Thursday 7 February 2013

Bukan Senang

Salam Alaykum..

Bersiaran melalui laptop, lagi senang dan puas hati compared to via tab.

First of all, cik bulat gojes nak mensyukuri dengan rezeki Allah pada hari ini.
Walaupun tak seberapa, tapi, aku tetap bersyukur kerana masih di beri rezeki dan mampu bertahan sehingga ke hari ini.

Business is not doing so good lately.
Mungkin sebab students UiTM masih tengah bercuti and as informed by one of our customer (which is one of the lecturer in UiTM), students will be back in the middle of March.
Huhuhu..
Semoga Allah terus membantu kami dan memberi rezeki kepada kami.

Berniaga kedai makan macam ni lah.
Tak boleh nak expect customer sentiasa ramai dan penuh.
Nak pulak, kawasan Seksyen 7 Shah Alam ni di mana, majority kawasan student.
Kalau student cuti, maka sunyilah kawasan ini.
Hehehehe

Tapi, cik bulat gojes percaya, selagi kita yakin bahawa Allah sentiasa bersama kita, InsyaAllah.

Budaya dengki mendengki diantara kita or dalam erti kata lain, di kalangan peniaga-peniaga ni memang perkara biasa.
Ada yang tak senang bila tengok rezeki orang lebih and ada jugak yang pasrah aje dengan rezeki tuhan (which is tak ramai la kan).

Kadang-kadang cik bulat gojes terfikir jugakla.
Kenapa kita tak mencontohi kaum cina??
Bukanlah nak bangga dengan kaum cina, cuma salute dengan bangsa itu.
Kedai makan cina sebelah menyebelah, tapi, dua-dua maju and dapat keuntungan.
Cuba kalau tengok kedai melayu.
Bila tengok kedai sebelah maju, ramai orang, esok terus cari bomoh, mandrem sana, mandrem sini kasi lingkup jiran sebelah.
Kenapa kita tak jadi macam cina?
Maksud cik bulat gojes, diorang kongsi keuntungan bersama-sama.
Saling bantu membantu.
Sedih bila mengenangkan situasi macam ni.

Inche hubby cik bulat gojes pernah bagitahu satu lawak ni in which, cik bulat gojes rasa, ada kena mengena dengan situasi perniagaan kedai makan.

Nak tahu lawak sengal tu?

Ok, keep on reading ye.

1. Kenapa kedai cina selalu maju? Sebab, diorang *tung tung tung sheng.. tung tung tung shengg*. (untung untung share.. untung untung share)

2. Kenapa kedai melayu business tak semaju kedai cina *tak tak tak ntung..tak tak tak ntung* (tak tak tak untung)

3. Kenapa kedai india business memang sentiasa tak kemana *tak tak ke tak tak ke tak tak ke tak* (sentiasa TAK je memanjang).

LOLOLOLOLO

Ok, korang faham tak?

KAlau faham, faham lah.
Kalau tak faham, gini ceritanya.

Tu semua berkaitan dengan muzik tradisional kaum melayu, cina and India.
Kalau tahu muzik tradisional, should be takde masalah untuk memahami lawak sengal ni.

Kalau tak faham jugak, inform cik bulat gojes ye.

Apa-apa pun, itu cuma lawak semata-mata. Jangan percaya sangat okiess and don't take it seriously too


For any circumstances yang datang menjelma, atasi dengan penuh kesabaran dan yakin bahawa Allah sentiasa di sisi kita.

InsyaAllah.

MayAllahBless.


No comments:

Post a Comment