SalamALaykum..
Terlebih rajin pulak untuk update blog.
Almaklum.. surirumah tangga lah katakan...
Baru2 ni, cik bulat gojes and family baru saja kehilangan makhluk tuhan yang paling kami sayang, which is our cat, Mily.
Selama ni, cik bulat gojes susah sangat nak terima kenyataan bahawa Mily sudah tiada di muka bumi ini dan telah kembali pada Maha Pencipta,
Semalam, cik bulat gojes telah mengalami satu mimpi.. Mungkin mimpi yang Allah berikan pada cik bulat gojes bahawa Mily tidak akan kembali lagi ke pangkuan kami sekeluarga.
Cik bulat gojes mimpi yang Mily pulang ke rumah.
Semua orang menangis gembira lah bila Mily pulang dengan selamat.
And cik bulat gojes tersedar bila inche suami kejutkan cik bulat gojes sebab inche suami nak pergi kerja.
Hmm.. cik bulat gojes ni jenis mimpi terbalik.
Memang dari dulu lagi.
Jadi kiranya, cik bulat gojes mimpi Mily balik rumah, jadi.. maknanya.. Mily tidak akan balik ke rumah lagi.
Terima kasih Ya Allah kerana telah meyakinkan hati ku walau perit dan pedih untuk menerima hakikat itu.
MayAllahBless
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment