Monday 18 March 2013

Daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali.en sam

SalamAlaykum

How are you?? Been so long tak menyinggah ke blog yang lamot bersawang ni.
Been busy dengan macam-macam sampai tak tahu nak cerita yang mana dulu.

Since terlalu banyak yang nak di-story kan, let me list down apa ceritera dunia yang nak di ceritakan dulu ok.

1. Daripada DIA kita datang, kepada DIA kita kembali
2. Lanjut Golden Beach and Golf Resort, Kuala Rompin.
3. Goodbye Adik

Cheh!.. 3 stories je?? Gaya cakap tu macam lah banyak sangat stories nya - LOL..

Jadi, perkara yang pertama tu cik bulat gojes boleh la potong kan sebab akan di cerita kan kejap lg.
Cuma lagi dua tu, doa-doa kan lah biar cik bulat gojes ada masa untuk kongsi cerita kat sini.

Jadi, cerita hari ni cerita yang agak sedih pada diri cik bulat gojes, terutamanya pada mak and ayah.
On the February 15th, 2013, kami kehilang seorang bapa saudara yang telah diibaratkan bagai seorang bapa pada diri cik bulat gojes dan adik-adik.
And dia juga bukan hanya sekadar seorang abang kepada mak, tp juga bagaikan ibu dan ayah kepada mak.
Tempat mak and ayah cik bulat gojes bermanja.
He left us all at the age of 61, on the February 15th, Friday morning (near Subuh).
It was a shocking news for all of us.
Even sampai sekarang pun cik bulat rasa macam my uncle tu masih ada di bumi ini bersama kami.
Kehilangan dia merupakan satu kehilangan besar buat keluarga cik bulat gojes.

Amat sukar untuk menerima kenyataan itu.
Well, paling menyedihkan, cik bulat gojes tak dapat melihat wajah arwah buat kali terakhir.
Hanya sempat melihat keranda beliau.
Ikutkan rasa hati, mahu aje cik bulat gojes angkat penutup keranda and buka ikatan kain kafan.
Tapi, tak baiklah kalau cik bulat gojes buat macam tu.
Dah jadi macam orang hilang akal lah pulak kan.

Betul, kita harus menerima ketentuan qada' dan qadar.
Setiap daripada kita pasti akan mati bila sampai waktunya di jemput Ilahi.
Tapi, baru kini cik bulat gojes tahu erti rasa apabila kita kehilangan seseorang yang betul-betul rapat dengan kita.

Apa-apa pun, yang pergi biarkan pergi.
Kita yang masih hidup harus teruskan perjuangan selagi masih bernyawa.

Cik bulat gojes memang terlalu kagum dengan arwah ayah ngah.
Beliau memang lah bukan seorang yang berpendidikan tinggi, tapi semangat beliau dalam mencari sesuap nasi  untuk keluarga memang sangat-sangat aku kagumi.
Daripada hanya tinggal di rumah papan, berkat hasil usaha beliau, berjaya membina sebuah banglo untuk keluarganya.

Ayah ngah pergi buat selama-lamanya kerana sakit jantung.
According to the specialist, dia sendiri pun kagum gila dengan ayah ngah kerana dia terus hidup dengan hanya 5% sahaja, in which, kalau orang lain, memang dah tak boleh buat apa dah.
He was expected untuk buat bypass kat IJN on the February 25th., tapi, apa nak buat, tuhan lebih sayangkan dia.
kami terima and berpuas hati sekurang-kurangnya sempat untuk bawa arwah berjumpa dengan pakar and buat apa yang patut.

Sebelum cik bulat gojes pulang ke KL, cik bulat gojes sempat menziarahi pusara arwah ayah ngah.
Sumpah cik bulat gojes rasa sayu sangat-sangat.
Terasa seperti beliau ada bersama cik bulat gojes pada ketika itu.
Ya Allah.. perasaan itu terlalu halus.
Bila cik bulat gojes beransur pulang, terasa seperti beliau berdiri di tepian pusara, sambil memandang ke arah kami, melambai sambil tersenyum.
Ya Allah.. sukar untuk di tafsirkan perasaan itu.
Tapi, cik bult gojes yakin, ayah ngah bahagia dan tenang di sana.
Perginya beliau pada hari Jumaat, subuh hari. Tenang, sejuk dan damai.
Beliau pergi juga dengan senang.
Sempat memberi isyarat pada makcik bahawa nyawanya sedang di tarik.
Subhanallah... Bertuahnya...

Semoga roh arwah ayah ngah di tempatkan di kalangan mereka yang beriman. Amin.

MayAllahBless  

No comments:

Post a Comment