Hopefully it is not too late to wish you Selamat Hari Raya AidilAdha.
AidilAdha tahun 2012 to my family mungkin meaningless.
AidilAdha jatuhnya pada 26 October 2012, dan pada hari itu jugalah kami sekeluarga kehilangan kucing kesayangan kami, Mily.
Ya.. kami berkorban.. berkorban dengan satu kehilangan...
MILY
Pada suatu hari, ada seekor ibu kucing yang sedang sarat mengandung datang menumpang ke rumah keluarga aku di Subang Jaya.
Atas dasar belas kasihan ke atas makhluk tuhan tersebut, kami berikan si ibu tempat berteduh, walaupun hanya di belakang rumah.
Kami berikannya makan dan minum. Kami sediakan kain jika si ibu kesejukan.
Dia hadir dalam keluarga ku pada 28 July 1999. Si ibu melahirkan 4 ekor anak kucing yang sangat montel dan comel.
Memandangkan kami berempat tidak pernah memiliki haiwan peliharaan, mak dan ayah memberi keizinan untuk kami membela keempat-empat anak kucing tersebut, termasuklah si ibu.
Macam-macam nama yang kami berikan.. Lily, Loly, Minnie dan termasuklah Mily..
Seronok tengok anak-anak kucing tersebut.
Tiap kali pulang dari sekolah, haruslah aku tuju ke belakang rumah terlebih dahulu untuk melihat anak-anak kucing tersebut.
Selang beberapa hari kemudian, si ibu berubah tempat tinggal.
Daribelakang rumah, si ibu berpindah ke dalam rumah.
Dan kali ni, kami semua pelik kerana kenapa hanya ada seekor anak kucing?
Ke mana lagi 3 ekor?
Sampai sekarang persoalan tu tak dapat di jawab.
Dan kami sekeluarga merumuskan, mungkin 3 ekor anak kucing telah mati di makan bapaknya? Wallahualam...
Dan hanya seekor yang terselamat, iaitu.. Mily...
Dan bermulalah kisah kehidupan kami sekeluarga bersama Mily dan ibunya.
Ibu Mily mungkin bekas kucing peliharaan kerana si ibu sangat bijak.
Si ibu mengajar anaknya untuk kencing dan berak di dalam tandas! dan mata aku juga pembantu rumah yang menjadi saksi apabila si ibu mengheret si anak untuk masuk ke dalam tandas dan....... berak!
Ramai kawan2 aku yang memelihara kucing.
Dan kebanyakkannya ada yang berak dan kencing di luar rumah, ada yang di dalam sangkar dan ada juga yang merata2 di dalam rumah.
Jadi, kesimpulannya, haruslah aku bangga kerana kucing peliharaan kami kencing dan berak di dalam TANDAS! =)
Bijak bukan???
setelah beberapa bulan kemudian, si ibu mengandung lagi dan melahirkan 3 ekor anak kucing.
Si ibu melahirkan anak-anaknya di dalam bilik stor.
Masih tak dapat ku lupakan ada satu kejadian, di mata Mily mungkin rasa cemburu dan tidak mahu menerima adik-adiknya.
Kejadian ini di saksikan seluruh ahli keluargaku di mana, ketika si ibu berjalan beriringan dengan Mily untuk masuk ke dlm bilik stor, di mana anak-anak kucing di tempatkan, dan pada separuh jalan, Mily tiba-tiba merebahkan badannya.
Si ibu terus-terusan menolak tubuh Mily supaya teruskan berjalan, dan Mily terus berkeras enggan mengikuti ibunya.
Dan tidak di sangka2, si ibu menggigit leher Mily untuk mengangkatnya, dan mungkin kerana badan Mily yang agak montel, si ibu tidak mampu untuk mengangkatnya.
Tanpa berputus asa, si ibu tetap mengheret Mily hingga ke pintu bilik stor.
Mily hanya membiarkan badannya di tarik.
Sebaik saja sampai di pintu bilik stor, Mily nekad untuk bangun dan menyembunyikan diri.
MasyaAllah, indah sungguh kenangan itu.
Kenangan yang tidak mungkin akan berulang lagi.
Oleh kerana Mily tidak dapat menerima adik-adiknya, ayah dan mak nekad membuat keputusan untuk menghantar si ibu dan anak-anak barunya ke kampung. Di rumah arwah atok ku.
Di sana, ada banyak kucing di mana si ibu boleh berkawan.
Jadi, tinggallah Mily seekor bersama kami.
Mily adalah kucing yang sangat bijak yang telah menempatkan dirinya sangat istimewa di dalam keluarga ku.
Dia di sayangi oleh kami semua, termasuklah mak dan ayah.
Dia bagaikan adik bongsu kami, dan juga bagaikan anak bongsu mak dan ayah.
Mily sangat cerdas, bijak dan kadang-kadang loyar buruk jugak.
Apa yang kami makan, dia makan.
Cakap apa saja.. sandwich telur, ikan rebus, keropok, cekodok pisang, Milo dan cheese adalah kegemarannya.
Makanan hariannya adalah ikan rebus yang di gaul dengan nasi putih.
Ikannya haruslah yang di panaskan dan di buang tulangnya dan di racik halus-halus.
Dan bila Mily dah meningkat dewasa, Mily dah kurang makan nasi dengan ikan.
Dia dah mula makan processed food for cat jenama Royal Canin.
Dengar pada nama, dah boleh agak harga makanan dia.
Yes, harga makanan Mily sebungkus 5kg itu mencecah RM100++, dan ianya bertahan untuk 2 minggu.
Mily makan banyak, sebab tu la badan dia gemok dan montel.
Manja?
Ya.. Mily sangat manja, poyo dan mengada-ngada.
Walaupun dia hanya seekor kucing, tapi, tiap kali kita bercakap dengannya, pandangannya seolah-olah memahami apa yang kita cakap.
Jika kita sedih, dia akan ada untuk menemani.
Jika kita gembira, dia juga akan ada dan menggeselkan badannya pada kita.
Mily kucing bertuah.
Salah seorang bapa saudara ku mengatakan bahawa Mily adalah kucing bertuah dan sangat jarang yang sepertinya.
Lelangit dalam mulut Mily ada satu tompok berwarna hitam, dan itulah tanda-tanda kucing yang bertuah.
Alhamdulillah, mungkin itu rezeki kurniaan Allah kpd keluarga aku untuk memiliki yang sepertinya.
Mungkin kerana itulah Mily tidak mempunyai keturunan.
Kerana ianya satu dalam beribu (mungkin).
Tidak ada yang sepertinya, dan kerana itulah Mily tiada pengganti.
Mily banyak berjasa pada keluarga aku.
Antara yang masih segar dalam ingatan, ketika kami dalam perjalanan dari Kelantan ke Kuala Lumpur, melalui Kuala Terengganu.
Sepanjang perjalanan dari kampung, Mily tak henti-henti mengiau, memanjat, termasuklah menggeselkan badannya di kaki mak yang sedang memandu ketika itu.
Seolah-olah ingin mengatakan sesuatu.
Tapi yelah, siapa nak faham bahasa haiwan, betul tak?
Masa tu, kami pulang dengan 2 kereta.
Maklumlah, keluarga besar kan.
Mak pada masa tu fikir, mungkin Mily nak naik kereta dengan ayah.
Jadi, servis bertukar tangan lah pulak.
Tapi, malangnya, dalam kereta ayah, Mily juga begitu.
Gelisah tak berhenti.
Penat aku nak pegang, Mily memang tak duduk diam.
Gelisah sangat-sangat.
Masa tu kami sangkut dalam jammed kat Maran.
Kawasan bukit.
And tak sampai beberapa minit, BANGG!!
Kereta mak 'cium' bontot kereta ayah.
And bila keluar tengok, rupa-rupanya kereta mak pun di langgar oleh kereta belakang.
Maka, kemeklah kereta mak depan dan belakang.
Mily?? Haa.. lepas je kena langgar, Mily terus diam, duduk di tengah-tengah.
Ya Allah, rupa-rupanya, mungkin Mily nak bagitahu yang kami akan terlibat dalam kemalangan, tapi yelah, siapa faham bahasa kucing?? heheheheh
Kejadian yang kedua?
Hmm.. Ye..
Ini berlaku ketika di pagi hari.
Dah menjadi rutin Mily setiap hari untuk menunggu mak dan ayah kat kerusi depan pintu bilik mak dan ayah, and bila mak ayah turun bawah, dia pun akan sebok turun ke bawah jugak menuju ke meja makan untuk bersarapan bersama, dan air yang wajib ada untuk Mily adalah air Milo.
Yang sebenarnya, Mily akan mengiringi sesiapa sahaja yang mahu turun kebawah, dan selagi mak dan ayah tak turun, Mily akan naik semula ke atas untuk menunggu mak dan ayah.
And pada suatu pagi ni, ketika ayah nak pergi kerja, entah mengapa pagi-pagi lagi Mily dah cakar-cakar pintu bilik mak ayah.
Bila mak buka pintu, dia terus masuk dan bergesel-gesel di kaki ayah.
Menurut mak, ayah nak pakai seluar pun susah sebab Mily tak mahu melepaskan kaki ayah.
Dari dalam bilik, sehingga la turun ke bawah.
Ayah dah membebel kat Mily sebab masa nak turun tangga, Mily tak lepas-lepas bergesel di kaki ayah, merebahkan badannya kat kaki ayah hingga of course lah menyukarkan ayah untuk turun tangga.
Berkali-kali ayah tanya "kenapa ni sayang, nak bagitahu apa kat ayah ni?" - Well, kalaulah boleh faham bahasa kucing....
Tapi, masa tu, sukar nak gambarkan perasaan kami sekeluarga.
Risau jugakkan.
Maklumlah, sebelum ni pun, memang dah banyak kali setiap kali buat perangai pelik, tentu akan ada sesuatu yang nak terjadi. Cuma kita tak tahu apa.
Daaaaaaaaaan... sehingga lah petang ayah pulang dari kerja, lalu ayah berkata.. "patutlah Mily duk bergesel kat kaki ayah pagi tadi, Mily nak bagitahu yg ayah akan dapat berita gembira"..
Dan kami semua....... "????"
... oh..rupa-rupanya ayah naik pangkat... Alhamdulillah...
Lagi?
Oh.. ada lagi satu kejadian yang mungkin kalau bukan kerana Mily, Ayah aku mungkin sebatang kara, kerana kami semua berkmungkinan mati dalam kebakaran. Nauzubillah.
Kejadian berlaku beberapa tahun lalu (aku masih buat Diploma).
Masa tu, ayah di Singapore. Tinggallah aku, mak, nenek, adik2, bibik dan Mily kat rumah.
Petang tu, kami dah ada terhidu bau ala-ala hancing yang teramat.
Tak tahu apa dan mana datangnya bau hancing yang terlampau tu.
Dan, sampailah waktu maghrib, masing-masing dah masuk bilik untuk mandi dan solat.
Dan tiba-tiba angah terdengar Mily mengiau dengan sangat kuat.
Kalau bahasa manusia, kira macam menjerit la panggil-panggil orang.
Lalu angah turun ke bawah dan tengok Mily berdiri di tangga, dan bila Mily nampak angah turun, lalu Mily berlari ke arah fius box kat dalam rumah.
Lepas tu, terus angah menjerit panggil kami semua sebab rupa-rupanya fius box tu dah berkepul-kepul asapnya menunggu masa untuk terbakar!
Lari la kami semua keluar dari rumah.
Mily oh Mily.
Kalau nak di ikutkan, banyak peristiwa yang berlaku yang berkaitan dengan Mily.
Tapi, aku rasa, mungkin akan mengambil masa berhari-hari untuk menceritakan segalanya tentang Mily, sepanjang 13 tahun Mily bersama kami.
Tapi, yang pasti, kalau zaman sebelum aku kahwin, Mily suka tidur kat dalam bilik aku.
Maklumlah, sejuk la katakan.. ada aircond..
And tiap kali Mily tidur dalam bilik aku, hobi dia hanya satu... suka berebut bantal dengan aku.
Ya.. itulah Mily ketika dalam bilik aku.
Menjadi pemerhati ketika aku sedang bersiap untuk ke kelas.
Begitulah dia tiap-tiap pagi.
Pandai pulak dia selimutkan badan dalam comforter tu ye.
Lepas jadi pemerhati aku, dia akan jadi penunggu setia kat depan pintu bilik mak dan ayah pulak.
Mily oh Mily..
Tanggal 26 Oktober 2012, Jumaat, Hari raya AidilAdha.
Kami sekeluarga di kejutkan dengan satu berita yang menyayat hati.
Sukar untuk di terima.
Mily telah pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya.
Sehari sebelum tu, Mily dah menghilangkan diri.
Dia keluar, tapi tak balik ke rumah.
Sejak berpindah ke Klang, ini kali kedua Mily keluar rumah dan tak pulang.
Risau hati kami bukan kepalang.
Mily akan menghilangkan diri buat seketika setiap kali dirinya tidak sihat.
Itu memang perangai yang sangat tak boleh blah.
Tapi nak buat macamana kan?
Yang sebenarnya, Allah dah bagi petunjuk pada kami bahawa akan ada sesuatu musibah yang bakal terjadi.
Namun, kita hanya insan biasa, tak mungkin akan terfikir denga petunjuk yang Allah bagi, sehingga lah setelah terjadinya sesuatu musibah itu, barulah kita terfikir tentang petanda-petanda yang Allah berikan pada kita.
Dan pada ketika itu, sudah terlambat.
Antara petuntuk yang di berikan Allah, iaitu selepas Mily menghilangkan diri;
(1) Aku dan Hariz terjatuh di dalam bilik air.
(2) Ketika di Aeon bukit Tinggi. Ketika dalam kedai gifts, dengan tidak sengaja, acik terjatuhkan frame gambar (nasib baik tak pecah).
(3) Hari yang sama, di sebelah malam. Aku, suami, Hariz, acik dan adik di NSK Sentosa untuk mencari bahan memasak utk hari raya haji. Acik terjatuhkan satu bekas berisi gula-gula, hingga membuatkan acik berkata "kenapa dgn acik hari ni? ade aje yg tak kena" - wallahualam.. masa tu kami semua tak tahu nak jawab apa. Cukup sekadar berkata, cuai sangat.
(4) Masih di NSK Sentosa. Masa nak balik, hujan selebat-lebatnya, membuatkan kami terpaksa tunggu dlm bangunan NSK, dan suami pergi ambil kereta. Ketika di kereta, suami aku kata, entah kenapa tiba-tiba alarm kereta tak berfungsi. Puas di tekan2, di picit2, di ketuk2, tak jugak function. Agak lama jugakla kami menunggu sehinggalah pintu kereta dapat di buka. Itu pun secara manual.
Itu ajalah petanda yang kalau di ikutkan, tak la gempak mana pun.
Hari raya haji tahun ni memang tak best.
Muram je rasa. Tak ceria langsung.
Sampai la aku ajak suami bawa Hariz pergi Ikea.
Kebetulan, mak minta belikan dulang untuk menghidangkan minuman tetamu.
Masa kami nak keluar, acik adik dan angah tengah bersiap untuk keluar mencari Mily.
Ketika kami dah nak pergi ke Ikea, suami aku kata "jom kita pusing kut taman, manalah tahu Mily duk berehat kat pondok2 yg ada kat sana"..
Aku setuju dengan suami, lalu berkata "ok jugak.. harap2 xdelah jd apa yg ibu fikir ni. Papa faham2 lah, Mily tu dah tua, tak sihat pulak tu"...
And ketika lalu kat taman, kami intai2 jugaklah kat pondon, tapi bayang2 Mily pun tak ada.
Sampai la kami melepasi kawasan TNB.
Tiba-tiba suami brake emergency, dan terus undurkan kereta.
Of course la aku terkejut and pada perkiraan aku masa tu, mungkin suami nampak Mily.
Suami turun dari kereta and patah balik pada aku, lalu cakap "cuba ibu pergi tengok. Nampak mcm Mily, tapi papa tak berapa cam sangat".
Berderau darah aku. Apa yang suami maksudkan dengan "tak berapa cam?"
Suami kembali ke kereta, lalu aku serahkan Hariz padanya.
Bila aku mendekati, rasa nak gugur jantung.
Ya Allah.. adalah itu Mily?
Kalau lihat warna bulu yang pudar, nampak macam bukan Mily.. tapi, kalau lihat pada muka, ekor dan tapak tangannya....... Ya Allah, sungguh aku rasa bagai nak pengsan.
Kebetulan aku nampak angah.
Mungkin dia nampak dari rumah kereta aku berhenti kat TNB tu.
Aku panggil angah.. angah datang dgn berlari.
Angah tengok kucing tu, mengalir airmata kami kerana itu memang Mily.
Sudah tidak bernyawa lagi.
Angah lari pulang kerumah.. panggil, acik, adik dan mak..
Sah.. itu Mily.....
Syahdu aku dengar tangisan mak... "Ya Allah Mily.. knp jd mcmani syg.. kenapa tinggalkan mak".......
Susah untuk terima kenyataan bahawan Mily sudah tiada... setelah 13 tahun...
Aku ibarat kematian seorang adik... dan pada mak dan ayah ibarat kematian anak..
Jika melihat pada posisi Mily ketika di temui, aku tahu, mungkin pada ketika itu Mily dalam perjalanan ingin pulang ke rumah, namun tidak kesampaian..
Walaupun sedih dan pedih, tapi aku tetap bersyukur kerana di temukan dengan Mily dalam keadaan yang masih sempurna.
Mily kami angkat dan bawa pulang ke rumah untuk di kebumikan dengan sempurna.
Sempat ku belai pipi dan badannya buat kali terakhir.
Jika lihat pada keadaan, Mily pergi kurang dari tempoh 24 jam kerana masih belum berbau, dan masih dalam keadaan sempurna.
Mak memang lemah selepas Mily selamat di semadikan.
Ayah?
Ayah seorang yang tinggi egonya.
Tapi, menurut acik, sehari selepas Mily di semadikan, tembok keegoan ayah pecah jua kteika waktu makan malam.
Tempat duduk ayah menghadap dengan tempat Mily sentiasa berehat.
Acik kata, tiba2 ayah tukar posisi tempat makan.
Ayah duduk sebelah angah.
dan pada ketika itulah, mata ayah kelihatan berkaca, dan ada air jernih di tepi matanya.
Ya.. ayah menangis.. mungkin terbayang dan rindukan Mily..
Ku tulis sedikit cerita tentang Mily, dan sepanjang itulah air mata aku terus mengalir tanpa henti.
Aku terlalu rindukan Mily.
Dia pergi terlalu cepat.
Kami belum bersedia untuk kehilangan Mily......
Dan sehingga kini, aku masih mengharapkan kepulangannya kepangkuan kami.
Mungkin dengan keajaiba dan kebesaran Allah, kucing yang kami jumpai itu sebenarnya bukan Mily, tapi kucing lain yang iras dengannya?
entahlah.........
Aku harus redha kan?
Apa-apa pun, setaip yang terjadi adalah perancangah Allah.
Hanya Dia yang Maha mengetahui segalanya.
Yang pasti, Mily tiada ganti..............
MayAllahBless.
mengalir airmata saya baca kisah mily ni :'(
ReplyDeleteSedihnya saya baca kisah mily ni.. kucing saya pun lelangitnya hitam...krn search lelangit hitam la saya terjumpa blog ada kisah sedih mily ni.. semoga anak kucing saya ni pun bertuahlah juga mcm mily...
ReplyDeletextertahan sayunya hati utk menghabiskn cerita ini... disaat sy kebingungan yg baru 3 hari kehilangan kucing kesayangan, sy terjumpa kisah ni... kelu,resah dan geisah... harapan agar sy kucing sy tidak senasib mily kerana usianya baru hanya 1 thn lebih...
ReplyDeleteSedihnya
ReplyDeleteSedihnya
ReplyDeleteSedih saya baca. Saya percaya dia kurniaan dari Allah buat kamu sekeluarga
ReplyDeleteSedih saya baca. Saya percaya dia kurniaan dari Allah buat kamu sekeluarga
ReplyDeleteðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
ReplyDelete