SalamAlaykum.
Ya Allah, sakit dan geramnya hati ni. Kalau ikut hati panas, memang mencarut-carut la rasa nak buat.
Nak cik bulat gojes ceritakan kejadian setengah jam yg lalu.
Asalnya cik bulat gojes ni tak tahu apa pun, sampai la inche hubby cik bulat gojes pulang ke rumah, dan menceritakan tentang FB wall post seorang kawan lama inche hubby.
Menurut wall post hamba Allah ni, dia ni nak belikan basikal bla bla bla and something mintak wife dia belikan since Perodua nak bagi bonus bla bla bla and he said tak boleh because wife nak beli rantai besar (Sorry for I can't capture the whole picture, only the key points).
So, inche hubby pun komen la FB post dia and tulis supaya bagitahu wife dia, ada lagi rantai yg lagi besar kalau nk beli, which is rantai kapal kt port tempat inche hubby kerja. And his wife pun replied cakap boleh aje as long as Gold 916. Maknanya, she understood the joke.
So, this STEW-PIG guy replied his comment and ckp wife dia tak boleh pakai rantai besar-besar macamtu, lainla MEM kau. Sepadan la dengan size - something like this la bunyila.
Kiranya, rantai kapal besar macamtu tak sesuai la untuk wife dia yang kurus tu.. tapi, rantai macamtu lebih sesuai untuk cik bulat gojes ni. Satu size katanya.
Waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah..
What an insult!! Those words really are humiliates me. Dalam FB pulak tu dimana semua orang boleh baca.
Kalau cakap depan-depan cik bulat gojes rasa, cik bulat gojes boleh terima, but not in FB.
So, bila dah found out macamtu, sanggup ke nak tengok saja orang hina kita and ketawakan kita?
Nak pulak, cik bulat gojes ni memang panas baran orangnya, memang kena la kan.
Memang cik bulat gojes sedar akan kekurangan diri ni. Size pun bukan macam perempuan lain kat luar sana tu,
Cik bulat gojes tak reply ayat sumpah seranah pun, cuma, cik bulat gojes minta, kalau ye sekalipun itu hanya satu gurauan, jangan la sampai ke tahap menghina. Nak pulak in public. Lainla kalau among us or straight to my face kan.
Dia ada remove komen2 sensitif tu, tapi ada jugakla sisa2 komen yang seolah-olah perli cik bulat gojes ni.
So, cik bulat gojes pulangkan balik paku buah keras kat jantan bapok ni.
Setelah orang ramai dah baca komen tu, ingat dengan remove sesetengah kome tu cukup?
Agaknya, mungkin rasa tercabar di tegur, terus dia balas dengan tulisan huruf besar.
Sorry lah, cik bulat gojes tak boleh nak recall pulak exactly apa yang di tulis. Tapi, some sort of like this;
1. Kau ingat kau bagus sangat
2. Dasar pompuan meroyan
3. Orang ngata kau tak boleh, tapi bila kau ngata orang tak sedar.
4. kau ingat aku tak boleh cari bukti kau dgn laki kau mengata aku?
5. Dasar pompuan gila
Berderau darah cik bulat gojes membaca pertuduhan ke atas diri cik bulat gojes sampai buat cik bulat gojes berfikir - siapa yang menghina siapa sekarang?
Demi Allah cik bulat gojes tak pernah nak menghina dia. Sebab tu cik bulat gojes minta dia tunjuk bukti. Tapi biasalah kan.. Bila orang salah, tapi tak nak mengaku salah diri, macam tu la jadinya. Cakap aje lebih, tapi habuk pun tarakk.
Cik bulat gojes, memang mengamalkan prinsip hidup yang senang. Kalau ada bukti, tunjukkan.
Jangan main cakap aje.
Dia tu pulak jenis pemahaman failed agaknya.
Orang cakap lain, dia faham lain.
Hmmm... susah..
Anyway, betullah kata inche hubby. Jangan di layan orang pendek akal macam mamat tu. Dia pun perangai lagi teruk dari perempuan. Eyh, ada lagi ke yg bawah dari perempuan?
Hmm..
Tak kisahlah, janji, dia tak jejas pun kualiti hidup aku sebab dia bukanlah sesiapa dalam hidup kami.
Ada dengan tak ada, sama saja.
Apa-apa pun,
MayAllahBless.
Tuesday, 23 October 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment