SalamAlaykum..
Banyak masa yang aku ambil sebelum nak merapu kat dalam blog ni.
Hari ni hari paling sedih aku lah kot.
Cik bulat gojes sudah tidak gojes lagi dengan pelbagai dugaan dan cabaran dan aku rasa macam dah kena hempap dengan ahli sumo paling besar dalam dunia ni.
Hari ni, aku mengibaratkan hidup aku, hati aku dan jiwa aku ibarat sekeping cermin kaca.
Sebelum ni, cermin aku hanya retak-retak je.
Kalau ada serpihan yang jatuh ke lantai dek hentaman yang kuat, boleh lagi la aku kutip, sapu gam boleh tampal balik walau rekahan tu jelas boleh nampak.
Tapi hari ni, cermin aku memang dah jatuh ke lantai dan berderai.
Itu la perasaan aku tika ini.
Nak menangis pun dah tak mampu lagi.
Menangis tu, menangis la.. tapi, dengan menangis, memang tak bawa aku kemana-mana.
Perasaan ini dah aku kongsi dengan inche hubby.
Papa, ibu minta maaf sebab terpaksa mengganggu waktu kerja papa dengan luahan hati ibu.
Siapa lagi nak ibu luahkan rasa hati ni.
Pada bibik? Bibik sendiri pun cakap "tak tahu la long apa lagi yang bibik boleh katakan. Mungkin along harus segerakan rancangan along tu. Along jgn fikir bibik ngajar along utk macam2 ya long. Cuma bibik kasihan lihat along sama Wan gini. Bibik juga rasa apa yg along rasa. Sabar kita ada batasnya juga ya kan"
Ye bibik. Terima kasih kerana memahami.
Susah aku nak ceritakan apa yang terjadi. Mungkin cukup dengan mengatakan bahawa aku ni manusia biasa yang punya hati dan perasaan. Bukanlah seketul batu yang keras.
Apa hendak dia?
Adakah dia ingin aku menjadi seorang manusia pendendam?
Jika itu inginnya, baiklah.
Adakah dia mahu aku jadi manusia penuh benci?
Jika itu inginnya, baiklah.
Thursday, 18 October 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment