Cik bulat gojes terbaca satu blog ni mengenai JODOH YANG TAK DISANGKA melalui radio HotFM.
Well, sejak cik bulat gojes tak bekerja ni, rasanya ketinggalan lah kalau bab2 mendengar radio ni.
Kalau nak bercerita tentang jodoh ni, rasanya mungkin hubungan cik bulat gojes ni boleh di kategorikan dalam kategori itu agaknya.
Kalau nak buat kronologi ni, tak berapa nak reti sangat.
Cukup la sekadar mengatakan yang kami memang strangers. Tidak mengenali antara satu sama lain.
Tapi, mungkin dah namanya jodoh kan......
Perkenalan bermula masa cik bulat gojes dan inche suami terlibat dengan program bakti siswa di Kuala Terengganu.
Seminggu kami kat sana. Tapi, sepanjang kat sana, takdelah pulak kami berdua ni terhegeh2 nak kenal and takdelah pulak tanda2 cik bulat gojes bakal di risik oleh seseorang.
Cuma, kadang2 tu ada la terasa macam diri ini di perhati, tapi yelah, kat sana terlalu banyak mata, jadi tak tahu mata milik siapa yang memandang.
Perasaan ala2 'perasan' tu cik bulat gojes buang jauh2.
Malas nak fikir pasal tu, nak pulak masa tu cik bulat gojes baru putus chenta.
Tapi, sepanjnag kat sana, adalah seorang mamat ni yang boleh kata telah menarik minat mata cik bulat gojes ni.
Menarik minat bukan untuk berkenalan, tapi dengan satu perasaan iaitu, perasaan menyampah - HAHAHA
Yes!! perasaan menyampah sebab mamat tu macam diam je. Banyak buat hal sendiri, dan masanya banyak di habiskan dengan gitar - Tapi, takdelah pulak cik bulat gojes ni dengar mamat tu nyanyi sambil main gitar.
Jadi dalam hati masa tu, "huh, kalau setakat pegang gitar, aku pun boleh." - hehehehehe
Pernah pada suatu hari, abang angkat cik bulat gojes hantar cik bulat gojes and partner ke balai raya tu sedikit awal.
Pintu balairaya tempat kami berkumpul pun tak bukak lagi.
Masa tu cik bulat gojes agak hangin jugakla.. bukan hangin pada abang angkat yang hantar kami awal tu, tapi hangin dengan AJK yang kononnya meminta semua peserta untuk tiba awal. Tapi, bila kami sampai, jangan kan kata pintu balai raya, batang hidung AJK pun tak nampak - apa cer??????
Jadi, masa kami sampai, cik bulat gojes hanya nampak ada sorang mamat ni yang tengah duduk atas kerusi dan sambil errr memegang gitar
Jadi, dalam hati masa tu ... "mamat ni lagi......"
Jadi, di pendekkan cerita, setelah kami semua kembali ke KL, keesokan harinya, aku dapat SMS daripada nombor yang tak di kenali.
SMS punya SMS, rupa2nya, SMS itu datangnya dari "mamat gitar" tu.....
Bila bercinta??
Kalau orang tengok, mungkin orang akan kata kami ni terdesak. Tapi, sebenarnya tidak.
Mungkin itulah di namakan jodoh, kami couple setelah 3 hari kenal (hahahahahah), dan berjumpa buat kali pertama seminggu kemudian.
Cik bulat gojes pun tak tahu lah kenapa senang benar untuk terima 'Mamat Gitar" tu...
Mungkin sebab kesian kot.. Tapi, apa yang nak di kesiankan??
Tapi, apa yang pasti, "mamat gitar" tu dah lulus ujian yang cik bulat gojes berikan padanya, tanpa di sedari olehnya - hehehehehehehehe
Apakah ujiannya??
Hmmm.. malu lah pulak nak cerita.
Kalau cik bulat gojes cerita, mungkin ada yang kata "eeeee.. tak senonoh lah kau"...
Tapi, hanya dengan itu caranya cik bulat gojes boleh tahu samada "mamat gitar" tu benar2 ikhlas, atau sekadar untuk mengambil kesempatan.
Mungkin atas dasar pengalaman telah membuatkan cik bulat gojes untuk lebih berhati-hati dalam mencari teman, baik lelaki ataupun perempuan.
Daaaaaaaaaaan... "mamat gitar" itu telah lulus ujian dengan jayanya.
Suka tak suka tak?????
Kami berkawan selama 4 tahun sebelum mengambil keputusan untuk menamatkan zaman bujang kami.
Daaaaaaaaaaaaaan..
Tadaaaaa!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Itulah dia "mamat gitar" itu yang kini telah menjadi suamiku pada 8 May 2009
Betullah orang kata...
Jangan kita membenci seseorang itu, kerana, perasaan benci boleh bertukar menjadi sayang.
MayAllahBless.
No comments:
Post a Comment