Tuesday 21 May 2013

Holla

SalamAlaykum!!

Hello hello hello!!!

I'm back!! finally!!!!

Nasib baik still ingat lagi password nak enter blog ni.

Been busy all the time dengan my super extreme daily routine and when I was in JB pun, tak sempat jugak nak for blogging. Layan anak all the time.

So.. where shall I begin??

To much things nak share.. and kita bagi some space ye.

Soo... see you soon

xoxo

MayAllahBless

Thursday 25 April 2013

HERBALIFE #Part 1

SalamAlaykum..

Previously ada post about new way of life kan.
So, this is my new way of life. Being part of Herbalife user (again).

Cik bulat gojes ambil keputusan ni sebab diri dah makin gemoks.
Nak bangun duduk pun macam susah je.
Maklumlah... gemokss...

So, i met with few people yang motivates me to lose weight with Herbalife.
Well, mungkin some people akan cakap - alaa.. nak jual product, memang laaa...

Itu terpulang pada individu..
Tapi, cik bulat gojes dulu pernah jadi Herbalife user, and product ini sangat lah di yakini.
Cik bulat bukan nak promote ke apa ye.
Kalau cik bulat gojes promote lelebih pun what will i get?
I'm not even their business partner pun.
Tapi, product ni memang cik bulat gojes yakin boleh turun berat badan.

Setakat ni, dah seminggu kot cik bulat gojes ambil Herbalife.
And Alhamdulillah, dapat rasa positive resultnya such as, badan lagi rasa ringan, nak bangun duduk pun dah senang, kalau berjalan tu, kurang la sikit rasa mengahnya, and yang paling best.... hahahahahaha.... perut boncit cik bulat gojes macam dah lembik sikit.. tak mengeras macam selalu.. hahahahaha..
Seriously guys!!! Kalau sebelum ni, tak ada makna la kan nak boleh kempiskan perut untuk sorok perut boncit ku ini, tapi sekarang, macam dah bolehhhhhh je.. LOLOLOLO #SilaLempang.

Ohoy... perubahan ini semakin menyemarakkan lagi semangat cik bulat gojes untuk terus berjuang dalam meneruskan misi penurunan berat badan!!!
Biar orang meleleh air liur - hah.. hamek ko!
Selama ni, orang kutuk aku, kata gemok la... itu la ini la..
Selama ini, orang sisihkan aku sebab aku bukan termasuk dalam kategori yang bergaya - Biarlah walau hakikatnya aku lagi lawa and baju simple aku lagi mahal dari baju korang kan..
Tapi takpe.. satu hari nanti, bila cik bulat gojes dah selim melim, masa tu korang baru nak terhegeh2, sorry.. just talk to my hand ok.....
Cik bulat gojes nak buka mata orang-orang sekeliling.. Jangan di hina orang yang gemok ni...

Takpe.. bila dah kurus nanti, semoga dapat beri motivasi pada mereka-mereka yang lain untuk turunkan berat badan.
Turunkan berat badan bukan saja untuk nampak cantik, tapi yang lebih penting adalah untuk SIHAT...


MayAllahBless.

Ops!! I did it again.

SalamAlaykum!!

Have you had your shake??? Hahahahaahaha..
Gila dah aku ni.

Ok..ok.. lupakan sekejap.
So, hari ni, cik bulat gojes bersiaran dari...... JB!!
LoL.. macam tak ada tempat lain dah kan nak pergi. JB JB JB..
Nak buat macamana, PTP (Port of Tanjung Pelepas) kan kawasan jajahan inche hubby.
So, memang kekerapan kami ke JB tu amatlah kerap.

Ohoy.. my son dah terjaga dari tidur, bila nampak je ibu dia pegang laptop, langsung mintak "baby" (Upin Ipin).
Tab pulak tertinggal kat rumah. So, terpaksa la mengalah.
Nanti bersiaran lagi ye.

MayAllahBless.

Tuesday 23 April 2013

New way of Life

SalamAlaykum..

It has been so long since my last update kan.
Been busy sikit.
Kenapa? Ingat orang kerja office aje ke yang busy?
Orang kerja sendiri pun busy jugak tauuu..
Ok that is not apa yang cik bulat gojes nak talk about..
Tapi perkara lain walau pun cik bulat gojes sendiri pun tak ada issue lagi.

Well, pejam celik kita dah menghampiri akhir bulan April. Sekejap je kan..
In few more days nak masuk May dah.
Sungguh cepat masa berlalu.

Well, cik bulat gojes ada nak buat perubahan sikit pada diri cik bulat gojes.
Apa dia??

No gempaks-gempaks thing pun. Cuma cik bulat gojes berhasrat untuk turunkan berat badan.
Itu sachers...

Turunkan berat badan dengan HERBALIFE ....

Well, hari ni hari ketiga cik bulat gojes mengambil Herbalife.
So far belum kurus lagi, tapi dah mula rasa ringan sikit badan.

Mesti ada yang kata "eleh.. macamana dia boleh tau badan dah ringan. Baru 3 hari"

Ahaa.... itu la.. minded kita ni jangan terlalu negatif.
Macamana cik bulat tahu???
Haa... macamani.. kita ni sebagai orang islam, harus mengerjakan solat 5 waktu kan?
Jadi, dari situ la cik bulat gojes dapat rasakan perbezaannya.
Setiap kali nak bangun berdiri dari sujud, kalau 3 hari yang lalu, berat sikit la.
Maklumla.. nak tampung body.
Tapi, hari ni, setiap kali nak bangun berdiri selepas sujud, dapat rasa keringanannya.
Proses nak berdiri tu laju sikit daripada biasa.

Haaa.. see..see.. nampak kan.......

Jadi, dengan joinnye nutrition club dengan geng Herbalife ni, maybe sikit banyak dapat meransang semangat untuk terus berjuang dalam menurunkan berat badan. - hehehehe

This time dah tak jadi hangit-hangit tahik ayam dah InsyaAllah.

So, nanti-nanti, cik bulat gojes kongsi lagi kesan-kesan positive Herbalife.

MayAllahBless.

Monday 18 March 2013

Daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.en sam

SalamAlaykum

How are you?? Been so long tak menyinggah ke blog yang lamot bersawang ni.
Been busy dengan macam-macam sampai tak tahu nak cerita yang mana dulu.

Since terlalu banyak yang nak di-story kan, let me list down apa ceritera dunia yang nak di ceritakan dulu ok.

1. Daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali
2. Lanjut Golden Beach and Golf Resort, Kuala Rompin.
3. Goodbye Adik

Cheh!.. 3 stories je?? Gaya cakap tu macam lah banyak sangat stories nya - LOL..

Jadi, perkara yang pertama tu cik bulat gojes boleh la potong kan sebab akan di cerita kan kejap lg.
Cuma lagi dua tu, doa-doa kan lah biar cik bulat gojes ada masa untuk kongsi cerita kat sini.

Jadi, cerita hari ni cerita yang agak sedih pada diri cik bulat gojes, terutamanya pada mak and ayah.
On the February 15th, 2013, kami kehilang seorang bapa saudara yang telah diibaratkan bagai seorang bapa pada diri cik bulat gojes dan adik-adik.
And dia juga bukan hanya sekadar seorang abang kepada mak, tp juga bagaikan ibu dan ayah kepada mak.
Tempat mak and ayah cik bulat gojes bermanja.
He left us all at the age of 61, on the February 15th, Friday morning (near Subuh).
It was a shocking news for all of us.
Even sampai sekarang pun cik bulat rasa macam my uncle tu masih ada di bumi ini bersama kami.
Kehilangan dia merupakan satu kehilangan besar buat keluarga cik bulat gojes.

Amat sukar untuk menerima kenyataan itu.
Well, paling menyedihkan, cik bulat gojes tak dapat melihat wajah arwah buat kali terakhir.
Hanya sempat melihat keranda beliau.
Ikutkan rasa hati, mahu aje cik bulat gojes angkat penutup keranda and buka ikatan kain kafan.
Tapi, tak baiklah kalau cik bulat gojes buat macam tu.
Dah jadi macam orang hilang akal lah pulak kan.

Betul, kita harus menerima ketentuan qada' dan qadar.
Setiap daripada kita pasti akan mati bila sampai waktunya di jemput Ilahi.
Tapi, baru kini cik bulat gojes tahu erti rasa apabila kita kehilangan seseorang yang betul-betul rapat dengan kita.

Apa-apa pun, yang pergi biarkan pergi.
Kita yang masih hidup harus teruskan perjuangan selagi masih bernyawa.

Cik bulat gojes memang terlalu kagum dengan arwah ayah ngah.
Beliau memang lah bukan seorang yang berpendidikan tinggi, tapi semangat beliau dalam mencari sesuap nasi  untuk keluarga memang sangat-sangat aku kagumi.
Daripada hanya tinggal di rumah papan, berkat hasil usaha beliau, berjaya membina sebuah banglo untuk keluarganya.

Ayah ngah pergi buat selama-lamanya kerana sakit jantung.
According to the specialist, dia sendiri pun kagum gila dengan ayah ngah kerana dia terus hidup dengan hanya 5% sahaja, in which, kalau orang lain, memang dah tak boleh buat apa dah.
He was expected untuk buat bypass kat IJN on the February 25th., tapi, apa nak buat, tuhan lebih sayangkan dia.
kami terima and berpuas hati sekurang-kurangnya sempat untuk bawa arwah berjumpa dengan pakar and buat apa yang patut.

Sebelum cik bulat gojes pulang ke KL, cik bulat gojes sempat menziarahi pusara arwah ayah ngah.
Sumpah cik bulat gojes rasa sayu sangat-sangat.
Terasa seperti beliau ada bersama cik bulat gojes pada ketika itu.
Ya Allah.. perasaan itu terlalu halus.
Bila cik bulat gojes beransur pulang, terasa seperti beliau berdiri di tepian pusara, sambil memandang ke arah kami, melambai sambil tersenyum.
Ya Allah.. sukar untuk di tafsirkan perasaan itu.
Tapi, cik bult gojes yakin, ayah ngah bahagia dan tenang di sana.
Perginya beliau pada hari Jumaat, subuh hari. Tenang, sejuk dan damai.
Beliau pergi juga dengan senang.
Sempat memberi isyarat pada makcik bahawa nyawanya sedang di tarik.
Subhanallah... Bertuahnya...

Semoga roh arwah ayah ngah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

MayAllahBless  

Thursday 28 February 2013

CNY Short Break - Kedah, Pahang. #Part1

SalamAlaykum.

Lamanya tak menjenguk ke sini.
Almaklumlah, lately ni banyak sangat perkara-perkara yang tak dapat di elakkan, jadi masa untuk blogging tu ala-ala macam tak ada.
Tapi takpe, now I'm back!!

Hari ni dapat blogging pun sebab ala-ala cuti la..
Anak pun tengah tidur, so, biasalah, ambil peluang ni.
Cik bulat gojes pun boleh di katakan baru sihat sepenuhnya dari segala penyakit - hehehe

Bermula dengan raya cina, we went to Kedah sebab nak attend wedding one of my BFF kat Sik.
The traffic was soooo terrible!!
It took us 12 hours to reach at our destinantion.
Gerak jam 8 pagi, sampai jam 8 malam.
Alhamdulillah Hariz pun tak meragam sepanjang perjalanan. Memang tak meragam langsung.
So, lepas checked in chalet semua, kami berehat la.
My bff ni booking kan satu chalet yang as for me, boleh tahan la.
Memang betul-betul kat Tasik Beris. (10 minutes driving from rumah pengantin)
It's not a chalet mewah pun.
We paid RM80 per night. Double bed with air-conditioned room, ada kipas dinding jugak, ada TV and ada satu almari.
The toilet pun bersih, air memang direct air bukit kau............. memang sejuk!!!! Tapi best!!
Towels are provided. Sabun and shampoo ada jugak. Kiranya bolehlaaaaa...
Kalau nak cuti-cuti sempoi-sempoi, boleh la stay situ.
Tapi kalau nak harapkan complete macam 5 Star hotel, baik lupakan je lah.
Whatever it is, cik bulat gojes memang suka.
Very beautiful scenery.
So calm and boleh jadi pencuci mata la orang kata..
Eye Mo pun kalah.
At night pulak, berangin.. best sangat...
Kalau pakai skirt time tu, boleh la nak feeling-feeling ala-ala Marilyn Monroe. Tak pun feeling macam Jack and Rose dalam Titanic.
Kat situ pun ada boat ride jugak.
Cik bulat gojes mula-mula nak naik jugak boat ride tu pusing-pusing tasik, tapi di sebabkan ada unplanned plan yang mari, terpaksa lah melupakan dulu.
Kami pun sepatutnya stay 2 malam kat sana, tapi terpaksa cancel sebab keesokan malam tu jugak, kami shoot ke Kuala Rompin pulak.

Before we headed to Kuala Rompin, kami sempat la jalan-jalan Alor Setar.
Sempat jugakla bawak Hariz kenal padi - hehehehehehe
Bawak pergi Muzium Padi. And as for me, Muzium Padi dah tak best macam dulu.
Tak tahulah, maybe sebab masa tu orang terlalu ramai, so kat bahagian atas tu jadi sangat crowded.
Admission fee tak mahal pun. RM5 for adult and FOC for Hariz.
Kanak-kanak tak ingat lah pulak berapa. RM2 or RM3 macam tu lah.

We spent about 1 hour je pun kat sana sebab dah dapat panggilan perut.
Perut masing-masing dah lapar, maklumlah, makan kat kenduri, kenyang macamana lah sangat kan.
So, dalam mencari-cari tempat makan best kat Kedah, kami jumpa lah nama satu kedai makan ni.
Kami cari pun dalam Google jugak.
So, dengan direction map yang ada, kitorang pergi la cari kedai makan tu.
Located at Kuala Kedah.
Sangat dekat dengan Jeti nak pergi Langkawi tu.
Nama kedai tu kalau tak salah, Restoran Anjung Kuala, Kuala Kedah.
The food was superb!!
Sedap and price sangat-sangat berpatutan pada cik bulat gojes lah.
Orang lain tak tahu lah.
Kalau nak compare dengan Tanjung Harapan, memang dia lagi murah.
Kalau kat Tanjung Harapan, makan berdua pun boleh cecah Rm100.
Kat Anjung Kuala tu, believe it or not, tak sampai RM70!!
We had 2 pinggan nasi, Teh O ais Limau, Carrot susu, Sotong goreng tepung, kangkung belacan and ikan siakap 3 rasa.
Ikan Siakap tu besar ok...............Memang besar.
Memang puas hati. Sotong pun cik bulat gojes ambik banyak la jugak sebab sotong goreng tepung memang peberet cik bulat gojes.
Cuma satu la, pilihan lauk pauk tak banyak kat situ.
Ikan cuma ada siakap and kerapu. Sotong and Udang,
Maybe sebab kedai tu baru (masa pergi tu owner tu kata baru buka 6 bulan).
Kalau tengok pada size ikan, memang takut la nak pilih sebab besar.
Tapi, jangan risau, harga makanannya memang tak mahal.
and puas hati. Itu yang penting.

Err... kawan-kawan, tetiba ada kerja pulak. Nanti kita sambung ye.

Buhbai...


Thursday 7 February 2013

Bukan Senang

Salam Alaykum..

Bersiaran melalui laptop, lagi senang dan puas hati compared to via tab.

First of all, cik bulat gojes nak mensyukuri dengan rezeki Allah pada hari ini.
Walaupun tak seberapa, tapi, aku tetap bersyukur kerana masih di beri rezeki dan mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Business is not doing so good lately.
Mungkin sebab students UiTM masih tengah bercuti and as informed by one of our customer (which is one of the lecturer in UiTM), students will be back in the middle of March.
Huhuhu..
Semoga Allah terus membantu kami dan memberi rezeki kepada kami.

Berniaga kedai makan macam ni lah.
Tak boleh nak expect customer sentiasa ramai dan penuh.
Nak pulak, kawasan Seksyen 7 Shah Alam ni di mana, majority kawasan student.
Kalau student cuti, maka sunyilah kawasan ini.
Hehehehe

Tapi, cik bulat gojes percaya, selagi kita yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita, InsyaAllah.

Budaya dengki mendengki diantara kita or dalam erti kata lain, di kalangan peniaga-peniaga ni memang perkara biasa.
Ada yang tak senang bila tengok rezeki orang lebih and ada jugak yang pasrah aje dengan rezeki tuhan (which is tak ramai la kan).

Kadang-kadang cik bulat gojes terfikir jugakla.
Kenapa kita tak mencontohi kaum cina??
Bukanlah nak bangga dengan kaum cina, cuma salute dengan bangsa itu.
Kedai makan cina sebelah menyebelah, tapi, dua-dua maju and dapat keuntungan.
Cuba kalau tengok kedai melayu.
Bila tengok kedai sebelah maju, ramai orang, esok terus cari bomoh, mandrem sana, mandrem sini kasi lingkup jiran sebelah.
Kenapa kita tak jadi macam cina?
Maksud cik bulat gojes, diorang kongsi keuntungan bersama-sama.
Saling bantu membantu.
Sedih bila mengenangkan situasi macam ni.

Inche hubby cik bulat gojes pernah bagitahu satu lawak ni in which, cik bulat gojes rasa, ada kena mengena dengan situasi perniagaan kedai makan.

Nak tahu lawak sengal tu?

Ok, keep on reading ye.

1. Kenapa kedai cina selalu maju? Sebab, diorang *tung tung tung sheng.. tung tung tung shengg*. (untung untung share.. untung untung share)

2. Kenapa kedai melayu business tak semaju kedai cina *tak tak tak ntung..tak tak tak ntung* (tak tak tak untung)

3. Kenapa kedai india business memang sentiasa tak kemana *tak tak ke tak tak ke tak tak ke tak* (sentiasa TAK je memanjang).

LOLOLOLOLO

Ok, korang faham tak?

KAlau faham, faham lah.
Kalau tak faham, gini ceritanya.

Tu semua berkaitan dengan muzik tradisional kaum melayu, cina and India.
Kalau tahu muzik tradisional, should be takde masalah untuk memahami lawak sengal ni.

Kalau tak faham jugak, inform cik bulat gojes ye.

Apa-apa pun, itu cuma lawak semata-mata. Jangan percaya sangat okiess and don't take it seriously too


For any circumstances yang datang menjelma, atasi dengan penuh kesabaran dan yakin bahawa Allah sentiasa di sisi kita.

InsyaAllah.

MayAllahBless.


Tuesday 5 February 2013

xxx lotion

Salam Alaykum..

Allahuakbar.. lamanya cik bulatvgojes membiarkan blog ni hidup tanpa teman pengganti.
Almaklum.. busy sket dengan restaurant family.
So now ada masa, boleh la curi masa sikit.

Owh.. tengok tajuk macam ntah pape kan??

Yang pasti, it's about a lotion..

Dalam proses untuk membeli lotion tersebut.

Lotion apa?
Adelaaaaaaa.......

Yang pasti, ia adalah lotion.

Let's wait and see ye..

Tuesday 8 January 2013

Restoran D'Rebung

SalamAlaykum..

How are you?
Semoga hari Rabu ini memberi seribu makna dan rezeki yang melimpah ruah bu8at kita semuaa.


Hari ni tetiba terasa nak buat promo sikit.

RESTORAN D'REBUNG
Yang terletak di Seksyen 7 Shah Alam.

Landmark yang paling senang is Restoran Hakim.
Kalau tak tau restoran Hakim, boleh carti Pak Li Kopitiam.
Haaaa.. satu lorong dengan Pak Li Kopitiam ni. Pakli hujung sini D'Rebung hujung sana.

D'Rebung is basically a restaurant that sells lauk-lauk kampung.
Ada lauk Kelate, ade lauk minang, lauk orang KL pn ada.
Varieties orang kata.
Pagi-pagi pulak kita ada roti canai, nasi kerabu, nasi dagang, nasi lemak, laksam, mee goreng, mihun goreng, nasi berlauk, ayam and banyak lagi laup pauk tambahan.
Setakat ni, alhamdulillah, customer puji sedap.

Lunch pulak, besides lauk-lauk yang ada, kita ada jugak nasi ayam, mee/bihun/kuey tiaw/maggi celup and bubu nasi.
Pun setakat ni alhamdulillah customer puji sedap.

Lauk pauk tenghari biasanya ada la sikit-sikit buat pertukaran.
Kalau yang sama je tiap-tiap hari bosan jugak kan.

So, nanti cik bulat gojes akan upload sikit antara lauk-lauk yang ada buat tatapan semua - wahh gitu..


D'Rebung di buka setiap hari dari pagi hingga malam (12am) kecuali ahad, buka petang kul 4pm till 12m (2 minggu sekali).

Untuk malam biasanya masakan panas la,.
Buat masa sekarang ni, takde lag yang specialnya.
Masih belum ada.
Soon InsyaAllah.
Ck bulat gojes ingat nak buka untuk western. Tapi tengok keadaan dulu.

So, kalau sesiapa yang terasa nak try or berada di area Shah Alam, jemput-jemputlah kemari ye.
















Jadi, itu saja lah yang ada.
Ekceli, banyak lagi.. ni sebahagian aje..
Kalau nak tengok lagi, jemputlah ke D'Rebung.


MayAllahBless.

Happy Birthday!!

SalamAlaykum

Hari ni takde nak hapdet apa-apa..
Just wanna wish to one of my staff, Ida.. a very happy birthday!!



Semoga di murahkan rezeki dan di panjangkan umur dan di beri kesihatan yang sebaiknya.. Amin...


MayAllahBless.

Monday 7 January 2013

Cemburu buta

Salam Alaykum..

Bersiaran dari Seksyen 7, Shah Alam!!!

Hah.. hari ni ada satu isu yang menari gendut-gendut daalam kepala cik bulat gojes.

CEMBURU BUTA or in english, JEALOUSY.

Naah.. bila kita sebut cemburu buta ni, masing-masing akan tuding jari by saying that lelaki lagi kuaat cemburu berbanding perempuan and ada yang kata perempuan lagi kuat cemburu berbanding lelaki.

Mana satu yang betul dik non oii...

Pada pandangan cik bulat gojes la kan, sama je.. baik lelaki, baik perempuan..
Kalau dah timbul satu perasaan apabila kita tidak mempercayai seseorang, maka perasaan cemburu itu akan datang dengan sendirinya.

Tapi, cemburu ni sinonim dengan tandanya sayang.

Bila seseorrang itu cemburu, itu bermakna pasangan kitaa itu tidak mahu kehilangan kita... kerana pasangan kita itu sayangkan kita.

Tapi AWAS ye kawan-kawan...

Perasaan cemburu ni, kalau tidak di kawal, lain jadinya.

Gara-gara cemburu boleh menjadikan seseorang itu ganas.. hilang kewarasan,. daan macam-macam lagi perkara yang negatif.

Setuju tak??

Betul....

Adalah dua tiga kejadian yang telah membuktikan semua ni.

Peristiwa yang paling cik bulat still ingat lagi sampai sekarang when I was a student back in UiTM.

This girl was my senior.
She's a muslim but stayed together with her boyfriend - hmm..\
Well, she wasn't really a good friend of mine.. she's just a girl which i've known and that's it.
Cik bulat gojes pun tak tahu macamana dia boleh melekat pulak dengan kami.
Well, this girl memang boleh kata macm takde life.
Life dia, pergi kelas, balik rumah - that's it - kalau keluar pun dengan boyfriend dia la kut - wallahualam.
So, this girl, memng tak bergaul dengan orang sangat.
Dengan lelaki, apatah lagi.
One day, she came up to us and macam ala-ala mengadu la.
She said, her classmates semua ada buat trip.
Pergi mana tu, tak la pulak cik bulat gojes ingat.
So, dia memang dying nak follow the trip, unfortunately, dia tak dapat follow.
Dari situ la baru kami tahu, bahawaasanya, boyfriend dia tak izinkan dia pergi.
Well HELLOOOOOO!!!! dia tu BOYFRIEND.. buklan SUAMI..
Kalau ingkar perintah, tak berdosa pun.. dapat pahala lagi adelaaaa...
That was what I told her. but in a nicer words lah.
So dri situ la banyak perihal boyfriend tak guna dia tu kami dpat tahu.
Memang cemburu buta orangnya.
Sampai kalau ada group assignment pun tak dibenarkan ada lelaki - what the????
Nasib baik tak buat gila cakap lecturer lelaki pun tak boleh.
Well, this girl pun bukannya Miss World pun nak kata cantik kulit putih gebu ke hape kan..\
Kalau cun macam Lisa Surihani ke, Fazura ke, ada jugakla makna kan nak cemburu bagai ni.
Hakikatnya, this girl ni, kalau letak minah Afrika kat sebelah dia pun, cantik lagi minah Afrika tu - Bukan nak mengutuk, tapi itu hakikat.
Memang teruk.. smpai Ic, Passport, Kad bank, semua lelaki tu pegang.
So, nak jadikan cerita, one dy, diorng ni bergaduh.
Tempat pergaduhan adalah kat lorong tangga kat one of the UiTM block.
It happened masa dah petang.
Student ramai dah balik.
Tau-tau je, this girl lari-lari mintak tolong and was happened to be there.
She has been brought to the nearest clinic and kena few jahitan kat dahi.
Bila di tanya kenapa, dia kata dia jatuh tangga and terhantuk kat pemegang besi kat tangga tu.
So, kami yang tak tahu menahu tu, percaya je lah dengan cerita dia.
Tpi, tuhan tu ada..
Satu hari, masa kami tengah lepak-lepak, ada orang sampaikan pesan, ada lecturer nak jumpa.
So, kami pun ikutlah temankan this girl kan.
So, sampai je kat sana, barulah tebocr rahsia, bahawasanya, apa yang berlaku tempoh hari ada mata yang melihat.....
The makcik cleaner..,.
Dia nampak apaa yang terjadi dari A-Z and siap rakam okiessssss dengan fon dia - canggih kau makcik cleaner tu.
Tekejut la kami....
Nak tahu apa jadi??????

Haaaaa... dia bukanlah jatuh tangga....
eyh..betul..die jatuh tangga,, tapi bersebab....
sebabnya........ boyfriend dia tu dengan baik hatinya telah menghayun helmet kat kepala this girl.
Haahhhh.. melopong la kami...
Semuanyq gara-gara aapa??? - CEMBURU..

So, setelah didesak, di advise, akhirnya, this girl bersetuju untuk membuat laporan polis.
Lepas pada tu, kami dah tak nampak dia..
Lagipun masa tu dah final exam, so tak fikir pasal benda lain.

Jadi, kesimpulannya, bertindaak mengikut akal... bukan nafsu semata-mata.
Kawal-kawallah perasaan tu.

MayAllahBless.

Friday 4 January 2013

Kepercayaan | Trust

SalamAlaykum

How difficult to build trust to someone?

Betul.. walaupun that person pernah berkali-kali buat sesuatu perkara yang meruntuhkan tembok kepercayaan kita, tapi boleh ke untuk kita build trust lagi pada that person?

Tepuk dada tanya hati.

Bukan semua orang boleh berbuat demikian... tapi that person too deserves to have a chance.
And of course, setiap yang berlaku, pasti ada sebabnya, in which hanya dia yang tahu..
Dan kita sebagai seorang yang sempurna akal, sepatutnya boleh fikir - Eventhough kita tak tahu the real story, kita boleh fikir apa punca that person jadi macamtu.

Manusia ni ada bermacam-macam jenis.
Dan setiap dari kita perlu bertindak selaras dengan penciptaan -  bukan ikut nafsu semata-mata.

Tapi itulah..
manusia ni penuh dengan ego.
E.G.O

Masing-masing ada tahap keegoan masing-masing.
Ada tinggi, ada rendah and ada yang terlalu tinggi.
Seperti dengan seseorang yang aku kenali ni.
Seorang hamba Allh yang mempunyai tahap ego yang terlalu tinggi.
Sangat-sangat tinggi..

Takde apa yang aku harapkan..semogaa Allah melembutkan hatinya...

That's all.

MayAllahBless

Erti pengorbanan

Salam Alaykum

Again... tora datang lagi..............
Hari ini hari sabtu dan ye... cik bulat gojes bekerja pada hari ini...
Tapi takpelah.. as for now, cik bulat gojes tak busy sangat plus angah pun ada to help us out in here.
Hopefully today is much better than yesterday. InsyaAllah.

So, hari ni terasa seperti nak bercakap about pengorbanan.
Sebab ramai yang kata diri mereka ni banyak berkorban.
Samada untuk keluarga, anak, suami dan mereka-mereka yang tersayang.
Tapi, betul ke pengorbanan itu boleh dikata pengorbanan?

Some said, doesn't matter how big or small the problem is, as long as we know what we are currently doing, i think is more than enough.

Tapi of course, bukan senang untuk orang faham dan terima apa yang kita buat.
Pada orang lain, mungkin itu sebenarnyye adalah satu kesalahan alau hakikatnya, itu adalah untuk kebaikan bersama - well..bukan semua orang celik mata. Ada yang celik mata tapi buta hati..
And di sebabkan buta hati tu la terjadinya satu sifat tidak menghargai pengorbanan orang terhadap dirinya.

Yes.. bendaa ni pun terjadi pada diri cik bulat gojes jutgak.
Dengan orang-orang yang dekat dengan kita jugak - yang pasti bukan dengan inche hubby ye..
Kadang-kadng tu boleh buat mengalir airmata ni tau memikirkan nasib diri dan apa lagi yang akan terjadi selepas ni.

Penat??

Of course..
Hanya Allah yang tahu betapa seksanya dan penat menanggung segla benda ni.
Tapi cik bulat gojes terus untuk bertahan an terus bertahan.
Sampai bila untuk mampu bertahan tu... wallahualam..
Selagi ada daya dan belum tertutup pintu hati, cik bulat gojes akan terus di sini.. stand still...
Budget tabah katenyeee - hehehehhe

Hiiii.. bukan senang untuk budget tabah okiess...
Sometimes tu kan macam tak percaya je bahawasanya diri ini merupakan seorang yang tabah.
Tabah tak tabah.. 3 tahun jugakla menahan perasaan..
Eyh.. ye ke 3.. tahun ni nak masuk 4 tahun...
Dri bujang sampai jadi tunang org, sampai jadi bini orang and sampaila jadi mak orang.
Macam tu jugak, in fact, makin teruk.
Tak tahu bila akan berakhir dan di mana pengakhirannya.
Berdoa je lah setiap hari..itu lebih afdal.

In our life, never ever and ever lose hope on Allah.
He is our guidance in our life and the ultimate love letters which is the Quran is the perfect guideline.
So stay with it. InsyaAllah..


*just smile no matter how hurt the facts are. Live your life and don't hide from what you are.

MayAllahBless

kita cari masalah ke masalah cari kita?

SalamAlaykum..

Hari ni bersiaran dari D'Rebung..
Pretty bored and bored - enough said.
Tapi sebenarnye ada benda lain yang sedang menari gendut-gendut dalam kepala.

About what?

Apa lagi kalau bukan tentang masalah yang datang berduyun-duyun tanpa belas.

Kadang-kadang pernah jugak terfikir... ada ke hidup yang tak ada masalah?

As said by someone "kak, selagi nama kita ni masih celik, masalah memang tak kan pernah habis. Dalam kubur pun ada masalah jugak"

Wow... ganas nye falsafah dia.

Kalau fikir-fikir pun betul jugakkan.

Depends on your own interpretation.
Pemikiran kita tak sama walaupun bentuk otak sama.
Kadang-kadang kita fikir A, orang lain fikir B.
Kadang-kadang kita faham A, orang faham B.

Jadi, tepuk dada tanya selera.

Walau macamana besar pun masalah tu, hadapi dengan senyuman.
Dah itu yang tuhan dah tetapkan untuk kita, jadi , redha dan sabar.
Orang kata, yang pahit akan manis jua nanti.
Bila? Satu hari nanti InsyaAllah..


Tahun baru ni cik bulat gojes memang tak berazam apa-apa.
Azam nak kurus tiap-tiap tahun tak pernahnya tercapai.
Jadi tahun ni berazam untuk memperbaiki hidup demi anak dan suami.
Malasla nak berazam bagai ni.
Tapi, walaupun takde azam, tak bermaksud takde tujuan hidup.. ada..
Tapi biarlah hanya aku yang tahu katenye..

So, marilah kita sama-sama berdoa semoga di limpahi rahmat dan di permudahkan segala urusan.

Siapa yang tak penat dengan masalah kan...
Diriku jua begitu.

MayAllahBless


Thursday 3 January 2013

Tarantula datang tak?

Salam Alaykum!

Lama la jugak cik bulat gojes membiakan blog ni di hidu tarantula.
Been busy sket.

ha?? oh..no no no.. bukan busy dengan B'ChOB.. belum lagi.. tapi sekarang cik bulat gojes sedang membantu mak kat restoran milik keluarga kat Shah Alam.

Restoran apa?
Namanya Restoran D'Rebung (Bukan Rebung ye.. Itu Chef Ismail pny)
Terletakk di Seksyen 7 Shah Alam.
Merupakan restoran masakan melayu lah basicly nya.
Di buka setiap hari kecuali Ahad.
Dari pagi-pagi buta sampai malam-malam buta.
Pagi basically ada nasi lemak, nasi dagang, nasi kerabu, roti canai, mee, bihun, nasi goreng.
Kira kalau terasa nak breakfast ala-ala Kelantan, ada la kat restoran kami tu.

So, ni hari kedua cik bulat gojes bedngdut kat kedai.
Sebab tak cukup pekerja.
Huii... memang 2 hari ni terasa macam takde kaki..
Penatnya Ya Allah.................
On the first day pun dah balik rumah berjalan macam kingkong.
Yelahhh.. cik bulat gojes ni 'comel' orangnya.
Jadi, bila banyak berjalan ni, peha pun bergesel.
Sakit dan pedih...
Lagi haru semalam before balik rumah, kena pergi NSK jap beli brg2 dapur kt rumah.
Nahhh... berjalan mcm orang baru lepas bersalin..
Slow and steady - LOL
Jadi hari ni, cik bulat gojes mengambil langkah bijak dengan memakai legging di dalam.
haaaaa.... Alhamdulillah... menjadi katenye...
Peha tidak sakit lagi.. cuma kaki je la macam takde kaki.
Terpaksala mintak pertolongan inche hubby untuk urutkan kaki.
Alhamdulillah,  inche hubby merupakan seorang yang sangat understanding.


Haih.. tak tahu lah sampai bila cik bulat gojes akan berada kat kedaai tu.
Tapi, semalam mak dah kasi hint, nak suruh cik bulat gojes handle kedai tu.
Ayooo.... cik bulat gojes tak yakin kot!!!
Tunggu lah dulu.

So, oklaa... I got to make a move now.
Have to wake up early.




Ini adalah antara pekerja yang ada.


Yang pasti, dorang semua BEST!!!!!


MayAllahBless