puasa kat Mahkota Cheras. Rumah my sis in law. Yelah, hari tu, family in law ada buat iftar, tapi tak dapat join sebab masa tu hari tengah demam kuat.
So now, Hariz dah ok, so, bergeraklah kami ke Cheras.

Ok, kita potong-potong la apa yang tak patut, kita terus jump to the next chapter in which, masa dah kat Cheras, cik bulat gojes agak kebosanan jugakla.
Sebab yelah, siapa je yang ada kat rumah masa tu kan.
So, cik bulat gojes pun ajakla inche hubby keluar jalan-jalan, then terus la pergi bazar Ramadhan. Sebab sejak puasa ni, cik bulat gojes masih belum berpeluang untuk menjejakkan kaki ke bazar ramadhan. Nak pulak, memang dari awal puasa lagi cik bulat gojes ni memang craving for popiah basah, and Inche hubby pulak kemaruk nak minum air tembikai.
Tapi, before that, kami ke Jusco dulu.
Saja, jalan-jalan survey tengok baju raya untuk Hariz.
Well, apalah sangat yang menarikkkan kat Jusco tu.
Cik bulat gojes sebenarnya dah naik muak dengan Jusco.
Teringat masa kat Melaka dulu... Jusco ajelah kejenya...

Dari satu floor to another floor, akhirnya, cik bulat gojes ajak inche hubby untuk ke floor paling bawah.
Yang tempat groceries semua tu lah sebab masa tu cik bulat gojes nak cari buah kembang semangkuk.
Cik bulat gojes tak pernah tengok, tapi, pernah terbaca dalam satu entry ni yang mengatakan air buah/bunga kembang semangkuk ni boleh menyejukkan badan.
So, ingat nak try la buat kan memandangkan cik bulat gojes ni memang jenis yang cepat sweating.
Tapi, malangnya tak jumpa.
Dengan Hariz lagi yang meragam sakan - sebab nak tidur, tapi tak mau duduk dalam stroller dia.
And entah kenapa and macamana, tiba-tiba mata macam kabur sekejap.
Rasa pening, kaki rasa berat, kepala pun rasa macam ada batu.
Memang betul-betul out of service la ibaratnya.
Masa tu jugaklah cik bulat gojes mintak izin dengan inche hubby untuk buka puasa sebab betul-betul tak larat.
Dah rasa nak cium lantai Jusco dah.
So, Inche hubby pun bagi lah suggestion bernas. Beli sebotol air, then minum dalam kereta nanti.
Cik bulat gojes ikutkan aje.

Aduii.. dah rugi satu hari.
Padahal, kalau ikutkan, it was around 4pm at that time. Few more hours to go. Tapi nak buat macamana kan.
Cik bulat gojes rasa, ni semua gara-gara ubat yang untuk buat susu badan tu.
Motillium..
Sebab, memang doctor dah warning awal-awal.
Ubat ni akan buat kita rasa tak selesa sebab dia buat badan kita mengeluarkan angin. Some sort like that.
Nak pulak bulan puasa.
Dengan perut kosongnya lagi kan, sebab ubat tu memerlukan kita minum banyak air - dah macam ubat kuruslah pulak kan.
So, nampak gayanya, sepanjang Ramadhan ni, kena stop dulu la pengambilan ubat tu.
Kalau tak, memang rasa nak rebah.

Ok, settle satu perkara, lepas Jusco, bazar Ramadhan hunting la pulak.
Nak cari popiah basah and air tembikai.
Memang kemaruk habis la nak makan popiah basah.
So, kami pergi la bazar kat Saujana Impian, Kajang.
Masa tu di sebabkan cik bulat gojes tak larat nak berjalan, Inche hubby terpaksa la shopping seorang diri - hihihihi.
Ala, lagipun, Hariz masa tu pun ala-ala bunga layu tak cukup air - Mengantuklah maksudnya.
Tak lama pun spend time kat bazar. Ala, cari popiah basah and air tembikai je.
Nak beli lauk pauk pun, mom in law dah siap masak dah semua kat rumah - elakkan pembaziran..

Let's cut it short, tiba lah waktu nak berbuka - macamlah puasa kan, padahala dah tibai air dah, hihihi
Tengok pada popiah basah tu, memang rasa nak terkam la.
Siap cakap kat Inche hubby, popiah basah tu beli 2 set.
1 set memang cik bulat gojes nak bolot sorang je - gila tamak!! hihihi

TAPI...............

Bila dah berbuka, Inche hubby yang rasa dulu popiah tu, and he said.. "gila tak sedap popiah tu"
Adussssssss..
Hampa.. tapi, sebab tak puas hati, cik bulat gojes pun ambilla satu and rasa.
Dissappointing!!!
Bukan sekadar tak sedap, popiah tu boleh dikatakan dah nak basi.
Bergenang airmata ku - mengalahkan orang mengandung yang mengidam.
Nasib baik bukan cik bulat gojes yang pergi beli popiah tu, kalau tak, memang esok akan ku bagi semual popiah tu pada si penjual. Maklumlah, cik bulat gojes kan a detonate bomb.
Kiranya, memang tak ada rezeki la untuk makan popiah basah.
Takpelah, lain kali.

So, after buka puasa, around 9pm macam tu, kami gerak pulang ke Klang.
Takut nanti ayah tok and neni Hariz risau pulak cucu kesayangan diorang belum pulang-pulang lagi.
We reached home around 10pm.
Kira, ok lah. My dad just got back home from terawih, tengah makan-makan kuih kat dapur.
Then mak as usual la, tanya dah makan ke belum and whatnot.
And yang paling buat cik bulat gojes rasa nak menangis bila tiba-tiba mak cakap "mak ada belikan along popiah basah. Mak tahu along nak makan popiah basah kan? Tu mak dah simpan satu bekas untuk along"

ohhhhhhh... sungguh touching, jantung berdegup laju sangat sebab tengah tahan sebak - control macho lah kononnya.
Tapi, yang mula-mula tadi kononnya kata dah kenyang, terus duduk kat meja makan and makan la.. apa lagi.. takkan menari pulak kan.
Ada 5 rolls kat dalam tu, semua cik bulat gojes sapu licin - gelojoh kan??
Walaupun takdelah dalam kategori sedap gila, tapi masih boleh di terima akal.
At least, hilang jugaklah kempunan aku.
And rasa pun jauh beza la dengan yang inche hubby bought earlier kat bazar saujana impian tu.

Alhamdulillah, rupa-rupanya tetap ada rezeki untuk makan popiah basah.
Syukur dengan nikmat Allah, and of course, thank you mak...........

Morale of the story, walaupun apa yang kita mahukan, tapi tak dapat, jangan lah terus kita berputus asa, kecewa, dan menyalahkan keadaan. Sebaliknya, kita harus redha, dan terus berusaha untuk mencari sehingga kita dapat apa yang kita mahukan, atau yang sewaktu dengannya.
And of course, yang paling penting, kita harus yakin pada Dia, Allah Azzawajalla.

[MayAllahBless:28072012:0020]

Thursday 26 July 2012

Petua hilangkan kahak baby

Salam Alaykum,
Salam Ramadhan.

Saja.. agak kebosanan tapi rajin untuk update something in here.
My son baru je nak baik dari demam. Seminggu my son flat terus. Sekarang, Alhamdulillah. Cuma still ada kahak degil yang menumpang dalam tekak my son.

Cik bulat gojes just couldn't wait for my son to get fully recover from fever sebab cik bulat gojes ada cara atau dalam erti kata orang-orang tua, ada petua untuk hilangkan atau keringkan kahak degil dalam tekak dia tu.

When my son was at the age of 3 months, the amount of phlegm dalam tekak dia memang boleh dikatakn banyak sebab sampai keluar melalui mata. Hidung tak payah tanya la. Sampai naik kesian tengok my baby masa tu.
Yelah, baby mana pandai nak keluarkan kahak sendiri.
Oleh kerana dah tak ada ruang lain untuk kahak ni keluar, melalui mata pun boleh jadi. Sounds ridiculous kan? tapi itulah hakikatnya.
Every morning memang susah my son nak buka mata gara-gara tahi mata yang penuh angkara kahak - dah mengalahkan orang sakit mata pun ada.
And at one point, sebab dah terlalu kesian tengok my son batuk-batuk setiap kali geli dalam tekak dia, cik bulat gojes pernah la jugak beberapa kali memasukkan jari ke dalam mulut dia dengan harapan my son muntahkan kahak-kahak degil tu *aksi merbahaya, sila jangan tiru aksi ini di rumah.

Lama jugaklah cik bulat gojes bertanya pada kawan-kawan cara untuk hilangkan kahak.
Pergi clinik pakar pun, doctors semua cakap paru-paru my son clear. Cuma kahak je dalam tekak dia. Ubat cairkan kahak pun macam tak jalan je.
So, pusing-pusinglah cik bulat gojes tanya pada kawan-kawan yang ada.
Ada kawan yang cakap bagi air kelapa.
Ada kawan cakap bagi madu
Ada kawan cakap bagi ubat cairkan kahak
Ada kawan cakap minta doktor sedut gas (something like that lah)

So, cik bulat gojes memulakan experiment pertama dengan bagi air kelapa.
Air kelapa yang pure tau bukan dalam botol punya.
And of course, without sugar ok.
Sebab my friend ni kata, bila bagi air kelapa, nanti kahak tu akan keluar. Samada melalui hingus ataupun najis.
Berbotol-botol Hariz minum air kelapa, tapi, macam tak ada perubahan.
Lagi Hariz syok minum air kelapa adelah - maklumlah..... sedap.
So, the results turned out to be not as expected.

Later on, I decided to give a try on honey.
Did some research online untuk cari few information before bagi pada Hariz.
Of course I have to find out whether it is safe enough or not to give honey to Hariz and I did consult with the child specialist as well.
So, please take note ye. Before you give something to your baby, please seek for a consultation with a doctor and it's highly adviseable to consult with the child specialist.
Sebab, kita tak tahu apa masalah yang sebenarnya.
Petua ni menjadi pada Hariz, tapi mungkin tak jadi pada baby lain.

Tapi, to those yang memang dah confirmed your baby tak ada masalah lain selain dari kahak dalam tekak, maybe boleh cuba cara ni.

So, all you need is as below;

1. Madu - Madu yang asli, tak ada campuran herba-herba lain. Untuk Hariz, I use madu arab. The name of the honey is Madu El-Ejib. Memang pekat madunya.

2. Air - Untuk Hariz, I use air Musoffa. Ala, yang warna kuning tu. Air tu air zamzam yang sudah di baca dengan ayat-ayat Al-Quran. Kalau tak jumpa, guna air zamzam pun boleh sebab molekul dalam air zamzam adalah molekul penyembuhan. Kalau tak ada air zamzam, air masak pun boleh. Tak ada masalah.

Cara bancuh senang je.
Cik bulat gojes tak ada nak sukat-sukat bagai ni. Main ikut suka hati je.
Tapi, untuk baby, jangan sesekali bagi madu sahaja. Sebab madu ni pekat. Takut baby tersedak nanti. Unless anak korang dah boleh makan sendiri. Maksudnya, dah besar lah.
Untuk baby, whether you like it or not, you have to mix it together with water.
Untuk Hariz, dalam botol air dia, cik bulat gojes masukkan 1oz madu, then air pulak, cik bulat gojes masukkan sampai ke nombor 4. Kiranya, 1oz madu and 3oz air musoffa tu la.
Then goncang sebati lah. Hariz suka minum air campuran madu yang dah di sejukkan sebab mamat kecik ni jenis pemanas macam ibu dia jugak. Hehehehe.
Air madu tu, cik bulat gojes jadikan air minuman harian dia.
Tak ada istilah berapa kali sehari nak kena bagi. Selagi anak mahu, bagi je.
Baby pun suka minum sebab manis madu tu.

Alhamdulillah, seminggu Hariz minum campuran air madu tu, kahak dia kering.
Tidur malam dia pun tak terganggu dengan batuk-batuk lagi.
Tapi, sejak dia demam minggu lepas, nampaknya Hariz berkahak balik sebab he got affected with flu jugak.
Takpe.. tak ada masalah..
Nanti cik bulat gojes akan bagi air campuran madu balik.
Sekarang cik bulat gojes belum bagi lagi sebab Hariz masih makan ubat.
Takut nanti madu tu bertumbuk pulak dengan ubat-ubat yang Hariz kena consume sekarang.
Yelah, kita manalah nak tahu kan.
Bila dah tak makan ubat nanti, baru boleh bagi air madu.
And sekarang pun, cik bulat gojes dah start bagi Hariz makan Scott Emulsion. Satu sudu sehari would be enough for the time being.

Oh, additional info ye, masa masukkan air dalam botol susu anak tu, baca-baca kan lah sikit selawat ke, doa Syifa ke, atau apa-apa doa untuk penyembuhan.

Kita ni, dalam nak mengubat atau berusaha untuk penyembuhan, kita sebagai orang islam di galakkan untuk yakin dengan penyembuhan cara islam.
InsyaAllah. Jika dengan izin dariNya, akan sembuh juga nanti.

Selamat mencuba!!

Yakin pada Dia,
Allah Azzawajalla.

[MayAllahBless:27072012:0736]

Wednesday 25 July 2012

Expect the unexpected

Salam Alaykum.

Allhamdulillah.. still been given a chance to stop by and write something in here.

I just happened to went through a blog that belongs to someone who I know really well (however, I believe that the address has been changed when she found out that I've read it) - of course.

I'm really quite not in the mood to start the story telling session on how it begun from the beginning to the end.
Perhaps, I may say, It was a luahan perasaan of this person towards me and Inche hubby, about the friendly football match between Malaysia and Arsenal - This person is a die hard fan of Arsenal

Nothing much I could say, indeed, I have nothing to say.
She has the right to say her heart out. I don't really mind either.
But I was kind of a little bit sad, because it was something unexpected.

Come on!! Open up your mind!
Because of the football things, you wrote all those "nice" words about me.
You got it misunderstood.
You knew really well that I'm not the Arsenal fan.
To say something annoying towards your team during the football match is nothing man!
It's totally just for fun!
That's the beauty of watching the game. To have all those provoke laughter when your team lose, being sarcastic and whatnot. That is what we call it FUN.

You really make me laugh woman!

I think, I should end it now. It's not worth it to keep on remembering each of words that you have wrote in your blog.
Requesting people to grow up and I think, you better say it to yourself first.
Because I think, you deserves it more than I do. Don't you think so?

Yeah.. I admit that you're smart, brainy, intelligent bla bla bla.. BUT.. at certain things, you're even the WORST out of all.
Think about it woman.. because in life, learn to think.. not think to learn.

However, I'm grateful to god for what I have and what have been given.

Yakin pada DIa, Allah Azzawajalla.

[MayAllahBless:26072012:0129]


Monday 23 July 2012

Ramadhan is on the move

SalamAlaykum

Families and friends.
It has been a week since my last update on the blog.
Been busy with my little hero. He was affected by flu, fever, cough and left eye aching.
Poor my little boy.
However, should be grateful to god as he's getting better now. It just that me and Inche hubby have to keep an eye on him regularly to make sure that he's perfectly well - anyway, who don't?

First and foremost, I would like to wish a happy ramadhan to all of muslims in the world.
Let's gather as much as good deeds during the month as we do not know whether we might or not be able to meet the next ramadhan - It;s on god's will.

This ramadhan is rather different than before, and I believe, the Raya celebration would be different too. last year were 2, this year will be 3. An additional of one family member, and its my little hero, my son, Hariz.
Don't know how it's going to be.
Unfortunately, I do not have the excitement of celebrating Hari Raya.
Not yet I mean - I only have the feeling to have the celebration only with 3 of us. And I really am sure that it need to be planned precisely.
Go for the Raya prayer, and drive somewhere to any places that would brings us peace - you wish.

Ok, no sad stories please.
Talking about all those pathetic is pathetic.
So, I better don't right? - Yeah! I'm absolutely right.
I really need to knock myself out before I would burned to crisp.

Time flies really fast!
I wish I could writes more.... unfortunately, TIME has just being in jealousy mode, asking me to stop.
Stop for now, will be continued later on.

Till then.

[MayAllahBless:24072012:0037]

Saturday 14 July 2012

syukur.. terima kasih Allah

SalamAlaykum,

Hari ni tak sempat nak berkomik sebab anak is not in a good condition. Berjangkit flu dari cik bulat gojes and papanya.

Well, orang kata, memang lumrah ibu dan anak.. Kalau si ibu demam, anak pun ikut sekali - betul ke? Wallahualam.

But today, it is not the one that matter the most. What matter is...............

Hidup kita ni, kalau tak ada masalah, memang tak best la kan.
PROBLEM - is one of the colour in our life. Warna apa setiap masalah tu, hanya kita, mereka yang berkaitan dan Allah yang tahu.

Hidup ni memang tak selalu indah. And ramai jugak yang buat perumpamaan bahawa hidup kita ni ibarat putaran roda. Sometimes we will be up high, and sometimes deep down below.
And setiap kali kita berada di bawah, masa tu rasa dunia ni kejam sangat untuk kita.
Sebab, masa tu lah, orang yang kita harapkan untuk membantu kita, akan pergi jaaaaaaaaaaaauh dari kita. - itu perkara biasa. Sebab, teman ketawa memang ramai.. teman menangis??? Tepuk dada tanya selera.

Setiap kali diri di landa masalah, samada berat atau ringan, besar atau kecil, kita sebagai manusia biasa kena terima. Walau dalam keadaan macamana sekalipun.

"Tidak ada yang dapat menolak takdir (ketentuan) Allah ta'ala selain doa - HR Tirmidzi, 2065"


So, betullah kan, apabila kita diturunkan masalah, itu bermakna Allah loves you.
Why? - Kalau hidup kita ni sentiasa di limpahi kesenangan, tak ada masalah datang, tak ada kesedihan, maka, kita akan lalai. Kita akan lupa pada pencipta. Siapa yang mahu mati dalam keadaan lupa pada Allah?

Jadi, bersyukurlah setiap kali di beri ujian dalam dugaan hidup. Kerana, itu tandanya Allah mencintai kita. Dia mahu kita sentiasa ingat padaNya, sentiasa yakin padaNya, dan sentiasa meletakkan diri kita di alam nyata.

"Bila engkau meminta sesuatu, mintalah kepada Allah dan bila engkau meminta pertolongan, mintalah pertolongan kepada Allah - HR Tirmidzi"

Malah, Rasulullah juga pernah bersabda;

"Barangsiapa yang ingin di tolong Allah saat tertimpa malapetaka dan kesempitan, maka perbanyaklah berdoa di saat lapang (senang)

Dan, menurut hadis riwayat Abu Daud - "Ya Allah, Sungguh aku berlindung kepadaMu dari kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat"


Jadi, setiap kali kita di timpa bebanan masalah, jangan lupa untuk ucap syukut kehadratNya, dan hendaklah yakin pada Dia,

Allah Azzawajalla

[MayAllahBless:14072012:1858]

Friday 13 July 2012

Comic: Believe your eyes or ears?

Salam Alaykum

Kali ni, mari kita bercerita hal-hal negara - cheewahh..poyo je kan cik bulat gojes ni.
Well, for the past moons, cik bulat gojes and inche hubby jadi pak supir kepada sesiapa lah kat dalam rumah ni, especially adik.

She is the frequent traveller of KTM.
Whenever dia travel by KTM Komuter, faham-fahamlah berepa cepat she will arrive at Klang station kan.
I used to be one of the frequent-traveller-by-KTM Komuter too. Long time ago.
And memang, kalau di beri pilihan whether to choose a car or Komuter, I would rather join those people in the massive traffic than keep on waiting for the train, especially Komuter.
Lagi la cik bulat gojes akan bengang bila kita ingatkan train dah sampai, rupa-rupanya, gerabak bawak barang yang lalu

maksudnyaaaaaaaaaa....

D.E.L.A.Y!!

Gosh, maksudnya, you have to wait for another half an hour (masa tu, kita dah pun menunggu untuk setengah jam) - that makes a total of one hour of waiting.

And I thought, after years, KTM would enhance their services - at least, reduce the waiting time.

But it seems that I still can hear complaints from my sister on the same issue.

In tandem with the development, I strongly believe that KTM has to do something with it.
Well at least, I can see now that they have changed their old locomotive to a new one, and also ada gerabak khas untuk wanita.
Itu boleh di puji, and I hope, from time to time, more changes to come.
Baru la betul Malaysia maju. Betul tak?
So, enjoy the comic' below ok.
Just a short one, Tak boleh panjang-panjang yang ni, bahaya.. takut salah faham nanti. heheheheh







[MayGodBless:14072012:0056]

Comic: Are you eating?

Salam Alaykum

Here is another comic for a situation encountered few days ago.
However, I did make changes on the watak and perwatakan untuk menjaga hati dan muka yang di tuju.

So, enjoy!!

Situation: At the dining table









HOHOHOHO
Tell me guys!! Tell me seriously!
What should I say when someone is asking for what are you doing while you were eating??
I wish I could lay down and laugh straight to her face.
However, cik bulat gojes is not cruel enough to do that.
So, I would like to believe, that was the paling sopan jawapan I could give.
Boleh???


[MayAllahBless:14072012:0002]

Comic: Snappy answer to an obvious question

Salam Alaykum.

Have you encountered with any kind of situation when someone ask for an obvious-answer kind of question?
So, how would you react with that?
Heheheh.. can it be as below?

Situation: You are lining up, and in the midst of it, someone is behind you and about to ask





LOL

Well, think of that, what were you thinking when you see someone is lining up? What are you expecting that person is doing?? playing football??

Anyhow, I can say that it is good enough I give that kind of answer rather than any other mean words.
LOL - why would I bother about her feeling if she didn't even care how would I feel by asking stupid question as if like I do not know what am I doing right there.

So, pweaseee avoid yourself from asking for an obvious-answer question.

[MayAllahBless:13072012:2354]

Aku pakai BB kau pun pakai BB? Add la...

SalamAlaykum!

Nampak tak tajuk kat atas???
It's alllll about BB.
Semua tahu kan BB tu apa???
Well, ni la BB kesayangan aku and the best BB i've ever had.


I used to use Bold 1, Bold 3 and the latest is torch.
Ok, bukan about which version yang cik bulat gojes pernah guna, tapi, nak story about satu eyh dua kejadian kelakar yang serupa.. Semuanya kerana BB - ahaks..

Well, bila kita sebut BB, ada setengah orang akan kata "BlackBerry", tapi ada jugak yang kata "BroadBand" - owh, sungguh haru.

So, di sinilah kekeliruan itu berlaku.. Baik cik bulat gojes dan baik kawan cik bulat gojes tu.

Cerita #1

Kami dah lama tak berhubung. Rasanya, adalah dalam setahun lebih. We've known each other in 2005, when we were at Terengganu. This girl dah macam adik to me and inche hubby jugak (well, because she's younger than me of course) and last week, she suddenly showed up (in fb), and this time she happily married.
She private message me in facebook, of course la tanya khabar,
Let's cut it short ok, we were having conversation in FB, and before we end it, I asked her whether is she using a "BB".  Well, itu memang soalan lazim cik bulat gojes untuk bertanya such question. So, kawan cik bulat gojes ni pun dengan penuh keyakinan jawab dia guna "BB" milik hubby dia.
So, tanpa bertanya next question, cik bulat gojes pun dengan penuh keyakinan jugak cakap,

"ok, ni BB pin akak, nanti adik add ye"

So, cik bulat gojes pun menunggu la.. tunggu punya tunggu punya tunggu bulan tak timbul-timbul.
So, cik bulat gojes pun tanya lah, kenapa tak add lagi, so ni jawapan dia..

"akak, macamana nak add.. takde pun tulis boleh add"

hah sudaaaaaaah.. takkan a BB user tak tahu macamana nak add? Then, entah macamana tiba-tiba cik bulat gojes pun tanya,

"Adik pakai BlackBerry kan?"

aaaaaaaaaaand jawapannya....

"Adik pakai BroadBand E'e"

owh.. double haru.............


Cerita #2

Lebih kurang sama, but this time, cik bulat gojes terus bertanya dengan direct. Instead of sebut "BB", cik bulat gojes terus cakap "are you using BlackBerry?"

Taaaaapi, still, terkono lagi.. pun yang sama.. Bukan BlackBerry yang di guna, TAPI, BroadBand. Ayooooo...


----------------------

Apa-apa pun, tak kisahla guna BlackBerry ke, BroadBank ke, di harapkan, hubungan silaturrahim sesama manusia, tak akan putus. Terus kan berkawan sampai mati.
Orang kata, berkawan biar seribu, tapi, biarlah setia pada yang satu.

Yakin pada Dia
Allah Azzawajalla

[MayAllahBless:13072012:1730]





Tuesday 10 July 2012

Thank You Allah



Yakin pada Dia,
Allah Azzawajalla.

[MayGodBless:11072012:0922]

Kerabu kaki ayam

Salam Alaykum and good morning all.
I'm currently down with watery eyes, flu and phlegm. Inche hubby is getting better and now it's my turn to take over.

Inche hubby is away sending my youngest sis to college, so, I ending up with don't know what do.

Well, last night, i did write a recipe on steamed bread pudding, and now, I remembered on my another recipe.
Well, I learn how to make it from my mom - of course - on how to make Kerabu Kaki Ayam.

ini gamba ihsan dari dalam internet

It's superlicious, trust me.

Last week, my abah in law buat satu family gathering to celebrate from April to July babies, for menyambut puasa and tahlil.
So, my mom in law bagi mandat kat cik bulat gojes untuk buat kerabu kaki ayam - masak..... LoL
Nak kata tak menggelabah, tipu la kan, taaaaaaaapi, cik bulat gojes cool aje - konon.

2 weeks before the gathering, cik bulat gojes cari la recipe, and since kerabu kaki ayam ni memang bukan benda pelik dalam my family, so, bonda cik bulat gojes la jadi tempat rujukan sebab mak memang terror dalam hal-hal ni.

So, mari kita tengok apa yang perlu ada untuk buat kerabu kaki ayam ni.

Main Ingredients

Kaki ayam - nama pun kerabu kaki ayam kan.. lagi banyak, lagi sedap.
Daun kesum
Serai
Bunga kantan
Cili padi - untuk tumbuk lumat and hiris halus
Belacan
Limau nipis
Bawang Merah
Bawang Putih
Bawang Besar - some panggil bawang Jepun, ada jugak panggil bawang Holland, etc.
Daun salad - alaaa.. yang selalu letak dengan nasi ayam tuuuuu.
Garam
Gula

Cara-cara buat. Very the easy one.

1. Rebus kaki ayam sampai lembut sebab nanti korang kena buang segala tulang yang ada. Guna jari pun boleh. Make sure jangan sampai hancur pulak.

2. Sementara nak menunggu kaki ayam lembut, boleh la hiris nipis-nipis daun kesum, serai and bunga kantan. Campur je dalam mangkuk besar terus. Cili padi pun hiris jugak, tapi jangan la nipis-nipis sangat. In case kalau ada yang tak mahu pedas sangat, masih boleh nampak hirisan cili padi dalam tu untuk di asingkan nanti.

3. Hiris bawang besar dalam sebiji dua, depends on berapa banyak korang buat, and hiris jugak daun salad - make sure hiris bawang besar and salad tu jangan tebal sangat, and jangan nipis sangat. Bila dah hiris, asingkan dulu dalam bekas lain, sebab yang ni akan di gaul last sekali.

4. Lepas yang hiris-hiris dah ready, kita tumbuk menumbuk pulak. Tumbuk lumat Bawang merah 5 ke 6 ulas, 4 ulas bawang putih, agak-agak dalam 8 batang cili padi dan belacan. Tumbuk make sure lumat tau. Cili padi tu, pandai-pandai la nak tahap kepedasan macam mana. Tapi ingat, nanti pun akan di masukkan hirisan cili padi jugak tau. Nanti terbakar montot. Belacan pun sama, lagi banyak lagi bagus, tapi yelah, jangan lurus bendul pulak, mentang-mentang cik bulat gojes kata lagi banyak lagi sedap, terus letak sebuku haaaa.. pandai-pandai agak la ye.

5. Bila dah tumbuk lumat, ambil dalam 2 biji limau nipis, ambil jus nya ye. Campur je sekali dengan bahan yang di tumbuk dalam lesung tadi. Gaul siap-siap dalam tu. Waaaah.. rupa sambal belacan pun ada.. hehehe

6. Kaki ayam tu, bila dah masak, dah lembut, buang tulang-tulang semua ok. Pastu, kalau rasa besar sangat kaki ayam tu, hiris-hiris la sikit. Mungkin bahagi 4 ke, kut-kut la ada yang ngeri pulak tengok kaki ayam kat dalam tu - hahahaha - gelak guling-guling.

7. Bila dah ready semua, it's time to gaul menggaul.. wallaaaaaahhh.. Masukkan bahan yang dah di tumbuk and dah di campur jus limau nipis ke dalam mangkuk yang ada daun kesum, serai semua tu. And masukkan jugak kaki ayam kat dalam mangkuk tu. Gaaaaaaaaaaaaaaaaaaul sebati, then masukkan bawang besar dengan salad, gaul lagi. Jangan gaul kuat-kuat sangat, takut hancur salad tu nanti. Then, masukkan garam sikit and gula sikit, gaul lagi, then rasanya. Kalau tawar garam, letak garam lagi, kalau tak masam, tambah jus limau lagi sebab kerabu ni is all about the taste of masam, manis, masin and pedas. Mesti kena balance kan ikut citarasa masing-masing.


So, selamat mencuba........


Yakin pada Dia,
Allah Azzawajalla

[MayGodBless:11072012:0913]





Steamed Bread Pudding with Dates

Salam Alaykum.
I got so rajin today sampai entah kenapa tiba-tiba terasa nak buat bread pudding dalam keadaan tak cukup bahan - Konon nak kata terror la walau tak cukup bahan, the output is some kind of mabelles..



Well, as for me, as long as you cook dengan penuh kasih sayang, walau dalam keadaan tak cukup ingredients, idea-idea untuk menggantikan bahan yang tak cukup tu PASTI akan muncul. Percayalah..

So, here is my budget sendiri punya recipe. Mula-mula tu tawakkal je lah kan, sebab niat asal pun buat untuk my son je since he is kind of person who can easily get bored if makan benda yang sama je everyday. Jadi, bila nampak ada telur, ada roti, apa lagi.... jom buat puding roti...

Ops, before lupa, recipe kat bawah ni memang yang sepatutnya bahan kena ada. Tapi, masa cik bulat buat ni, susu cair tak ada, so, cik bulat hanya guna susu pekat je. Bancuh dengan air, pandai-pandai la budget tahap kemanisan yang di ingini. Please remember, no sugar added ok sebab susu pekat tu dah manis dik non oii...

Main Ingredients

Bread
Butter
Vanilla essence (but i use strawberry flavouring hehe)
1/2 can of Condensed milk
1 can of Evaporated milk
Dates - finely diced - make sure to try out your dates so that you may know how sweet it is, and make some adjustment on the amount of condensed milk to be put later on.
Eggs -  about 3 to 4 - depends on how small and how big your brass is.

How to make it

1. You may boil the water in the steamer as it may take some time for boiling.
2. Put some butter inside the brass and wipe it - so that your pudding won't stick on the brass.
3. Put some butter to all breads too, and arrange it properly inside the brass - press the bread a little bit to ensure no breads are floating around.
4. In a bowl, mixed the condensed milk, evaporated milk, dates and eggs together. Add some vanilla essence and whisk it. Pour the mixed onto the brass, and steamed it for half an hour.
5. The bread pudding is however best serve with chocolate/strawberry sauce, and also with Vanilla ice cream on top.

Quick and simple kan??
Hehehe.. Cik Bulat bukanlah seorang yang expert in cooking. But I love to try out. Jadi tak jadi, belakang cerita.
Next, cik Bulat tengah nak belajar buat cake or cupcake ke.
Cik bulat gojes dengan inche suami dah pernah try buat biscuits and memang dah tertulis di loh mahfuz yang cik bulat gojes and inche suami MEMANG tak ada bakat untuk buat cookies.
Well, from time to time, kita try ajela.. try sampai pandai. - Untung la ada inche suami yang minat jugak dalam baking ni.

Yakin pada DIa,
Allah Azzawajalla

[MayGodBless:11072012:0156]

I love you like a love song baby

Salam Alaykum!!
In 15 more minutes, my dear son is shifting his age from 8 months to 9 months of age!
How time flies really fast.

Happy 9 months old dearie Hariz.
Keep on growing baby. Grow healthy and smart.
Ibu and papa will and definitely LOVE you more than you do.


The greatest gift, my precious and my pride and joy, my everything.

Half of me is belongs to my Inche suami, and another half is belongs to my baby boy, Hariz.
Love you till Jannah.


Yakin pada DIA,
Allah Azzawajalla.

[MayGodBless:11072012:0114]


Thursday 5 July 2012

UNTUK DIA!!!!!!!!!!!!!!!!!

Obsession baru..

Salam Alaykum...

Alhamdulillah, masih di beri kemampuan untuk terus menghapdet blog ni.
Ok, Tak tahu kenapa malam ni macam rajin sesangat laaaaaa nak meneroka youtube ni - motif?
And tahu tak, mak tom macam addicted dengan Najwa Latif.

Ahahahahaha...

Tak kisah la kan orang nak kata "ape kelassss kau nak layan Najwa Latif, baik layan Jessie J ke, Ne-Yo, Pitt Bull.. ni, Najwa Latif?? Pe barang".

Jawapan ku senang aje... "kau ape peduli, telinga aku, aku punya suka, kau tak suka, blah" - waaaaah, mak tom mengganezzz sudehh..

Aku tak kisah la singer tu budak belas tahun ke, puluh tahun ke, or puluh-puluh tahun ke, as long as their song memang kena dengan telinga aku, aku memang layan lagu tu.

So, below ni ada 2  video clip lagu Najwa Latif yang aku suka sangat-sangat - hellooo.. sampai inche suami pun terikut sama okiessss...

so, mari kita ENJOY!!





Serious!! These two songs really put me in addiction!!

Sangat best, relax, tapi ada maksud dia.

As for the second video, Kosong, memang benda ni dah lama, and aku sangat yakin dan pasti yang dia pun mungkin sudah pun melupakan lelaki yang bangangs lagis budus itus.

Yang telah meranapkan hidup seseorang ni dengan kata-kata manis.

Tapi, untuk seseorang ni, aku sentiasa doakan mung jupo dengan lelaki yang terima mung seadonyo, di masa susoh atau senang. InsyaAllah.

Yakin pada Dia,
Allah Azzawajalla

[MayAllahBless:05072012:2109]

Video: Celebration of Love of Irma Hasmie & Rezza

Salam Alaykum

Ohsemm..
The wedding is simple tapi sangat best.
So, below ni ada 2 videos, satu video ni macam ala-ala pre-wed punya video la. Selalu orang buat yang "Save The Date", tapi yang ni, menceritakan how they met.
MasyaAllah, berjumpa di hadapan kaabah, Alhamdulillah, Allah telah memudahkan pencarian jodoh Irma Hasmie.
Walaupun Irma Hasmi tak kenal aku, tapi, aku minat dia (ni semua gara-gara Awan Dania), nak pulak selepas berhijab ni. Memang sweeeeeeeeeet sangat.

So, enjoy ok.
Kalau betul-betul menghayati, boleh jatuh air mata.









There you go..


3 videos untuk tontonan umum.
Video pertunangan pun sangat sweet dan best.
Sukaaaaa...

Nasibla dah kahwin and dah ada seorang hero.
Mungkin 10th year anniversary nanti, boleh buat ala-ala wedding gituss - Melampau!!
Itu pun kalau masih ada jodoh dari segi hubungan suami isteri, dan jodoh dalam umur.
Apa, ingat umur tak ada jodoh?
Kalau ada jodoh untuk terus hidup, InsyaAllah.
Berdoa pada Allah.
So, rasanya, dah tak ada apa lagi yang nak di lalutkan,
Ni pun sambil menemani hero pujaan malaya cilik tidur, huhuhu.

So, till then..
Kepada yang sudah bersuami/beristeri,
Jangan meleleh air liur ye dengan videos ni semua.
Teruskan perjuangan dalam hidup. Biarlah perkahwinan hanya sekali.
Eratkan hubungan kekeluargaan setiap hari. Pupukkan rasa cinta, semai kan benih cinta, taburi cinta dengan benih-benih dari doa kepada Allah Taala.
Semoga hidup kita akan lebih di berkati dan di redhai Allah.
Kepada yang belum mempunyai anak, jangan putus asa.
Teruskan hayati hidup berdua dan teruskan berusaha.
Pada yang sudah memiliki cahayamata, jagalah utusan Allah dengan sebaiknya.
Didik mereka ke jalan yang betul.
Jangan sesekali sia-siakan amanah Allah itu kerana anak-anak lah harta kita dunia akhirat.


Mak Tom mintak diri dulu ye.

Yakin pada Dia,
Allah Azzawajalla

[MayAllahBless:05072012:2029]




Wednesday 4 July 2012

Ubat migraine PERCUMA!! Hurry!!!


Naah..
Dedicated to those yang ada masalah serangan migraine tahap nak cabut kepala, perhaps may give a try cara ni.

Belum try lagi, tapi, InsyaAllah.
Perubatan cara Islam adalah perubatan yang terbaik.
And of course, dengan setiap apa yang dilakukan, haruslah dilakukan dengan penuh keyakinan.
Kan Allah lah yang Maha Penyembuh.
Segala penyembuhan adalah dengan izin-Nya.
Kalau tiada keizinan dari-Nya, macamana nak sembuh, betul tak?

Ok, Mak Tom melalut lagi.

Jadi, di harap dapat manfaat daripada information tak seberapa Mak Tom ni ye.

Yakin pada Dia,
Allah Azzawajalla

[MayAllahBless:04072012:2057]

Nisfu Sya'ban

Salam Alaykum,


Hari ni, malam Khamis, malam di mana buku lama kita akan di tutup untuk di audit dan di buka pula buku yang baru.

Selagi masih ada nafas, maka selagi itu masih belum terlambat untuk terus melakukan ibadah kejalan Allah.

Sebelum buku lama di tutup, saya, SITI HAJAR BINTI MARZUKI dengan rasa rendah diri ingin memohon maaf ke atas semua kesilapan yang telah saya lakukan dalam keadaan sengaja atau pun tidak. Kita hanya manusia biasa yang tidak boleh lari dari melakukan kesilapan.

Kepada-Nya ku memohon keampunan, dan melalui-Nya kuberi kemaafan kepada semua.

Jadi, dengan wujudnya buku baru, semoga kita dapat penuhi dengan segala kebaikan dan amal ibadah. Perbetulkan segala kesilapan, dan terus berjuang ke jalan yang di redhai Allah.




Yakin pada Dia,
Allah Azzawajalla

[MayAllahBless:04072012:2044]

Monday 2 July 2012

OMG, I did thaaaaaaaaat

Ok, this is crazy.
Yeah, aku sekarang memang aggresively looking for a job sebab Mak Tom dah bosan jadi suri rumah tangga, and I managed to get an interview from one company.
As usual lah, tanya itu, tanya ini, aaaaaaaaaaand here comes the common said part

"if you are selected, we will give you a call in 2 to 3 weeks time"

So, this is when aku rasa macam tak ada harapan la kot sebab tak ada nak tanya pasal gaji *gelojoh kan?* - Tapi, the truth, deep down inside me memang mak tom meletakkan satu harapan setinggi gunung lah.

And few days later, I received a call from the manager - pada mulanya sudah berangan dapat berita yang aku dapat kerja, tapiiiiiiiiiiiiii...

"Hajar, I would like to invite you for the second interview on Next Monday at 1pm. Would it be ok to you?"



Well, do I have other choice?? Kalau aku kata "NO" nanti di reject orang pulak. Belum apa-apa dah demand dulu.

So, I've been given 4 days to make preparation and this time diorang nak aku buat short presentation.
Ternganga la sekejap.

Dah la Mak Tom tengah frustrated gila kan. Harapkan lain, tapi lain yang dapat.
And duuuuuuuuh memang Mak Tom tak buat apa la. Sebab these few days agak banyak la bendasing-bendasing jalanan yang buat aku stresssssss sangat.
So, biasalah, last minute baru terkincit-kincit nak cari info. - owh, well, masa tu fikiranku tengah bercelaru dengan pelbagai masalah yang ada, so, sampai satu tahap, aku tak tahu apa yang aku tengah  buat.
Focus? Jangan tanya lah, memang lari teruuuuuuuuuus.

Masa tu, aku memang mengharapkan kata-kata mutiara dari inche suami ku, TAPI, laaaaagi hampeh.
He's not this kind of guy who can play with words. Kalau tanya bab computer ke, internet ke, gadgets ke, memang kelajuannya mengalahkan UNIFI.
Tapi, walaupun dia fail dalam bab bermain kata-kata ni, kata-kata suntikan semangat tetap dia bagi pada aku walaupun kadang-kadang Mak Tom sendiri pun pening sebab...... - apakah yang cuba di sampaikan ni? LOL

Banyak kali aku pandang wajah satu-satunya permata hati aku, Hariz.
Sebab masa tu, aku betul-betul perlukan kekuatan, keyakinan dan semangat yang tahap maksima.
Tapi, tak tahu kenapa, aku tetap rasa tak boleh.
Semangat? down.. Keyakinan? down.. Airmata pun down dengan lajunya.

Yes, I cried, lepas tu gelak sendiri sebab aku tak pernah nak rasa macamni untuk pergi interview.

Inche suami cakap...

"ibu, bukan senang untuk dapatkan second interview. Itu bermakna dorang memang interested dengan ibu so that dorang nak tengok lagi apa yang ibu boleh bagi"

Heh, berulang kali inche suami memujuk and cuba yakinkan Mak Tom yang degil ni, tapi sikit pun tak berbekas di hati dan aku tetap berdegil untuk tarik diri - Ini lah dia manusia degil. Blame kat 2 pusaran atas kepalaku - motif?

Sampaila inche suami pun dah give up dengan puan isteri yang degil sebab ada 2 pusar atas kepala ni, akhirnya, pasrah dan redha dengan keputusan gila lagi merugikan Mak Tom ni.

However, masalah tak selesai lagi.
Sebab fikir pulak, macamana nak inform kat dorang-dorang semua tu?
Nanti apa kata dorang?
Masa interview kemain cakap "I love to challenge myself", tapi ni, baru suruh buat short presentation, dah nak tarik diri - errrrrr.... kan dah kata, punca sebenar sebab aku stress yang amat sangat - again, morif?
So, bermulalah drama tak bertauliah Mak Tom ni. Sambil-sambil tulis e-mail, sambil fikir, jalan cerita apa yang nak di buat.
Well, nak tak nak, terpaksa la cakap yang aku terpaksa tarik diri dari interview tu sebab ada kematian dalam family - again, errrrrrrrrrrrrrrrrrr... well, aku just cakap nenek aku meninggal (well, nenek sebelah mak aku pun memang dah tak ada pun. Boleh la jadi bahan tipu sunat).
Lagi, tulis jugakla kononnya, masih berminat untuk have other interview with them for any other related position. Itu ayat cover sebenanrnya sebab tak mau nampak obvious sangat.




Tapi... masih ada tapi.....
bala tu tak ending di situ ye tuan-tuan, puan-puan.
Sebab, few minutes later, BlackBerry ku berkelip-kelip lampu merah, dan ku lihat ada e-mail notification - apakah??
Mula-mula fikir, mungkin e-mail jobs alert dari JobStreet.. tapiiiiiiii...

huh, JobStreet la sangat kan........ sekali, the manager replied...

Ingatkan, reply "thanks" ke atau apa-apa la yang berkaitan.
Yelah, bila dah tarik diri, maknanya, they can find other candidate. Betul tak?
Tapi, tu lah.. lain yang kuharap, lain yang dapat....
Rupa-rupanya, the manager nak re-arrange date untuk econd interview aku.
Ayooooooo.. menangis tak berlagu la Mak Tom sekejap.
E-mail pulak aku received right after I told my hubby yang aku berminat untuk menjadi seorang pendidik.
Dengan terimanya e-mail dari manager tu, inche suami apa lagi... ambil peluang untuk tembak Mak Tom balik laaaaaaaaa..

"haa, see.. betul tak apa papa cakap. Dorang memang berminat dengan ibu, cuma dorang nak tengok apa yang ibu ada and apa yang ibu takde. Mungkin dari situ dorang dah boleh plan training apa nak bagi untuk ibu nanti. Bu, kalau dorang tak berminat dengan ibu, takdenye dorang sanggup nak re-arrange date untuk ibu. Ingat senang ke manager or leader nak cari satu slot untuk someone yang belum tentu bekerja dengan dorang? At least, there's a good sign that you'll be selected for the job. Chances tu besar. Tapi, kalau tak dapat pun at least kita puas hati"

owh.. panjang lebar inche suami bagi tazkirah.
So, itulah balasan orang menipu - hehehehehehe

Well, at least, aku dapat la semangat sikit kat situ.
I'll do it for Hariz.

So, let's see how it goes this Wednesday.
Kalau ada rezeki Mak Tom, ada rezeki Hariz, InsyaAllah.
Tapi, kalau tak ada rezeki, nak buat macamana. Betul tak?
Mungkin Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Cuma kita kena sabar dan terus berjalan di samping berusaha, doa dan tawakkal. InsyaAllah.


Yakin pada Dia, Allah Azzawajalla

[MayGodBless:03072012:0344]