Sunday 30 September 2012


Lamanyeeeeeee

SalamAlaykum

MasyaAllah, lamanya tak update blog ni.
Been busy with quite a number of things.
Little captain tengah tidur, so ada la masa sekejap.
Nak update blog waktu malam, busy tengok Adam dan Hawa pulak - hehehe

Anyway, it's October peeps!!
Maknanya, lagi 10 hari, my little captain is turning to ONE!!
It's a FULL MOON yaww!!
Syukur Alahamdulillah ya Allah di atas kurniaan mu yang satu ini.

What should i get for my little captain ye?
hehehehehe.

Ok, banyak benda yang nak di ceritakan, tapi bukan sekarang.
Malam nanti ok.

Stay tune...

MayAllahBless

Thursday 6 September 2012

#1 - Petai Jeruk vs Sambal Belacan

TERENGGANU!!

"Sorryla Aca.. Kuna tak dapat follow la trip ni sebab Kuna tak dapat cuti. Aca pergi je lah. Lagipun, Sue kan ada"

Apa malanglah nasib.
".... lagipun, Sue kan ada". Owh, double malang pada aku.
Sue tu, bila Kak Marina ada, melekat la mereka berdua. Macam ada gam. Sungguh bukan type aku.

Ya..
Cerita persahabatan antara Aca, Kuna dan Sue.
Menghabiskan masa bersama selama 3 tahun sepanjang pengajian Diploma Pengurusan Perniagaan di Universiti Teknologi Mara.
Segala pahit manis di harung bersama.
Tapi, orang kata, kalau bertiga ni, persahabatan tak kekal.
Salah seorang mesti akan pergi jauh. Jauh mana tu, tak tau lah kan. Mungkin menghilangkan diri? Wallahualam.

Cuti semester 5 dah bermula. 3 bulan.
Apa mau bikin? Takkan nak melepak menternak lemak di rumah aje kan?
So, awal-awal diriku telah mencari aktiviti yang akan di lakukan sepanjang cuti semester yang selama 3 bulan tu.
Tak kira dah aktiviti apa, janji, bukan hanya bangun, makan, tengok TV dan tidur sahaja di rumah. Tak mahu badan yang sihat walafiat ni bertambah sihat jadinya.

Bermula dengan program Bakti Siswa di Marang, Kuala Terengganu selama seminggu.
Alahai, tak pernah hayat hidup aku dengan senang dan rela hati bersetuju untuk turut serta dalam program sebegitu.
Pada awalnya, Kuna berjanji untuk turut serta.
Malangnya, Kuna harus melapor diri di tempat kerja beberapa hari sebelum tarikh ke Marang.
Baru kerja, tak kan nak ambil cuti pulak.
Jadi, Kuna harus tarik diri dan mencadangkan aku untuk tarik diri juga.
Patah semangatku untuk kononnya berbakti, tapi, entah kuasa apa yang merasuk akal pemikiranku, aku nekad untuk tetap turut serta walaupun keseorangan.

"Hang biar betul Aca. Kuna tak dapat ikut ni tau. Hang nak pergi jugak ke?"
"Ermm.. Pergi jelah, Kalau kat rumah pun, Aca nak buat apa. Lain la hang, ade jugak keje."

Walau kadang-kadang terasa menyesal juga dengan keputusan itu, apa boleh buat? Nama sudah di sah kan.
Mahu atau tidak, aku harus pergi kerana sudah tidak di benarkan untuk tarik diri di saat-saat akhir.
Aku sendiri pun pelik bin ajaib. Kenapa aku nak sangat ikut program bakti siswa tu kerana setahu aku, kalau tak ada geng, memang awal-awal lagi aku tak mahu.

Hmm.. keputusan dah pun dibuat.
Perjuangan harus di teruskan!! erkk...

2 hari sebelum hari keberangkatan.
Peserta di panggil untuk menghadiri sesi taklimat dan pembahagian kumpulan.
Dalam berat hati, ku gagahi jua untuk ke Dewan Besar.
Sue awal-awal lagi sudah tinggalkan aku sendirian. Tak guna punya kawan.
Mujurlah aku tidak meletakkan harapan yang tinggi pada Sue untuk menemaniku sepanjang program tersebut nanti kerana sudah ku tahu sifat semulajadinya itu.

Sepanjang berada di dalam dewan, aku hanya duduk bersila di satu sudut sambil memegang telefon bimbitku.
Kuna menjadi mangsa tempatku melampiaskan kebosananku dengan penghantaran SMS secara bertubi-tubi. (Nasib baik Kuna jenis melayan)

"Kunaaaa.. bosaaaaaan"
 
tit..tit..
 
"Tula hang, Kuna ajak tarik diri tak nak. Sue takde ke?"
 
tit..tit..
 
"Sue?? kekwat la minachi tu..minah tu kan bz dgn K.Marina."
 
tit..tit..
 
"Hmm.. xpela, hang cari la sape2 buat geng"
 
tit..tit..
 
"sume mcm hampeh je nk buat geng. Arghh!! BOSAN!!"
 
 
Berjela SMS yang aku hantar pada Kuna, sampaila aku di tegur seseorang.
 
"Dik.. boleh kita mula sekarang?"
 
Owh.. baru ku sedar, semua mata terarah kepadaku yang leka melayan SMS dari Kuna.
Tanpa rasa bersalah, aku senyum ke arah semua orang sambil mengangkat dua jari dengan isyarat 'peace'
 
Beberapa minit berlalu, pelbagai program telah di aturkan sepanjang seminggu di Terengganu.
Tiada satu pun yang berjaya menarik minat aku.
Dan pada ketika itu jugalah, aku terasa ada mata yang memandang padaku.
Tapi siapa.
 
Ku biarkan saja perasaan itu.
Tak payah nak perasan sangat la. Awak tu bukanlah awek cun pun.
 
Satu jam berlalu, tiba masa pembahagian kumpulan.
Di sana kami akan tinggal dengan keluarga angkat yang telah di tetapkan.
Keluarga angkat yang di pilih adalah merupakan nelayan-nelayan di Marang.
Di sana kami akan pelajari cara hidup mereka, sambil berbakti.
Setiap dua orang peserta akan tinggal bersama-sama.
Dan tiba giliran aku..
 
"Siapa Asya Tania Hashim?!"
 
Aku yang leka mengelamun terus tegak bila nama di panggil.
Lambat-lambat aku berdiri. Cuak bila semua mata terarah kearahku.
Masing-masing macam tak pernah tengok orang ke?  
 
"Awak Asya Tania Hashim?"
"Err.. nampaknye macam tu lah.."
 
Terdengar ada yang ketawa dengan jawapanku.
Apa salah ke jawapan ku? Kalau sudah berdiri tegak bila nama di panggil, tentulah aku gerangannya.
 
"ok, pasangan awak nanti Jawa ye"
 
Jawa?!
 
"Jawa??. Ade ke nama macam tu?" berteka-tekilah aku sendiri memikirkan siapa kah orang yang bernama Jawa ini?
Lelakikah? Perempuan kah?
Masak....
 
Usai taklimat yang satu pun tidak masuk ke telingaku, aku terus mencari Kuna.
Tujuannya hanya satu.
Siapa jawa?
 
"Hello, boleh saya berbicara dengan Cik Nik Rohani Nik Mohd Rawi?"
"Ye Cik Asha Tania, apa yang boleh saya bantu?"
"Cik Rohani, bolehkah kita bertemu seketika? Ada perkara yang perlu di bincangkan"
"Owh, kedengarannya seperti serius. Perkara apakah Cik Asya Tania?"
"Boleh kita berjumpa di kafetaria kerana kredit saya hampir habis"
"Baiklah Cik Asya Tania, saya memang sedang menunggu panggilan Cik Asya Tania. 5 minit lagi saya akan muncul di depan Cik Asya Tania."
 
dan.. talian di matikan.
Tertera baki di skrin, RM0.16
Sadis.. sadis.. sebelum pulang ke rumah, harus di tambah nilai terlebih dahulu.
 
Ya..
Begitulah aku dan Kuna.
Mereng tak tentu masa.
 
Sepanjang menunggu Kuna di kafetaria, otakku memang tidak berhenti untuk terus berfikir.
Siapakah Jawa?
Dan sekali lagi aku merasakan ada mata yang sedang memerhati.
Aku memandang sekeliling, cuba mencari siapa manusia malang yang sedang memerhati diri aku yang tidak seberapa ini.
Sudahla berbadan comel, tidak pandai begaya pulak tu.
Ah.. biarkan.. mungkin perasaan aku aje.
 
Akhirnya tiba juga si Kuna ni.
 
"5 minit la sangaaaaaat"
"Alaa.. Kuna pergi tandas dulu la. Nanti kalau dengar hang bercerita, lupa pulak nak selesaikan urusan seri paduka baginda ni"
 
Sempat lagi berseloroh.
 
"Eyh, mana Sue?"
 
Mungkin pelik pada Kuna melihat aku menunggunya sendirian.
 
"Sue? entah..Lantak la makcik tu. Haram jadah punya kawan"
"Jadi, apa yang besar  sangat masalah dunia hang nak cerita?"
 
Hmmm...
 
 
 
 
-to be continue-

 
 

Monday 3 September 2012