Friday, 28 March 2014

Pakej Percutian ke Bandung dan Bali

Salam Alaykum..

Lama cik bulat gojes menyepi dari blogging sebab sangat-sangat busy menguruskan business yang di terajui dengan bff cik bulat gojes.

Lepas dapat anak, cik bulat gojes jadi suri rumah tangga sepenuh masa.
Nak jadi suri rumah tu bukanlah cita2 cik bulat gojes pun. Tapi, demi anak, hasrat mencari kerja selepas berhenti dari TM dulu ditangguh kan sementara.

Setelah itu, rasa macam kesian la pulak dengan inche suami kan bekerja sorang2 nak bagi makan anak bini. Jadi, cik bulat gojes menggunakan hobby cik bulat gojes sebagai punca rezeki kami sekeluarga dan diterajui dgn bff cik bulat gojes.

Memperkenalkan......


Cblinks Travel & Event Management

Below are our services offered:-
  • Travel packages - Bandung, Jakarta, Bali, Yogyakarta, Medan, etc
  • Honeymoon packages - Bandung, Bali
  • Candy buffet packages - Wedding, Birthday Party, Annual Dinner, Family Party, etc
  • Door gift

As for now, we are focusing in travelling around Indonesia.

Untuk pengetahuan semua, kami bukanlah baru dalam bidang ini. Dah lama sebenarnya buat kerja, tapi, baru sekarang we decided to go public. Melebarkan sayap la kononnya. He3.

Jadi, pada sesiapa yang teringin nak buka minda, teringin nak panjangkan langkah,boleh hubungi kami untuk keterangan lanjut.

Kami juga mempunyai SKIM BAYARAN MUDAH untuk setiap pakej2 yang kami tawarkan.

Hubungi kami untuk more details. See ya!!

017-353 9159 (jaja)
016-255 6342 (wawa)
ctem2014@gmail.com

Facebook Page: Wawa's Gift Basket
Instagram: Ctem2014

 

Tuesday, 21 May 2013

Holla

SalamAlaykum!!

Hello hello hello!!!

I'm back!! finally!!!!

Nasib baik still ingat lagi password nak enter blog ni.

Been busy all the time dengan my super extreme daily routine and when I was in JB pun, tak sempat jugak nak for blogging. Layan anak all the time.

So.. where shall I begin??

To much things nak share.. and kita bagi some space ye.

Soo... see you soon

xoxo

MayAllahBless

Thursday, 25 April 2013

HERBALIFE #Part 1

SalamAlaykum..

Previously ada post about new way of life kan.
So, this is my new way of life. Being part of Herbalife user (again).

Cik bulat gojes ambil keputusan ni sebab diri dah makin gemoks.
Nak bangun duduk pun macam susah je.
Maklumlah... gemokss...

So, i met with few people yang motivates me to lose weight with Herbalife.
Well, mungkin some people akan cakap - alaa.. nak jual product, memang laaa...

Itu terpulang pada individu..
Tapi, cik bulat gojes dulu pernah jadi Herbalife user, and product ini sangat lah di yakini.
Cik bulat bukan nak promote ke apa ye.
Kalau cik bulat gojes promote lelebih pun what will i get?
I'm not even their business partner pun.
Tapi, product ni memang cik bulat gojes yakin boleh turun berat badan.

Setakat ni, dah seminggu kot cik bulat gojes ambil Herbalife.
And Alhamdulillah, dapat rasa positive resultnya such as, badan lagi rasa ringan, nak bangun duduk pun dah senang, kalau berjalan tu, kurang la sikit rasa mengahnya, and yang paling best.... hahahahahaha.... perut boncit cik bulat gojes macam dah lembik sikit.. tak mengeras macam selalu.. hahahahaha..
Seriously guys!!! Kalau sebelum ni, tak ada makna la kan nak boleh kempiskan perut untuk sorok perut boncit ku ini, tapi sekarang, macam dah bolehhhhhh je.. LOLOLOLO #SilaLempang.

Ohoy... perubahan ini semakin menyemarakkan lagi semangat cik bulat gojes untuk terus berjuang dalam meneruskan misi penurunan berat badan!!!
Biar orang meleleh air liur - hah.. hamek ko!
Selama ni, orang kutuk aku, kata gemok la... itu la ini la..
Selama ini, orang sisihkan aku sebab aku bukan termasuk dalam kategori yang bergaya - Biarlah walau hakikatnya aku lagi lawa and baju simple aku lagi mahal dari baju korang kan..
Tapi takpe.. satu hari nanti, bila cik bulat gojes dah selim melim, masa tu korang baru nak terhegeh2, sorry.. just talk to my hand ok.....
Cik bulat gojes nak buka mata orang-orang sekeliling.. Jangan di hina orang yang gemok ni...

Takpe.. bila dah kurus nanti, semoga dapat beri motivasi pada mereka-mereka yang lain untuk turunkan berat badan.
Turunkan berat badan bukan saja untuk nampak cantik, tapi yang lebih penting adalah untuk SIHAT...


MayAllahBless.

Ops!! I did it again.

SalamAlaykum!!

Have you had your shake??? Hahahahaahaha..
Gila dah aku ni.

Ok..ok.. lupakan sekejap.
So, hari ni, cik bulat gojes bersiaran dari...... JB!!
LoL.. macam tak ada tempat lain dah kan nak pergi. JB JB JB..
Nak buat macamana, PTP (Port of Tanjung Pelepas) kan kawasan jajahan inche hubby.
So, memang kekerapan kami ke JB tu amatlah kerap.

Ohoy.. my son dah terjaga dari tidur, bila nampak je ibu dia pegang laptop, langsung mintak "baby" (Upin Ipin).
Tab pulak tertinggal kat rumah. So, terpaksa la mengalah.
Nanti bersiaran lagi ye.

MayAllahBless.

Tuesday, 23 April 2013

New way of Life

SalamAlaykum..

It has been so long since my last update kan.
Been busy sikit.
Kenapa? Ingat orang kerja office aje ke yang busy?
Orang kerja sendiri pun busy jugak tauuu..
Ok that is not apa yang cik bulat gojes nak talk about..
Tapi perkara lain walau pun cik bulat gojes sendiri pun tak ada issue lagi.

Well, pejam celik kita dah menghampiri akhir bulan April. Sekejap je kan..
In few more days nak masuk May dah.
Sungguh cepat masa berlalu.

Well, cik bulat gojes ada nak buat perubahan sikit pada diri cik bulat gojes.
Apa dia??

No gempaks-gempaks thing pun. Cuma cik bulat gojes berhasrat untuk turunkan berat badan.
Itu sachers...

Turunkan berat badan dengan HERBALIFE ....

Well, hari ni hari ketiga cik bulat gojes mengambil Herbalife.
So far belum kurus lagi, tapi dah mula rasa ringan sikit badan.

Mesti ada yang kata "eleh.. macamana dia boleh tau badan dah ringan. Baru 3 hari"

Ahaa.... itu la.. minded kita ni jangan terlalu negatif.
Macamana cik bulat tahu???
Haa... macamani.. kita ni sebagai orang islam, harus mengerjakan solat 5 waktu kan?
Jadi, dari situ la cik bulat gojes dapat rasakan perbezaannya.
Setiap kali nak bangun berdiri dari sujud, kalau 3 hari yang lalu, berat sikit la.
Maklumla.. nak tampung body.
Tapi, hari ni, setiap kali nak bangun berdiri selepas sujud, dapat rasa keringanannya.
Proses nak berdiri tu laju sikit daripada biasa.

Haaa.. see..see.. nampak kan.......

Jadi, dengan joinnye nutrition club dengan geng Herbalife ni, maybe sikit banyak dapat meransang semangat untuk terus berjuang dalam menurunkan berat badan. - hehehehe

This time dah tak jadi hangit-hangit tahik ayam dah InsyaAllah.

So, nanti-nanti, cik bulat gojes kongsi lagi kesan-kesan positive Herbalife.

MayAllahBless.

Monday, 18 March 2013

Daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.en sam

SalamAlaykum

How are you?? Been so long tak menyinggah ke blog yang lamot bersawang ni.
Been busy dengan macam-macam sampai tak tahu nak cerita yang mana dulu.

Since terlalu banyak yang nak di-story kan, let me list down apa ceritera dunia yang nak di ceritakan dulu ok.

1. Daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali
2. Lanjut Golden Beach and Golf Resort, Kuala Rompin.
3. Goodbye Adik

Cheh!.. 3 stories je?? Gaya cakap tu macam lah banyak sangat stories nya - LOL..

Jadi, perkara yang pertama tu cik bulat gojes boleh la potong kan sebab akan di cerita kan kejap lg.
Cuma lagi dua tu, doa-doa kan lah biar cik bulat gojes ada masa untuk kongsi cerita kat sini.

Jadi, cerita hari ni cerita yang agak sedih pada diri cik bulat gojes, terutamanya pada mak and ayah.
On the February 15th, 2013, kami kehilang seorang bapa saudara yang telah diibaratkan bagai seorang bapa pada diri cik bulat gojes dan adik-adik.
And dia juga bukan hanya sekadar seorang abang kepada mak, tp juga bagaikan ibu dan ayah kepada mak.
Tempat mak and ayah cik bulat gojes bermanja.
He left us all at the age of 61, on the February 15th, Friday morning (near Subuh).
It was a shocking news for all of us.
Even sampai sekarang pun cik bulat rasa macam my uncle tu masih ada di bumi ini bersama kami.
Kehilangan dia merupakan satu kehilangan besar buat keluarga cik bulat gojes.

Amat sukar untuk menerima kenyataan itu.
Well, paling menyedihkan, cik bulat gojes tak dapat melihat wajah arwah buat kali terakhir.
Hanya sempat melihat keranda beliau.
Ikutkan rasa hati, mahu aje cik bulat gojes angkat penutup keranda and buka ikatan kain kafan.
Tapi, tak baiklah kalau cik bulat gojes buat macam tu.
Dah jadi macam orang hilang akal lah pulak kan.

Betul, kita harus menerima ketentuan qada' dan qadar.
Setiap daripada kita pasti akan mati bila sampai waktunya di jemput Ilahi.
Tapi, baru kini cik bulat gojes tahu erti rasa apabila kita kehilangan seseorang yang betul-betul rapat dengan kita.

Apa-apa pun, yang pergi biarkan pergi.
Kita yang masih hidup harus teruskan perjuangan selagi masih bernyawa.

Cik bulat gojes memang terlalu kagum dengan arwah ayah ngah.
Beliau memang lah bukan seorang yang berpendidikan tinggi, tapi semangat beliau dalam mencari sesuap nasi  untuk keluarga memang sangat-sangat aku kagumi.
Daripada hanya tinggal di rumah papan, berkat hasil usaha beliau, berjaya membina sebuah banglo untuk keluarganya.

Ayah ngah pergi buat selama-lamanya kerana sakit jantung.
According to the specialist, dia sendiri pun kagum gila dengan ayah ngah kerana dia terus hidup dengan hanya 5% sahaja, in which, kalau orang lain, memang dah tak boleh buat apa dah.
He was expected untuk buat bypass kat IJN on the February 25th., tapi, apa nak buat, tuhan lebih sayangkan dia.
kami terima and berpuas hati sekurang-kurangnya sempat untuk bawa arwah berjumpa dengan pakar and buat apa yang patut.

Sebelum cik bulat gojes pulang ke KL, cik bulat gojes sempat menziarahi pusara arwah ayah ngah.
Sumpah cik bulat gojes rasa sayu sangat-sangat.
Terasa seperti beliau ada bersama cik bulat gojes pada ketika itu.
Ya Allah.. perasaan itu terlalu halus.
Bila cik bulat gojes beransur pulang, terasa seperti beliau berdiri di tepian pusara, sambil memandang ke arah kami, melambai sambil tersenyum.
Ya Allah.. sukar untuk di tafsirkan perasaan itu.
Tapi, cik bult gojes yakin, ayah ngah bahagia dan tenang di sana.
Perginya beliau pada hari Jumaat, subuh hari. Tenang, sejuk dan damai.
Beliau pergi juga dengan senang.
Sempat memberi isyarat pada makcik bahawa nyawanya sedang di tarik.
Subhanallah... Bertuahnya...

Semoga roh arwah ayah ngah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

MayAllahBless  

Thursday, 28 February 2013

CNY Short Break - Kedah, Pahang. #Part1

SalamAlaykum.

Lamanya tak menjenguk ke sini.
Almaklumlah, lately ni banyak sangat perkara-perkara yang tak dapat di elakkan, jadi masa untuk blogging tu ala-ala macam tak ada.
Tapi takpe, now I'm back!!

Hari ni dapat blogging pun sebab ala-ala cuti la..
Anak pun tengah tidur, so, biasalah, ambil peluang ni.
Cik bulat gojes pun boleh di katakan baru sihat sepenuhnya dari segala penyakit - hehehe

Bermula dengan raya cina, we went to Kedah sebab nak attend wedding one of my BFF kat Sik.
The traffic was soooo terrible!!
It took us 12 hours to reach at our destinantion.
Gerak jam 8 pagi, sampai jam 8 malam.
Alhamdulillah Hariz pun tak meragam sepanjang perjalanan. Memang tak meragam langsung.
So, lepas checked in chalet semua, kami berehat la.
My bff ni booking kan satu chalet yang as for me, boleh tahan la.
Memang betul-betul kat Tasik Beris. (10 minutes driving from rumah pengantin)
It's not a chalet mewah pun.
We paid RM80 per night. Double bed with air-conditioned room, ada kipas dinding jugak, ada TV and ada satu almari.
The toilet pun bersih, air memang direct air bukit kau............. memang sejuk!!!! Tapi best!!
Towels are provided. Sabun and shampoo ada jugak. Kiranya bolehlaaaaa...
Kalau nak cuti-cuti sempoi-sempoi, boleh la stay situ.
Tapi kalau nak harapkan complete macam 5 Star hotel, baik lupakan je lah.
Whatever it is, cik bulat gojes memang suka.
Very beautiful scenery.
So calm and boleh jadi pencuci mata la orang kata..
Eye Mo pun kalah.
At night pulak, berangin.. best sangat...
Kalau pakai skirt time tu, boleh la nak feeling-feeling ala-ala Marilyn Monroe. Tak pun feeling macam Jack and Rose dalam Titanic.
Kat situ pun ada boat ride jugak.
Cik bulat gojes mula-mula nak naik jugak boat ride tu pusing-pusing tasik, tapi di sebabkan ada unplanned plan yang mari, terpaksa lah melupakan dulu.
Kami pun sepatutnya stay 2 malam kat sana, tapi terpaksa cancel sebab keesokan malam tu jugak, kami shoot ke Kuala Rompin pulak.

Before we headed to Kuala Rompin, kami sempat la jalan-jalan Alor Setar.
Sempat jugakla bawak Hariz kenal padi - hehehehehehe
Bawak pergi Muzium Padi. And as for me, Muzium Padi dah tak best macam dulu.
Tak tahulah, maybe sebab masa tu orang terlalu ramai, so kat bahagian atas tu jadi sangat crowded.
Admission fee tak mahal pun. RM5 for adult and FOC for Hariz.
Kanak-kanak tak ingat lah pulak berapa. RM2 or RM3 macam tu lah.

We spent about 1 hour je pun kat sana sebab dah dapat panggilan perut.
Perut masing-masing dah lapar, maklumlah, makan kat kenduri, kenyang macamana lah sangat kan.
So, dalam mencari-cari tempat makan best kat Kedah, kami jumpa lah nama satu kedai makan ni.
Kami cari pun dalam Google jugak.
So, dengan direction map yang ada, kitorang pergi la cari kedai makan tu.
Located at Kuala Kedah.
Sangat dekat dengan Jeti nak pergi Langkawi tu.
Nama kedai tu kalau tak salah, Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah.
The food was superb!!
Sedap and price sangat-sangat berpatutan pada cik bulat gojes lah.
Orang lain tak tahu lah.
Kalau nak compare dengan Tanjung Harapan, memang dia lagi murah.
Kalau kat Tanjung Harapan, makan berdua pun boleh cecah Rm100.
Kat Anjung Kuala tu, believe it or not, tak sampai RM70!!
We had 2 pinggan nasi, Teh O ais Limau, Carrot susu, Sotong goreng tepung, kangkung belacan and ikan siakap 3 rasa.
Ikan Siakap tu besar ok...............Memang besar.
Memang puas hati. Sotong pun cik bulat gojes ambik banyak la jugak sebab sotong goreng tepung memang peberet cik bulat gojes.
Cuma satu la, pilihan lauk pauk tak banyak kat situ.
Ikan cuma ada siakap and kerapu. Sotong and Udang,
Maybe sebab kedai tu baru (masa pergi tu owner tu kata baru buka 6 bulan).
Kalau tengok pada size ikan, memang takut la nak pilih sebab besar.
Tapi, jangan risau, harga makanannya memang tak mahal.
and puas hati. Itu yang penting.

Err... kawan-kawan, tetiba ada kerja pulak. Nanti kita sambung ye.

Buhbai...