Showing posts with label Wow. Show all posts
Showing posts with label Wow. Show all posts

Tuesday, 23 October 2012

-____________________-

SalamAlaykum.

Ya Allah, sakit dan geramnya hati ni. Kalau ikut hati panas, memang mencarut-carut la rasa nak buat.
Nak cik bulat gojes ceritakan kejadian setengah jam yg lalu.

Asalnya cik bulat gojes ni tak tahu apa pun, sampai la inche hubby cik bulat gojes pulang ke rumah, dan menceritakan tentang FB wall post seorang kawan lama inche hubby.

Menurut wall post hamba Allah ni, dia ni nak belikan basikal bla bla bla and something mintak wife dia belikan since Perodua nak bagi bonus bla bla bla and he said tak boleh because wife nak beli rantai besar (Sorry for I can't capture the whole picture, only the key points).
So, inche hubby pun komen la FB post dia and tulis supaya bagitahu wife dia, ada lagi rantai yg lagi besar kalau nk beli, which is rantai kapal kt port tempat inche hubby kerja. And his wife pun replied cakap boleh aje as long as Gold 916. Maknanya, she understood the joke.

So, this STEW-PIG guy replied his comment and ckp wife dia tak boleh pakai rantai besar-besar macamtu, lainla MEM kau. Sepadan la dengan size - something like this la bunyila.
Kiranya, rantai kapal besar macamtu tak sesuai la untuk wife dia yang kurus tu.. tapi, rantai macamtu lebih sesuai untuk cik bulat gojes ni. Satu size katanya.

Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah..

What an insult!! Those words really are humiliates me. Dalam FB pulak tu dimana semua orang boleh baca.
Kalau cakap depan-depan cik bulat gojes rasa, cik bulat gojes boleh terima, but not in FB.

So, bila dah found out macamtu, sanggup ke nak tengok saja orang hina kita and ketawakan kita?
Nak pulak, cik bulat gojes ni memang panas baran orangnya, memang kena la kan.
Memang cik bulat gojes sedar akan kekurangan diri ni. Size pun bukan macam perempuan lain kat luar sana tu,
Cik bulat gojes tak reply ayat sumpah seranah pun, cuma, cik bulat gojes minta, kalau ye sekalipun itu hanya satu gurauan, jangan la sampai ke tahap menghina. Nak pulak in public. Lainla kalau among us or straight to my face kan.
Dia ada remove komen2 sensitif tu, tapi ada jugakla sisa2 komen yang seolah-olah perli cik bulat gojes ni.
So, cik bulat gojes pulangkan balik paku buah keras kat jantan bapok ni.
Setelah orang ramai dah baca komen tu, ingat dengan remove sesetengah kome tu cukup?

Agaknya, mungkin rasa tercabar di tegur, terus dia balas dengan tulisan huruf besar.
Sorry lah, cik bulat gojes tak boleh nak recall pulak exactly apa yang di tulis. Tapi, some sort of like this;

1. Kau ingat kau bagus sangat
2. Dasar pompuan meroyan
3. Orang ngata kau tak boleh, tapi bila kau ngata orang tak sedar.
4. kau ingat aku tak boleh cari bukti kau dgn laki kau mengata aku?
5. Dasar pompuan gila

Berderau darah cik bulat gojes membaca pertuduhan ke atas diri cik bulat gojes sampai buat cik bulat gojes berfikir - siapa yang menghina siapa sekarang?

Demi Allah cik bulat gojes tak pernah nak menghina dia. Sebab tu cik bulat gojes minta dia tunjuk bukti. Tapi biasalah kan.. Bila orang salah, tapi tak nak mengaku salah diri, macam tu la jadinya. Cakap aje lebih, tapi habuk pun tarakk.
Cik bulat gojes, memang mengamalkan prinsip hidup yang senang. Kalau ada bukti, tunjukkan.
Jangan main cakap aje.
Dia tu pulak jenis pemahaman failed agaknya.
Orang cakap lain, dia faham lain.
Hmmm... susah..

Anyway, betullah kata inche hubby. Jangan di layan orang pendek akal macam mamat tu. Dia pun perangai lagi teruk dari perempuan. Eyh, ada lagi ke yg bawah dari perempuan?

Hmm..

Tak kisahlah, janji, dia tak jejas pun kualiti hidup aku sebab dia bukanlah sesiapa dalam hidup kami.
Ada dengan tak ada, sama saja.

Apa-apa pun,

MayAllahBless.

Monday, 15 October 2012

('u`[])

SalamAlaykum.
I'm BACK!!!

Finally I have some time to visit my not-so-full-with-cobweb blog. Been busy with my typical daily routine with my beloved little captain, who is responsible in kidnapping my time. - keji tak?

Well,
Nothing much to share now.(Actually, banyak je benda yang nak di kongsi). Tapi, biasalah kan, bila laptop di buka, idea pun hilang. Lalu, merapulah aku untuk sekian kalinya.

My little captain is sleeping. Today he is at his age of 1 year and 5 days. Still belum boleh berjalan lagi. Baru nak lepas-lepas tangan. Tapi, mulut bising macam la dia tu dah pandai bercakap. Membebel nombor satu (owh..really like grandfather like grandson).

So, now mmg aku mati kutu gara-gara melayan jiwa kosong. Malam nnt la update sikit okies..

MayAllahBless

Saturday, 11 August 2012

Riverside Restaurant PWTC

Salam alaykum!
Hula hula, how's your puasa is going on?
Seems that only few days left before we end the month.
So, let's gather as much as good deeds during the month, InsyaAllah.

Well, from now on, cik bulat gojes rasa dah agak susah sikit la kot nak online sentiasa.
Inche hubby has just started his new job with Cargotec as an IT Engineer.
Alhamdulillah, rezeki Hariz.
So, harap-harap, kali ni is a good permulaan for me and my small family.
So, betullah, berkat kesabaran and keyakinan pada Allah, Dia telah memberi ganjarannya pada kami.
And of course, tiada lain yang cik bulat gojes harapkan, selain semoga ganjaran Allah pada kami tidak akan pernah putus. InsyaAllah.

Oh, lari tajuk pulak - LoL
Anyway, hari ni cik bulat gojes berbuka puasa bersama-sama family Inche hubby at Riverside Restaurant PWTC.
The restaurant is located right in front of ARIANI boutique.
Well, talking about ARIANI, it really makes me laugh - HAHAHAHAH
Ok, let's talk about it later.

Ah yes.. about the restaurant.
Overall, out of 10, I would give 7.
Not so bad afterall.
the price is a bit expensive for me with not so much food.
Mungkin pada cik bulat gojes foods are not so banyak, TAPI, apa yang buat macam, ok la, for for the value of money, foods yang ada, memang sedap. I love the kambing golek, I love the yong tau fu, the sauce memang umphhh!! menepati citarasa aku.
Air pun banyak choice, and gelas-gelas yang di gunakan pun memuaskan - bukanlah standard kecil macam kat hotel-hotel.
About the same size, tp lagi tinggi.
Ibarat macam double of standard size gelas cold drink kat hotel.
So, memang puas hati so that you do not have to bangun duduk banyak kali untuk ambil drinks.
basically, the restaurant serves 90% of local dishes.
Tapi tadi cik bulat gojes focus on apa yang tak selalu nak jumpa such as, kambing golek. hehehehe

So, untuk restaurant ni, nak kata highly recommended pun, hmmm.. susah.
Macamnilah, for those yang memang mencari kesedapan dalam hidangan tradisional melayu, tanpa mengambil kira jumlah makanan yang di sediakan, memang highly recommended lah.
Tapi, for those yang bukan mencari KUALITI, tapi, KUANTITI, this restaurant is not a perfect place for you, sebab anda semua akan merasa membazir to pay RM75.40 nett per person.
Itu ajelah yang cik bulat gojes boleh katakan.
Oh, lupa, untuk senior citizen aged 60 and above, they eat for free ok, tapi dengan syarat, they are coming together with adults who are paying la.
Maknanya, kalau just atok and nenek je yang pergi berdua untuk dine in, tak boleh la.
Dia mesti kena ada adults, baru they can eat for free. Best kan.. Ok pe.. Cuba cari tempat lain, hado???
Kids pulak, for those aged 6 to 12 years kalau tak silap, they will pay according to their age kot.
Below 6, eat for free jugak.
Ala, anak saudara cik bulat gojes yang umur 6 tahun kena bayar RM6.90 je. Tak mahal pun.

So, kalau berminat, boleh la makan kat restaurant ni.

Ok, cik bulan gojes nak layan cerita Korea jap sambil menanti air Coke yang dikirim tapi tak sampai-sampai lagi.

Till then,

[MayAllahBless:12082012:0015]

Friday, 27 July 2012

Thank you mak..

Salam Alaykum.

Today wasn't a good day for me.
Sebab yang pertama, cik bulat gojes terpaksa berbuka puasa lebih awal dari waktu yang sepatutnya.
Bukan sebab malas nak puasa ye, tapi di sebabkan cik bulat gojes rasa pening, nak muntah and rasa macam nak tergolek macam nangka busyuk.

And this is how the story begun.
Hari ni, cik bulat gojes berbuka puasa kat Mahkota Cheras. Rumah my sis in law. Yelah, hari tu, family in law ada buat iftar, tapi tak dapat join sebab masa tu hari tengah demam kuat.
So now, Hariz dah ok, so, bergeraklah kami ke Cheras.

Ok, kita potong-potong la apa yang tak patut, kita terus jump to the next chapter in which, masa dah kat Cheras, cik bulat gojes agak kebosanan jugakla.
Sebab yelah, siapa je yang ada kat rumah masa tu kan.
So, cik bulat gojes pun ajakla inche hubby keluar jalan-jalan, then terus la pergi bazar Ramadhan. Sebab sejak puasa ni, cik bulat gojes masih belum berpeluang untuk menjejakkan kaki ke bazar ramadhan. Nak pulak, memang dari awal puasa lagi cik bulat gojes ni memang craving for popiah basah, and Inche hubby pulak kemaruk nak minum air tembikai.
Tapi, before that, kami ke Jusco dulu.
Saja, jalan-jalan survey tengok baju raya untuk Hariz.
Well, apalah sangat yang menarikkkan kat Jusco tu.
Cik bulat gojes sebenarnya dah naik muak dengan Jusco.
Teringat masa kat Melaka dulu... Jusco ajelah kejenya...

Dari satu floor to another floor, akhirnya, cik bulat gojes ajak inche hubby untuk ke floor paling bawah.
Yang tempat groceries semua tu lah sebab masa tu cik bulat gojes nak cari buah kembang semangkuk.
Cik bulat gojes tak pernah tengok, tapi, pernah terbaca dalam satu entry ni yang mengatakan air buah/bunga kembang semangkuk ni boleh menyejukkan badan.
So, ingat nak try la buat kan memandangkan cik bulat gojes ni memang jenis yang cepat sweating.
Tapi, malangnya tak jumpa.
Dengan Hariz lagi yang meragam sakan - sebab nak tidur, tapi tak mau duduk dalam stroller dia.
And entah kenapa and macamana, tiba-tiba mata macam kabur sekejap.
Rasa pening, kaki rasa berat, kepala pun rasa macam ada batu.
Memang betul-betul out of service la ibaratnya.
Masa tu jugaklah cik bulat gojes mintak izin dengan inche hubby untuk buka puasa sebab betul-betul tak larat.
Dah rasa nak cium lantai Jusco dah.
So, Inche hubby pun bagi lah suggestion bernas. Beli sebotol air, then minum dalam kereta nanti.
Cik bulat gojes ikutkan aje.

Aduii.. dah rugi satu hari.
Padahal, kalau ikutkan, it was around 4pm at that time. Few more hours to go. Tapi nak buat macamana kan.
Cik bulat gojes rasa, ni semua gara-gara ubat yang untuk buat susu badan tu.
Motillium..
Sebab, memang doctor dah warning awal-awal.
Ubat ni akan buat kita rasa tak selesa sebab dia buat badan kita mengeluarkan angin. Some sort like that.
Nak pulak bulan puasa.
Dengan perut kosongnya lagi kan, sebab ubat tu memerlukan kita minum banyak air - dah macam ubat kuruslah pulak kan.
So, nampak gayanya, sepanjang Ramadhan ni, kena stop dulu la pengambilan ubat tu.
Kalau tak, memang rasa nak rebah.

Ok, settle satu perkara, lepas Jusco, bazar Ramadhan hunting la pulak.
Nak cari popiah basah and air tembikai.
Memang kemaruk habis la nak makan popiah basah.
So, kami pergi la bazar kat Saujana Impian, Kajang.
Masa tu di sebabkan cik bulat gojes tak larat nak berjalan, Inche hubby terpaksa la shopping seorang diri - hihihihi.
Ala, lagipun, Hariz masa tu pun ala-ala bunga layu tak cukup air - Mengantuklah maksudnya.
Tak lama pun spend time kat bazar. Ala, cari popiah basah and air tembikai je.
Nak beli lauk pauk pun, mom in law dah siap masak dah semua kat rumah - elakkan pembaziran..

Let's cut it short, tiba lah waktu nak berbuka - macamlah puasa kan, padahala dah tibai air dah, hihihi
Tengok pada popiah basah tu, memang rasa nak terkam la.
Siap cakap kat Inche hubby, popiah basah tu beli 2 set.
1 set memang cik bulat gojes nak bolot sorang je - gila tamak!! hihihi

TAPI...............

Bila dah berbuka, Inche hubby yang rasa dulu popiah tu, and he said.. "gila tak sedap popiah tu"
Adussssssss..
Hampa.. tapi, sebab tak puas hati, cik bulat gojes pun ambilla satu and rasa.
Dissappointing!!!
Bukan sekadar tak sedap, popiah tu boleh dikatakan dah nak basi.
Bergenang airmata ku - mengalahkan orang mengandung yang mengidam.
Nasib baik bukan cik bulat gojes yang pergi beli popiah tu, kalau tak, memang esok akan ku bagi semual popiah tu pada si penjual. Maklumlah, cik bulat gojes kan a detonate bomb.
Kiranya, memang tak ada rezeki la untuk makan popiah basah.
Takpelah, lain kali.

So, after buka puasa, around 9pm macam tu, kami gerak pulang ke Klang.
Takut nanti ayah tok and neni Hariz risau pulak cucu kesayangan diorang belum pulang-pulang lagi.
We reached home around 10pm.
Kira, ok lah. My dad just got back home from terawih, tengah makan-makan kuih kat dapur.
Then mak as usual la, tanya dah makan ke belum and whatnot.
And yang paling buat cik bulat gojes rasa nak menangis bila tiba-tiba mak cakap "mak ada belikan along popiah basah. Mak tahu along nak makan popiah basah kan? Tu mak dah simpan satu bekas untuk along"

ohhhhhhh... sungguh touching, jantung berdegup laju sangat sebab tengah tahan sebak - control macho lah kononnya.
Tapi, yang mula-mula tadi kononnya kata dah kenyang, terus duduk kat meja makan and makan la.. apa lagi.. takkan menari pulak kan.
Ada 5 rolls kat dalam tu, semua cik bulat gojes sapu licin - gelojoh kan??
Walaupun takdelah dalam kategori sedap gila, tapi masih boleh di terima akal.
At least, hilang jugaklah kempunan aku.
And rasa pun jauh beza la dengan yang inche hubby bought earlier kat bazar saujana impian tu.

Alhamdulillah, rupa-rupanya tetap ada rezeki untuk makan popiah basah.
Syukur dengan nikmat Allah, and of course, thank you mak...........

Morale of the story, walaupun apa yang kita mahukan, tapi tak dapat, jangan lah terus kita berputus asa, kecewa, dan menyalahkan keadaan. Sebaliknya, kita harus redha, dan terus berusaha untuk mencari sehingga kita dapat apa yang kita mahukan, atau yang sewaktu dengannya.
And of course, yang paling penting, kita harus yakin pada Dia, Allah Azzawajalla.

[MayAllahBless:28072012:0020]

Thursday, 5 July 2012

Obsession baru..

Salam Alaykum...

Alhamdulillah, masih di beri kemampuan untuk terus menghapdet blog ni.
Ok, Tak tahu kenapa malam ni macam rajin sesangat laaaaaa nak meneroka youtube ni - motif?
And tahu tak, mak tom macam addicted dengan Najwa Latif.

Ahahahahaha...

Tak kisah la kan orang nak kata "ape kelassss kau nak layan Najwa Latif, baik layan Jessie J ke, Ne-Yo, Pitt Bull.. ni, Najwa Latif?? Pe barang".

Jawapan ku senang aje... "kau ape peduli, telinga aku, aku punya suka, kau tak suka, blah" - waaaaah, mak tom mengganezzz sudehh..

Aku tak kisah la singer tu budak belas tahun ke, puluh tahun ke, or puluh-puluh tahun ke, as long as their song memang kena dengan telinga aku, aku memang layan lagu tu.

So, below ni ada 2  video clip lagu Najwa Latif yang aku suka sangat-sangat - hellooo.. sampai inche suami pun terikut sama okiessss...

so, mari kita ENJOY!!





Serious!! These two songs really put me in addiction!!

Sangat best, relax, tapi ada maksud dia.

As for the second video, Kosong, memang benda ni dah lama, and aku sangat yakin dan pasti yang dia pun mungkin sudah pun melupakan lelaki yang bangangs lagis budus itus.

Yang telah meranapkan hidup seseorang ni dengan kata-kata manis.

Tapi, untuk seseorang ni, aku sentiasa doakan mung jupo dengan lelaki yang terima mung seadonyo, di masa susoh atau senang. InsyaAllah.

Yakin pada Dia,
Allah Azzawajalla

[MayAllahBless:05072012:2109]

Monday, 2 July 2012

OMG, I did thaaaaaaaaat

Ok, this is crazy.
Yeah, aku sekarang memang aggresively looking for a job sebab Mak Tom dah bosan jadi suri rumah tangga, and I managed to get an interview from one company.
As usual lah, tanya itu, tanya ini, aaaaaaaaaaand here comes the common said part

"if you are selected, we will give you a call in 2 to 3 weeks time"

So, this is when aku rasa macam tak ada harapan la kot sebab tak ada nak tanya pasal gaji *gelojoh kan?* - Tapi, the truth, deep down inside me memang mak tom meletakkan satu harapan setinggi gunung lah.

And few days later, I received a call from the manager - pada mulanya sudah berangan dapat berita yang aku dapat kerja, tapiiiiiiiiiiiiii...

"Hajar, I would like to invite you for the second interview on Next Monday at 1pm. Would it be ok to you?"



Well, do I have other choice?? Kalau aku kata "NO" nanti di reject orang pulak. Belum apa-apa dah demand dulu.

So, I've been given 4 days to make preparation and this time diorang nak aku buat short presentation.
Ternganga la sekejap.

Dah la Mak Tom tengah frustrated gila kan. Harapkan lain, tapi lain yang dapat.
And duuuuuuuuh memang Mak Tom tak buat apa la. Sebab these few days agak banyak la bendasing-bendasing jalanan yang buat aku stresssssss sangat.
So, biasalah, last minute baru terkincit-kincit nak cari info. - owh, well, masa tu fikiranku tengah bercelaru dengan pelbagai masalah yang ada, so, sampai satu tahap, aku tak tahu apa yang aku tengah  buat.
Focus? Jangan tanya lah, memang lari teruuuuuuuuuus.

Masa tu, aku memang mengharapkan kata-kata mutiara dari inche suami ku, TAPI, laaaaagi hampeh.
He's not this kind of guy who can play with words. Kalau tanya bab computer ke, internet ke, gadgets ke, memang kelajuannya mengalahkan UNIFI.
Tapi, walaupun dia fail dalam bab bermain kata-kata ni, kata-kata suntikan semangat tetap dia bagi pada aku walaupun kadang-kadang Mak Tom sendiri pun pening sebab...... - apakah yang cuba di sampaikan ni? LOL

Banyak kali aku pandang wajah satu-satunya permata hati aku, Hariz.
Sebab masa tu, aku betul-betul perlukan kekuatan, keyakinan dan semangat yang tahap maksima.
Tapi, tak tahu kenapa, aku tetap rasa tak boleh.
Semangat? down.. Keyakinan? down.. Airmata pun down dengan lajunya.

Yes, I cried, lepas tu gelak sendiri sebab aku tak pernah nak rasa macamni untuk pergi interview.

Inche suami cakap...

"ibu, bukan senang untuk dapatkan second interview. Itu bermakna dorang memang interested dengan ibu so that dorang nak tengok lagi apa yang ibu boleh bagi"

Heh, berulang kali inche suami memujuk and cuba yakinkan Mak Tom yang degil ni, tapi sikit pun tak berbekas di hati dan aku tetap berdegil untuk tarik diri - Ini lah dia manusia degil. Blame kat 2 pusaran atas kepalaku - motif?

Sampaila inche suami pun dah give up dengan puan isteri yang degil sebab ada 2 pusar atas kepala ni, akhirnya, pasrah dan redha dengan keputusan gila lagi merugikan Mak Tom ni.

However, masalah tak selesai lagi.
Sebab fikir pulak, macamana nak inform kat dorang-dorang semua tu?
Nanti apa kata dorang?
Masa interview kemain cakap "I love to challenge myself", tapi ni, baru suruh buat short presentation, dah nak tarik diri - errrrrr.... kan dah kata, punca sebenar sebab aku stress yang amat sangat - again, morif?
So, bermulalah drama tak bertauliah Mak Tom ni. Sambil-sambil tulis e-mail, sambil fikir, jalan cerita apa yang nak di buat.
Well, nak tak nak, terpaksa la cakap yang aku terpaksa tarik diri dari interview tu sebab ada kematian dalam family - again, errrrrrrrrrrrrrrrrrr... well, aku just cakap nenek aku meninggal (well, nenek sebelah mak aku pun memang dah tak ada pun. Boleh la jadi bahan tipu sunat).
Lagi, tulis jugakla kononnya, masih berminat untuk have other interview with them for any other related position. Itu ayat cover sebenanrnya sebab tak mau nampak obvious sangat.




Tapi... masih ada tapi.....
bala tu tak ending di situ ye tuan-tuan, puan-puan.
Sebab, few minutes later, BlackBerry ku berkelip-kelip lampu merah, dan ku lihat ada e-mail notification - apakah??
Mula-mula fikir, mungkin e-mail jobs alert dari JobStreet.. tapiiiiiiii...

huh, JobStreet la sangat kan........ sekali, the manager replied...

Ingatkan, reply "thanks" ke atau apa-apa la yang berkaitan.
Yelah, bila dah tarik diri, maknanya, they can find other candidate. Betul tak?
Tapi, tu lah.. lain yang kuharap, lain yang dapat....
Rupa-rupanya, the manager nak re-arrange date untuk econd interview aku.
Ayooooooo.. menangis tak berlagu la Mak Tom sekejap.
E-mail pulak aku received right after I told my hubby yang aku berminat untuk menjadi seorang pendidik.
Dengan terimanya e-mail dari manager tu, inche suami apa lagi... ambil peluang untuk tembak Mak Tom balik laaaaaaaaa..

"haa, see.. betul tak apa papa cakap. Dorang memang berminat dengan ibu, cuma dorang nak tengok apa yang ibu ada and apa yang ibu takde. Mungkin dari situ dorang dah boleh plan training apa nak bagi untuk ibu nanti. Bu, kalau dorang tak berminat dengan ibu, takdenye dorang sanggup nak re-arrange date untuk ibu. Ingat senang ke manager or leader nak cari satu slot untuk someone yang belum tentu bekerja dengan dorang? At least, there's a good sign that you'll be selected for the job. Chances tu besar. Tapi, kalau tak dapat pun at least kita puas hati"

owh.. panjang lebar inche suami bagi tazkirah.
So, itulah balasan orang menipu - hehehehehehe

Well, at least, aku dapat la semangat sikit kat situ.
I'll do it for Hariz.

So, let's see how it goes this Wednesday.
Kalau ada rezeki Mak Tom, ada rezeki Hariz, InsyaAllah.
Tapi, kalau tak ada rezeki, nak buat macamana. Betul tak?
Mungkin Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Cuma kita kena sabar dan terus berjalan di samping berusaha, doa dan tawakkal. InsyaAllah.


Yakin pada Dia, Allah Azzawajalla

[MayGodBless:03072012:0344]

Saturday, 5 May 2012

Be Inspired!

Attended one event that was conducted by EB Champion, Be inspired on their true stories, and YES! they have successfully made it because I am truly inspired with their success and outstanding achievements!

Thank you to Kak Ida for introducing it to me.

Perhaps, this might be the beginning of my real life. I finally found the platform to success.

Let's put our hand together and pray hard so that the good things would be on our way.

Kalau ada rezeki, Umrah, wait for me..

Yakin pada dia, Allah Azzawajalla.

[May Allah Bless:05052012:2246]