Wednesday, 28 November 2012

Jalan-jalan cari makan di JB

SalamAlaykum....

Masih bersiaran dari Johor Bharu, but today is the last day.
Sepatutnya kami balik KL semalam, tapi inche hubby terpaksa extend lagi satu hari, so terimalah segalanya.
And this is my longest stay in JB throughout my life - alaaa... 4 hari je kot.

So, before datang JB, ada jugakla buat status dalam FB minta suggestion kawan-kawan about tempat makan yang best yang ada kat JB ni.
Ada yang suggest ikan bakar somewhere in Tebrau, ada yang suggest tempat makan somewhere dekat Larkin.
Well, oleh kerana cik bulat gojes di JB ni bukan unuk leisure semata-mata, jadi masa untuk cari tempat makan tu very limited.
Setakat pergi makan kat tempat-tempat yang dan tahu about kesedapannya.
So, pada sesiapa yang akan ke JB tu, ni ada sikit la suggestion tempat makan yang CONFIRM sedap.


1. Char Kuey Tiaw Jalan Rawa. Location: Taman Perling, Johor.

Ohoyy... ini char kuey tiaw kan, memang you couldn't get it in KL. Sedap and murah and yang penting... BANYAKKK..
Cik bulat gojes memang suka la kalau banyak-banyak ni plus, sedap pulak tu.


Inilah rupanya.
Kat Char Kuey Tiaw Jalan Rawa ni, ada 3 jenis. - Kering, Lembab dan basah.
So, masa order tu, kita cakap la nak yang macamana kan.
CIk bulat gojes memang sentiasa akan pilih yang kering.
Inche hubby sukakan yang basah.
Yang penting, udang dia besar, manis sebab fresh.
Kerang pun banyak.
Harga kalau tak salah dalam RM6 sepinggan.
Sangat-sangat berbaloi.
Cuma satu lah untuk di ingatkan kat sini, nama pun char kuey tiaw kan, so, dirang goreng satu persatu, bukan banyak-banyak terus.
Orang pun ramai, so, kalau rasa-rasa diri tu kurang sabar untuk menunggu, jangan pergi lah.
Sebab, it requires some of your waiting time.
However, kat situ pun ada geai sate.
So, while waiting for your char kuey tiaw, you may order for sate.
At least takdelah 'panas' je rasa sebab menunggu kan.
Tapi, as for cik bulat gojes, if it's worth of my waiting time, shouldn't be an issue then..
Ala, sekali sekala bersabar, apa salahnya.
Hehehehe..
so, below ni is the map on how to get there.
Cik bulat gojes kalau bab-bab direction ni memang buta huruf sket.
So, kalau agak-agak tak jumpa jugak, try to get the direction from your GPS ok.
Yang pasti, dia berdekatan dengan shop lots.


The map.


2. Restoran Singgah Selalu, Danga Bay, Johor

Ini restoran pun rasanya famous kat JB ni. Kalau orang JB tak tahu restoran ni, tak tahu la ambo nok kato guano - speaking kelate pulok.. huk aloh...
Cik bulat gojes tahu about restoran ni pun masa 2 ke 3 tahun yang lepas.
Masa tu, cik bulat gojes ikut inche hubby yang ada keje kat JB ni.
Masa tu, inche hubby masih bekerja dengan Genting, so, selalu kena travel.
And masa tu, kami stayed kat Kozi hotel.
Memang best hotel ni, tapi lain entry cik bulat gojes story about hotel-hotel pulak ok.
So, berdekatan dengan hotel ni, ada restoran singgah selalu.
Open for 24-7 gitu..


Memang konsep restoran ni macam astro - Macam-macam ada.
Hahahah.. restoran dia besar, tapi tempat parking tak banyak. Limited space la.
Depan sket dari restoran ni ada Istana Bukit Serene.
Kalau jumpa Istana Bukit Serene ni, tak ada masalah la nak cari restoran ni.
So far, breakfat tak pernah try lagi makan.
Pernah try untuk lunch and dinner je.
Sebut je nak makan apa, semua ada, termasuklah makanan dari middle east.
Lunch dia memang terbaik.
Masakan panas ada, nasi campur of course la adakan.
Lauk pauk pun mabelles orang kata.
Sangat banyak pilihan sampai kita pun jadi rambang mata tak tahu nak makan apa.
Semua sedap.
Harga pun, tak lah mahal melampau.
CIk bulat gojes kalau lunch memang selalu makan nasi putih dengan asam pedas ikan baung.
Besar jugaklah potongan ikan nya, and harga yang di kenakan dari RM4.50 ke RM5.50 - ikut size kepingan ikan.
Tak ke murah namanya????
Memang puas hati.
Sedap!!!!
Kalau malam pulak, nasi campur tu tak adalah, cuma makanan panas.
Tapi, choices dia MasyaAllah.... banyak.. sampai tak tahu nak order apa.
Tapi, kalau malam, cik bulat gojes selalu order western. Mixed Grill memang jadi favourite walau kemana sahaja tempat makan yang di tuju yang ada masakan western.
Cuba lah, ok..


Ini environment dalam Singgah Selalu.
Memang orang sentiasa ramai, nak pulak kalau weekend.
Kalau weekdays, orang tak ramai sangat. Boleh tahan nak pilih meja mana korang nak duduk.
Tapi, kalau weekend, kalau ada meja yang hanya ada 2 kerusi, tu dah kira nasib bahekkkk...


3. Sotong Kangkung Luton Van, Dataran Bandaraya, Johor.

Tempat makan ni ala-ala macam kat uptown la kalau kat KL. Ada banyak deretan van yang jual celup-celup tu. Alaaa.. yang macam Yong tau foo tuuu.. haaa.. benda tu la.
Tapi, semalam masa cik bulat gojes pergi, cik bulat gojes minta inche hubby tapaukan sotong kangkung sebab hehehehe sebab.. cik bulat gojes tak pernah ,makan sotong kangkung tu..
Yong tau foo tu kami tak makan sebab kat KL pun berlambak.
So, nak rasa la apa gayanya sotong kangkung ni...

Jadi, inilah sotong kangkungnyaaaa..


Pada yang pernah makan, should know la how it taste kan, tapi to those who never eat this, percayalah...... TERBAIKKKKKKKK...
Sedap kauuuu...
Tiba-tiba rasa macam tak cukup pulak - Over kan.
Isi dia hanya kangkung yang di celur and sotong kembang ni dengan kuah yang ala-ala rojak, ada kacang.
Memang sedap.
Rasa dia manis-manis pedas... owh.. menajdi igauan sudah...
Confirm lepas ni akan kemaruk dengan sotong kangkung.
Harga kalau tak salah inche hubby bagitahu dalam RM5.
Mahal ke murah tu tak tahu la kan.
Nanti kita cari sotong kangkung kat KL, then only we make comparison ok.


4. ZZ Mee Rebus Tulang, Jalan Petrie, Johor.

Ini lagi satu kegilaan kalau mai JB - terkeluar bahasa Utara pulak.
Mee rebus tulang.
ZCik bulat tahu about this pun awal-awal tahun 2012.
Masa tu, ayah cik bulat gojes yang bawak kami ke sini.
Memang addcited laaa lepas tu.


Ni la rupa mee rebus tulang tu.
Setiap pinggan, diorang akan letak straw.
Bukan untuk korang sedut kuah, tapi untuk korang sedut lemak-lemak kat dalam tulang tu.


Terima kasih pada model tak bertauliah itu, Rayhan Ismail. Hahahaha
Sedap wehhhh...
Makan mee rebus ni, korang kena ketepikan lah niat untuk diet tu.
Memang tak ada makna la kan.
Tapi seriously, memang sedap.
Kalau datang sini, tak sah kalau tak mintak extra tulang.
Harga??
Ok, korang fikir sendiri la murah ke mahal ok.
Kalau kesana, cik bulat gojes dan inche hubby, and rayhan sekeluarga (seorang isteri, 3 orang anak),
total semua tak pernah lagi la mencecah RM70 untuk 3 pinggan mee rebus tulang, 1 pinggan tulang extra (6 ketul) 1 pinggan kuey tiaw goreng, satu pinggan nasi goreng, 6 gelas air.
Tak lebih RM70 lah cik bulat gojes boleh cakap.
Murah kan????


Ni la dia hasil penyembelihan yang dah selamat masuk ke dalam perut kami.
Berani jamin, memang sedap dan berbaloi-baloi.
Bila makanan dah sampai, dah mengadap, baca bismillah, memang tak pandang kiri kanan dah.
Hehehehehe



Jadi, ni sikit la suggestion tempat makan menarik di JB.
Actually, banyak lagi, tapi ini je yang sempat kami discover kat JB.
InsyaAllah, more to come.
Jangan risau, memang JB lepas ni akan jadi rumah kedua kami sebab Inche hubby akan sentiasa akan datang ke JB di atas tuntutan kerjanya sebagai IT Engineer and jaga port Klang and PTP (Port of Tanjung Pelepas).
Abang Long kawasan pelabuhan la kononnya.. hahahahah over.


Haaa... lagi satu tempat menarik kat JB.. untuk si kaki shopping, apa lagi kalau bukan Johor Premium Outlet.
Kalau ke sini, takde lain lah, shopping baju anak.
Kadang-kadang tu tumpang jugak la sekaki.
Heheheeheheeheehe guna je ayat "eee..kat KL mahal ni, kat sini murah kot" .. for sure dapat green light dari inche hubby walau hakikatnya harga tak banyak beza pun... hahahahahaha


Paper bag baju anak, kecik jeeeee...ibu and papa punya yang besar.. hehehehehehehehe...


MayAllahBless.

Tuesday, 27 November 2012

Recipe: Spicy Beef Penne

SalamAlaykum

Masih bersiaran dari Johor Bharu.
Bila balik KL?
InsyaAllah petang nanti.
Inche hubby still has a lot of things to do at the PTP (Port of Tanjung Pelepas)
So, now, sambil menunggu inche hubby balik for lunch and since my little boy pun tengah tidur, take this great opportunity to update the blog baybeh!! - weeehooooo


So.. ada orang complain about one of my previous post (about spicy beef penne) ni, kata, takkan gambar je kot.. mana recipe nya?

Haih.. lupa pulak.. Yela.. it was just a simple cooking, rasa macam tak tergamak nak letak recipe bagai sebab papa cik bulat gojes, nak goreng mee lagi susah dari nak buat spicy beef penne ni - hahahah

*anyway, tak sangka pulak blog ni ada reader, since blog cik bulat gojes ni tak ada follower pun apa lagi followers kan. Wallahualam


So, since dah ada yang request, jadi amatlah berbesar hati cik bulat gojes provide recipe kat bawah nanti.
Ishh.. segannya laaaaa...
Hahahahah..

ok.ok.. tak payah la nak perasan diva masterchef pulak kan..

Huhuhu





Taraaaa!!!!
Simple je kan...

Tapi kat sini, cik bulat gojes tak guna sos cili biasa..
cik bulat gojes guna sos cili thai. Lagi sedap.
Sebab the sos cili thai itself pun dah ada rasa manis, masam sendiri, so, lagi sedapla cik bulat gojes rasa.
And daun bawang pulak, kalau boleh cari yang besar-besar. Lagi sedap sebab lagi kuat rasa dia.


So, happy trying out this recipe!!!


MayAllahBless

Air Asia promo?

SalamAlaykum..

Bersiaran dari Johor Bharu.. wihuu wiihuu...
FInally dapat jugak online.
Kat previous hotel, ada wifi, tapi unable to connect to internet - cik bulat gojes pun tak tahu kenapa.
So, sekarang tukar kat hotel lain sebab previous hotel boleh pulak tak ada air. - paip pecah katanya.
So, dah tak daya nak menunggu ketibaan air yang tak tiba-tiba, kita ambil langkah yang paling effective - check out dan check in hotel lain.


Si, netry kali ini bukan nak cerita pasal hotel, tapi nak cerita tentang kemurahan harga tiket flight.
Eeeeee... sakit nooooo hati ni...

Ekceli, ni semua gara-gara cik bulat gojes terbaca entry salah seorang blogger about the sale.

So, cik bulat gojes pun cuba try test tengok la..

Memang murahhhhhhhh...

Contohnyaaaaaaa...





tengok... tengok....
Total fare of RM366.22 untuk 3 orang pergi dan balik!
Tak ke murah tu namanya?

Hadoila........

Ok lah, tak mau cakap banyak-banyak.
Kalau terasa nak pergi holiday, booking la cepat-cepat.
Sape nak bagi harga tiket 22 sen nyah!!!!


enough said.


MayAllahBless.

Friday, 23 November 2012

My "Spicy Beef Penne"

SalamAlaykum..

Happy lovely Saturday all.
To those yang bercuti, selamat bercuti, selamat berehat dan bersantai bersama keluarga.
Please make full utilize on your quality time with family.
And to those yang bekerja, selamat bekerja..
Takpe, soon boleh cuti.
Masa tu, cuti la puas-puas.

So, kalau macam cik bulat gojes yang memang tiap-tiap hari bercuti ni, took the opprtunity to cook some food for my adik-adik (sebab adik-adik je yang ada kat rumah).

Since cik bulat gojes sendiri pun dah naik muak nak makan nasi, so sekali sekala nak jugak tukar selera makan kan.
Semalam kami dah buat operasi masak "triple decker chicken burger" - hahhaha
Unfortunately tak sempat nak snap gambar.
Semua cakap sedap.

Takde special ramuan pun. Cuma burger ayam di sapu mayonnaise, di tabur sedikit serbuk kari dan di bungkus telur.
Inspirasi burger segamat.
Dulu, burger segamat memang tiap-tiap minggu wajib untuk pergi beli.
Addicted tau!!
Memang sedap.

So, kita dah lari tajuk - Hihihihi

Hari ni, tergerak hati nak masak my (not so) spicy beef penne.
Tak buat pedas sangat since one of my sis kena berpantang makan pedas.
Ada masalah penghadaman sikit.

Puas hati dapat makan.
Cara penyediaan pun tak susah.
Senang je.




Taraaa!!!!!
Takdelah special mana pun.
Tapi, yang pasti sedap la *masuk baku angkat sendiri*

Yang pasti, cik bulat gojes memang ada macam-macam dalam kepala nak masak.
Tunggu dah balik duduk rumah sendiri nanti, akan ku fully utilize kan dapur rumah kami nanti.

Sekarang susah.. sebab stay dengan parents kan.
Kadang-kadang apa yang kita suka, orang lain tak suka.
Allamdulillah inche hubby jenis yang makan apa sahaja yang cik bulat gojes masak, asalkan jangan masin.
Senang kan?


Ok lah, nak menikmati makanan jap.

Will meet again on the next post. Tata..


psst...pssst....

korang pernah makan tak jering rebus???


Ni la dia rupa jering rebus tu.
Sedap tau....
Favourite cik bulat gojes dari kecikkkk...and hanya boleh di jumpai di Kelantan (rasanya lah)...


Ok, melalut lagi....


MayAllahBless.

Thursday, 22 November 2012

Love of my lifei

SalamAlaykum..

Good afternoon and of course.. hari ini adalah hari yang paling semua orang suka... TGIF!!
weeeeeeeee...

Esok cuti kan? boleh ronda-ronda and spend some quality time with families.

Cik bulat gojes, rasanya takde plan pegi mana-mana pun over this weekend.
Cuma.. owh, monday til wednesday, I'll be following inche hubby to JB.
He has some work to do at PTP (Port Tanjung Pelepas)
So, ibu and Hariz will be staying kat hotel, lepak-lepak while waiting for papa.
Nak follow pergi port?? Memang tak la kan.. Neverrrrr...
Heheheheeh

Ok jugak, because on Monday tu, akan ada electricity disruption kat Bandar Puteri ni (specifically kat semua lorong Gelang).
TNB katanya nak upgrade voltan bla bla bla macam tu la.
My king Hariz, mana boleh panas-panas ni.
So, memang a good idea la untuk follow papa pergi outstation kat JB kan.
So, kat sana, we will be staying kat Euro Hotel
Bukanlah hotel mewah-mewah bangunan lawa-lawa pun, it's a budget hotel, tapi cantik.
Memang boleh di beri pujian la.
Euro hotel ni pun ada branch kat London and few countries jugak.

Kalau nak banding dengan Seri Malaysia, jauh lagi best Euro Hotel ni walaupun hotel budget.

Below ni gambar-gambar Euro Hotel ni.
Tapi ni gambar from website lah.
Nanti soon, cik bulat gojes akan masukkan gambar dalam bilik yang cik bulat gojes ambil sendiri ok.





so, inilah sedikit sebanyak..
Tak nampak macam budget hotel kan?
Haaaa.....
Yelah, inche hubby pun pergi atas dasar kerja, so tak kisahla macamana pun, janji selesa.
Seriously Ok.. bilik pun lengkap, ada meja solek, ada kettle, ada nescafe, tea, sugar, creamer, ada complimentary drinks (walaupun mineral water), kira lengkap la.
Takpe, next entry cik bulat gojes story lagi ok.


Hah.. melalut lagi.
Actually, cik bulat gojes nak upload video yang cik bulat gojes buat tiadi.
Saja-saja je, trial la konon-kononnya. hehehehe

Jap eyh....



Ni trial aja..
saja... heheheeh


Ok la, got to go.
See you next post ok.


MayAllahBless

Wednesday, 21 November 2012

Ragam anak setahun

SalamAlaykum..

Good Morning lovelies..
As usual, Alhamdulillah kerana masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini dengan aman *PrayForGaza*


Terdetik untuk merapu pagi-pagi ni bila tengok my little boy, Hariz...
Hari ni, Hariz berusia Setahun, sebulan dan 11 hari.
Alhamdulillah.. dia membesar dengan sihat dan bijak.
Ada ajeeeeeeeeee akal dia sampai kita ni berpeluh lencun nak melayankan karenah dia - Kalau orang tengok, macam rupa baru lepas sauna.
Makin hari makin cerdik, makin nakal, makin loyar buruk and yang paling best, makin kuat meragam.

Anyway, talk about meragam, cik bulat gojes rasa risau jugakla sebab Hariz ni kalau masa dia baby dulu, sangat lah baik.
Sangat sangat sangat susah untuk dengar dia menangis - nanti cik bulat try upload video macamana Hariz menangis masa baby.
Tapi, kalau sekarang, tak payah mintak sebab kita akan sentiasa dengar dia menangis - kadang-kadang datang loyar buruk dia, dia boleh buat-buat menangis (ibu jugak yang ngajornye..) - hihihi

Pening kepala ibu dengan papa di buatnya.
Sebab kami tak tahu apa yang dia nak.
Tu belum masuk kalau tak ikut kehendak dia and belum masuk meragam time nak makan.
Nak bagi makan macam nak bergaduh.
Kalau orang tengok, mesti orang kata "dia ni dera anak ke?"
Mana taknye, sampai kena pegang kepala and paksa buka mulut.
Hariz biaselah, sure lah menangis kan.
Tapi, bila makanan dah masuk mulut, elok je dia senyap and kunyah.
Bukanlah kata die keluarkan balik ke apa.
Pening pening pening kepala ibu ni sayang.
Sampai cik bulat gojes pernah kata .. "Sayang... kat negara lain, anak-anak menangis sebab lapar..tak dapat makan.. tapi sayang ibu menangis sebab ibu nak bagi makan. Banyak food yang ibu buat untuk sayang ibu ni"

Cik bulat gojes ada jugak la baca-baca article tentang perkembangan anak ni (especially setahun).
Maklumlah, ni anak pertama cik bulat gojes and of course la boleh di katakan tak ada experience.
Adik-adik dulu pun, bukan cik bulat gojes yang jaga.
Semuanya pembantu rumah yang uruskan.
Jadi, bila dah ada anak ni, kena banyakkan reading, and cari maklumat sendiri selain dari bertanya pada yang dah ada pengalaman.

Jadi, to those yang ada masalah serupa atau lebih kurang sama dengan cik bulat gojes, perhaps, this info might help.
Bila baca tu, rasa lega lah sikit.
Maknanya, itu normal.
Cuma, kita as a mother kena cari cara untuk mengatasi masalah ni, and of course lah, kena banyak bersabar.


SETAHUN


  • Perkembangan Fizikal - Kurang berbanding bayi sebab dha mula kurang makan (tapi kerap).
  • Lebih pandai makan sendiri walau banyak jatuh dari masuk mulut - Hariz pun macamtu.
  • Boleh minum guna cawan dengan bantuan ibu - Alhamdulillah, Hariz pun dah boleh.
  • Boleh berjalan tanpa bantuan ketika berumur setahun 2 bulan - Hariz boleh berjalan masa genap setahun umur dia. Alhamdulillah. 
  • Ada jugak yang dah boleh berjalan ke belakang dan menaiki anak tangga ketika mencecah setahun 10 bulan - Hariz belum lagi.
  • Perkembangan sosio-emosi mengamuk dan meragam adalah satu kebiasaan pada usia setahun. Tapi tak berpanjangan sebab mood senang berubah.
  • Dia juga mula memaparkan perasaan baru seperti cemburu, sayang, bangga dan malu - ohoyy.. ini memang tepat kena kat batang hidung Hariz.
  • Sukar untuk berkongsi alat permainan dan amat mengawal barangan peribadi. - agaklah. Tapi Hariz tak kedekut.
  • Ada juga bayi yang sering menganggap dirinya sebagai tumpuan ramai, jadi dia mungkin sentiasa mahukan anda berada di sisinya - agaklah...
  • Perkembangan kepintaran - mungkin sudah boleh menyebut nama anggota tubuh dan objek tertentu yang biasa dia tengok. Meniru bunyi haiwan, memegang pensil dan menconteng serta menggabungkan dua perkataan untuk membuat satu ayat asas.
  • Tumpuan kanak-kanak setahun terhadap sesuatu perkara agak pendek.

Haa.. so, itulah dia sedikit sebanyak...
Most of it memang kena tepat pada Hariz.
second last point tu memang agak menarik minat cik bulat gojes lah.
So far Hariz belum lagi boleh nak sebut nama anggota tubuh badan dia atau apa-apa objek lain.
Tapi, kalau kita tanya, dia tahu lah, especially "gigi" and "shoes"
Kalau "shoes" tu bila datang mood dia, sebut la jugak "ushh"
And Hariz pun dah boleh faham kalau kita tanya dia "Hariz, where's your puting?" atau "Hariz, where's your shoes?" (termasuklah, ball, police bike, aeroplane), dia mesti akan tertunduk (sometimes siap meniarap) untuk cari apa yang kita tanya dia.
Sometimes tu entah mana-mana dia tunjuk kononnya ada kat sana.  


And owh, kalau kita jalan-jalan kat mana-mana, kalau dia nampak kedai toys, dia dah pandai tunjuk-tunjuk nak pergi kedai toys tu.
Hahdoiii... tau aje kan itu toys.
Hehehe


Jadi, rasanya, tak perlu lah bimbang kalau anak meragam tak tentu hala.
Itu salah satu proses tumbesaran anak kita.

Kalau bak kata  my mom "Cucu neni nangis kenapa, lapar ke?" and "Hariz ni, kalau bukan sebab sakit, dia takkan nangis saja-saja"

Hadoi mak ku..... itu lah dia orang tua kita.. pantang cucu bukak mulut, takde lain dia cakap,, lapar,,, tak sihat...

Kita dengar pun macam menggelabah jugakla kan..
Yelah, kire sakit ke anak aku? tapi tak demam..
Lapar ke? tapi baru lepas susu.

Betul... mak-mak kita lebih pengalaman.. tapi kalau bab cucu, tak leh dapat info tepat dari dorang sebab emosi tak stabil when it comes about cucu
Hahahahahaha

Biasalah.. memang lumrah.. sayang cucu tak sama dengan sayang anak.. in fact, sayang cucu lagi lebih dari sayang anak.
Kita tak rasa lagi fasa tu, nanti kita dah ada cucu, baru masa tu kita akan cakap "ooo.. ini lah yang mak ayah kita rasa dulu"


MayAllahBless.



HI Sayang

SalamAlaykum..

This is dedicated to my lovely, sweetly and muchi-muchily (gila) hubby.
You're the best hubby in the whole wide world.

****

Hi Sayang..
How are you feeling today?
What are you up to?
I miss you all day.

Hi sayang...
Just by thinking of you
You can put a smile.. right on my face..

Hi sayang..
it's our movie day out
You are looking great in your checkered shirt..

Hi sayang..
and oh you smells so good
You said "baby, you're looking lovely, got me beeming like crazy"

Sayang..
you got me falling in love
over and over again
you got me singing love songs

Hi sayang..
you have once told me
That every princess needs a hero afterall

Hi sayang...
and you said "putri let me be yours"
Let's make it work be together and live happily ever after...
ever after....



MayAllahBless.

Muara Hati

SalamAlaykum

Mari kita feeling-feeling.




Let's sing together shall we??


MUARA HATI

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya kemanapun kau berjalan
Suara cinta menuntunmu kepadaku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
takkan terpisah hati

*chorus
Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padamu

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalan ku pertunjuk padamu
Kemana pun kau pasti kembali

Demi cinta dalam hatimu
ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali padaku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk
Bersatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk (merasuk dalam hati)
Cinta........





Oh.. Feeling sungguh lagu ni.
Bukan senang cik bulat gojes nak minat lagu Dato' Siti ni - huhuhuhu
Semuanya gara-gara Adam dan Hawa (lebih tepat, penangan Aaron Aziz)


MayAllahBless

Power Breast Pumping / Power Pumping.

SalamAlaykum.

Setelah melayan hati yang membara, mari kita reda-reda kan api kemarahan terhadap "manager gila" kat CM siang hari tadi.

Anyway, have you heard about power pumping?
It's specially for those who are breast feed their baby.

I've read an article about the PP and got really interested in it.
It is basically about on how to increase the milk and also to generate mom' milk in order to exclusively BF your baby.

So, apa yang cik bulat gojes faham daripada pembacaan article tu, the best time to do the power pumping is at night ye tuan2 puan2.
So, it is highly recommended for those who are intend to BF your baby to have a good rest (preferably to havea short nap) during the lunch break - This is for the working mother.
It is to make sure that you're going to have enough time to do the power pumping, and also to activate few hormones in order to generate the milk (katanya)

And for muslim, it is highly recommended to do the power pumping right after the solat tahajud.
Why?? Tak tahu lah pulak cik bulat gojes sebab tidak di nyatakan khasiatnya kenapa.

Mungkin ada yang kata "ooo... takkan la benda ni pun tak tahu"... and mungkin juga ada yang kata "laaa.. standard la benda ni"... and mungkin jugak akan ada yang kata "itu pun tak tahu ke?"

Tapi, sedarlah... tak semua orang tahu tentang power pumping ni
*Even cik bulat gojes sendiri pun tak tahu ok..

Jadi, kat sini, nak share lah sikit sebanyak about power pumping ni.
Benda ni boleh di aplikasi kan kepada mereka2 yang nak menyusukan anak (samada anak sendiri/anak angkat), and juga pada yang tengah menyusukan anak, tapi air susu shy shy cat nak keluar.
Pun boleh try power pumping ni.

Benda tak susah pun, tak requires some of your time to do it.

Cara dia senang je.
Ia bergantung kepada jenis pam susu apa yang korang semua pakai.
So, below ni cik bulat gojes list down satu-satu ok. Ikut budget beli jenis breast pump yang macamana.

1. Single Electric Breast Pump / Single Breast Pump

For those yang budget banyak mungkin boleh beli breast pump yang jenis macamni. Sah-sah la tak menggunakan banyak tenaga kan.. Lekap, dan tunggu je.. cuma jaga masa je la. And for those yang budget tak berapa banyak, boleh beli yang manual punya. Sama je.. cuma penat sikit la nak menekan2 kan.. Tapi, end results sama je.. Air susu... So, basically, cara dia senang je. Mula-mula lekapkan corong tu kat dada kanan, and pump dada korang selama 10 Minit. Susu keluar ke, tak keluar ke or keluar sikit je ke, teruskan pump untuk 10 minit. Lepas cukup 10 minit, lekap kat dada kiri pulak, ulang perkara yang sama. Make sure kiraannya sama iaitu 10 minit. Jangan mengada-ngada nak buat 15 minit ke apa. Dah kata 10 minit tu, 10 minit la setiap sebelah. Selepas siap yang kiri, tukar buat yang kanan balik. Bergilir-gilirlah selama satu jam setiap sesi. Dalam article tu kata, power pump ni boleh di buat beberapa kali dalam sehari, depends on masa korang semua la. Kalau banyak masa, buat la 3 4 kali sehari pun. Tapi, power pumping ni mesti di lakukan selama 1 jam untuk setiap sesi


2. Double Electric Breast Pump / Double Breast Pump

Ok, kalau yang budget memang tinggi, boleh la beli yang double electric breast pump ni. Tapi, tak sure la pulak kalau yang manual pun ada yang double jugak ke????? Kalau tak ada, susah apa, beli je 2 set, double jugak jadiknye kan - Hihihihihi cik bulat gojes merapu lagi..
Ok, so untuk double ni, cara sama, cuma berbeza sikit. Which is, lekap kan pump kat dada, then pump jugak selama 10 minit. Lepas 10 minit, berhenti rehat kejap selama 10 minit, then sambung balik mengepam untuk 10 minit. Buat sampai cukup 1 jam setiap sesi.


Senang je kan......

Lakukan setiap hari kalau boleh.
Kalau sibuk sangat, buat la 2 3 kali seminggu.


Cik Bulat gojes memang dalam proses untuk menyusu kan my little boy, so, power pumping ni very helpful untuk mempercepatkan lagi proses penghasilan air susu, InsyaAllah.
Ada rezeki my little boy, adalah tu.

Mungkin dalam kita berusaha ni, selain dari power pumping, boleh jugak mengamalkan pemakanan yang boleh meransang air susu.
Mesti ada makanan atau makanan tambahan yang boleh mempercepatkan penghasilan air susu. Betul tak?


Masa kita buat power pumping, amat-amatlah di galakkan untuk meletakkan gambar bayi di sisi (kalau kat ofis) and kalau kat rumah, di galakkan untuk buat power pumping di sisi anak kita.
Ini pun boleh meransang penghasilan air susu.
Mungkin bila perasaan kasih seorang ibu kepada anaknya boleh menghantar signal ke dalam otak kita, then otak kita pun mungkin menghantar signal ke bahagian-bahagian tertentu untuk menghasilkan susu.
Boleh jadi jugak.
Maaflah, cik bulat gojes bukan orang sains, so, fakta itu mungkin salah.
Itu sekadar untuk my own understanding sahaja.
Yela, takut ada yang kata bagi maklumat pelesu pulak - ahaks..


Apa-apa pun, mari kita cuba dan terus mencuba.
Jangan putus asa yang penting.
InsyaAllah...


MayAllahBless.

Sakit hatiku

SalamAlaykum..

Selamat petang.. kali ni da story yang maha tak best.
Nak tau story apa?

Ok. cik bulat gojes bagi tajuk cerita ni as....

"Manager kurang ajar di Central Market"

Ya Allah.. kalau tak mengenangkan orang yg ramai kt CM td, memang makan carut free la si kononnya manager food court tp duduk kat kaunter minuman.

Cik bulat gojes ada hal sikit at luar, so, memandangkan masih awam (waktu tu pukul 11.30 camtu, so cik bulat gojes decided lepak kat food court CM la while witing for my younger sis utk lunch sama-sama.
My sis pulak break 1.30..

While waiting for my sis ni, datangla mamat kononnya manager ni, terus tanya dgn suara yg kuat.
Agak malu la kita ni mcm la kita buat salah besar.
However, below ni conversation between cik bulat gojes dgn manager gila b**i tu..

MG - Manager Gila
CBG - Cik Bulat Gojes

MG - kak duduk sini tak order mkn minum ke? Sini tak boleh nk duduk saja sbb ni tmpt org makan.
CBG - owh.. sy tunggu adik sy nk lunch sama2.
MG - tp saya tengok akak duduk dari tadi tp x mkn x minum. Sy manager kat sini.. akak duduk tp tak makan akak dh menyusahkan customer sy nk mkn.
CBG - eyh.. apa pulak. Sy tunggu adik sy, nk lunch sama2 (sambil tunjuk bbm antara CBJ dan adik)
MG - yg tu sy xnk ambik tahu.. dh tu akak nk duduk sini sampai kul 5?
CBG - (sambil tinggi kn suara jgk) Kan sy dh ckp sy tunggu adik sy.
MG - itu sy xnk ambik tau. Ok.. sy bg masa sejam.

Then terus dia blah.

Macam tu ke manager?? Food Court CM pulak tu.
Duduk kt KFC/MCd berejam pun orang tak halau tau..

At least tegur la dgn elok.. Biar bersopan santun.. ni tidak.. kurang ajar nak mmpos!

Tu baru jd kononnya manager food court tu..
Belum lg tempat lain yg high class.

Cuma satu la...
Harap dia berubah and ada yang menegur..


MayAllahBless.

Tuesday, 20 November 2012

Adam dan Hawa

SalamAlaykum

Good Morning lovelies.
Alhamdulillah, syukur kita masih boleh membuka mata dan menikmati hari yang indah ini.
Marilah kita bersama-sama sentiasa menetapkan dalam hati perasaan untuk menuju ke arah kebaikan dan menjadi mukmin dan muslimin sejati, InsyaAllah..
Gunakan masa yang ada seolah-olah tiada hari esok buat kita.
Remember.. "The man who decided to change on the twelfth, dies on the eleventh"
Jangan melengah-lengahkan masa untuk melakukan perubahan sebab kita tak tahu, masihkan ada esok buat kita?
Renung-renungkan.


Okay..
Tak apa sangat nak update.
Sekejap lagi nak keluar mencari ilham - hehehe
So, Hariz will be staying at home with mak bik.
Sorry sayang.. Ibu needs some time on my own.
Petang nanti ibu balik dengan papa ok sayang.

Tu la dia..
Sebenarnya, cik bulat gojes cuma nak bagitahu yang cik bulat gojes sekarang tengah addicted dengan drama Adam dan Hawa tu,
Walau dah tahu bagaimana rupa ending drama tu (sebab dah baca novel), tapi tetap addicted jugak.
Hehehehe.

So, sekarang dah episode 50.
30 more episodes to go - Can't wait!!!!

Ok, over.

I think i better make a move now.
Nak besiap, and siapkan my little boy jugak.


Jumpa petang nanti ok.

Monday, 19 November 2012

HaPpY BiRtHDaY NuR!!

SalamALaykum

This post is specially dedicate to a friend of mine, Nur.

HaPpY BiRtHdAy!!!!

Well, I'm not good in giving wishes.
So, nothing else than hoping that your day will be filled with love and joys with your love ones. Even the bad times are good!! - over kan?

By this age, you should have realized that life sucks - it really is.
However, with a few good friends, husband and kids, you can get through it no matter how tough the situation is.
A good person is hard to find, hard to lose, and impossible to forget and do you know who is that special one? - It is YOU..

On your birthday, may all that you have wished from Allah be granted to you hundred fold.
Enjoy this new chapter in your life.
May your next year be safe, healthy, and full of good memories that will last a lifetime.

HAPPY BIRTHDAY.





MayAllahBless

Peraduan Papa Mama Romantik by PaMa

SalamAlaykum

- Mengada tak? Baru je lepas update satu post, now update lagi -

Hehehe..

Tengok tajuk tu...
Dah lama cik bulat gojes teringin, tapi belum ada kesempatan lagi

Tapi, cik bulat gojes nak share satu news lah.

Masa cik bulat gojes outing semalam, before balik, I bought a PaMa magazine.
Mag tu memang selalu cik bulat gojes beli untuk dapatkan knowledge apa-apa especially when it is closely relate about anak.
Knowledge can be gain through reading kan........

So, masa tengah belek punya belek punya belek, suddenly cik bulat gojes ternampak sesuatu.
Pastu macam.... "eyh, ye ke ni?"

Setelah berkali-kali ku tenyeh-tenyeh mataku, memang sah....................



TARAAAA!!!!!!!!!
It was my cousin brother!!! Inche Takky and his wife, Sara.. Mama and papa baby Adra rupanya...

Hahahaha.. Peraduan papa mama romantik, 1st prize tu...

Syukur.. rezeki baby Adra...
Now, Sara dah selamat melahirkan a very cute little baby girl named Adra Batrisyia Bt Ahmad Taqiyuddin.


Everything went well, and I just couldn't wait to meet baby Adra.
Aunty Long tak sempat nak jumpa baby Adra since baby ada kat Kelantan sekarang ni.
The mama and baby will come back to KL right after habis pantang.
I cant wait!!
Hariz pun tak sabar nak jumpa his dua pupu ni.

Best kan.....
Berdoa semoga aku di kurniakan baby girl jugak satu hari nanti, InsyaAllah.

Untuk pengetahuan semua, wife my cousin ni, Sara, memang berkawan dengan cik bulat gojes dari darjah 5.
Ok, kita flashback sebentar ye.
Masa tu, cik bulat gojes and Sara sama-sama budak baru kat SK SS19, Subang Jaya (1995)
Sara masuk seminggu selepas cik bulat gojes masuk sekolah tu.
Tapi, terpisah bila dah masuk sekolah menengah. Memang lost contact terus sebab kita zaman dulu bukan macam budak sekolah zaman sekarang... ada handphone.
Tapi, amazingly, jumpa balik rasanya selepas 10 years kot.
Seriously memang lama.
Jumpa pun sebab masa tu dia berkawan dengan my cousin tu la...
Hadoila.. kecik dunia ni kan.
Alhamdulillah mereka bertemu jodoh...
So, kawanku...sepupu ipar ku.... heheheheeh


MayAllahBless.

Another milestone for my little boy

SalamAlaykum,

Alhamdulillah, we still have been given an opportunity to live in this beautiful world.
Be grateful for every single things you have as we may have it now yet we might lose it one day. *PrayForGaza*

Nothing much to update this morning -katanye- however, tau2 lah cik bulat gojes ni.. Kata je nothing much, tau2 je nanti berjela-jela - we never know - nak pulak, cik bulat gojes is kind of impromptu person kan.

So, my story for today is about my little boy who aged 1 year, 1 month and 9 days (as of today).
Alhamdulillah.. Thank you Allah for always giving me the sweetest experience of all.. to always see my little boy' every first move.

Yesterday was my kind of "unbelievable" day for me.
It happened like early in the morning, when my little boy woke up - Takdelah early mana pun, dalam pukul 8 lebih gitu..
So, I was having a simple chat with my little boy sebab bila bangun je, dia busy mencari papanya.
As usual lah, anak papa la katakan..
So, I told him that papa pergi work, nanti kita ajak aunty chik jalan-jalan, and that was when the unbelievable part comes when he suddenly said "Nak papa"
And I was like ... - dropped jaw -
Oh my Allah...... His first "2 words" at the age of 1 year, 1 month and 8 days.
Subhanallah....

Nothing much I could request for other than my my little boy' perfect life.
I want to give him the best that every parents could do.
And I want to see my little boy to be a very successful person, InsyaAllah.

So... as a reward for him, I brought him to the Kidz Art'N.. It's a PLAY TIME!!- Weeeeeee...


Since the photos were taken by using my soon-going-to-hancur phone, expect the quality ok..
Nah.. kat rumah gian nak memanjat kan, so, panjatla berapa banyak nak panjat pun.
Tapi, rasanya, dia lagi busy tengok other kids running and jumping around adalah.



This is the reality ok, this little pony yang paling selamat for Hariz.
Hadoila. standard la, tempat kids, so there were running around and aggresively jumping and climbing around.
To those yang baya-baya Hariz, parents supervision is highly needed.
Kalau tak, memang melambung la... kena langgar sana sini.
Tapi Hariz peduli apa. When he wants to play, he'll play.
Thank you aunty chik sebab sudi layan Hariz - maklumla.. satu-satunya anak saudara kan.. so kena layan la - hehehehe




Ok, yang ni looks like nothing, but it was the ultimate fun at Kidz Art'N.
Patung rupa SpongeBob tak siap ni,
The spongebob tu dia kembang kempis tau.
Kids will be gathered in the Spongebob' mouth, then nanti in few seconds, kepala Spongebob tu akan terangkat ala-ala nak telan those kids semua - ekceli, ada gelongsor kat belakang tu.
So, yang mana kids yang boleh bertahan dari tergolek ke belakang, melekat je la dalam mulut Mr.Spongy tu.
Hahahaha - Kelakar la sebenanrnya.
but it was kind of entertaining heard them laughed and screamed whenever the air is blowing up Mr.Spongy.
Too bad that Hariz couldn't enjoyed it much as.
Lagi dia pelik tengok those kids terjerit-jerit and laughing around adalah. LoL



Ok, so, this is the results of spending some time at the Kidz Art'N
T.I.D.U.R
This is something that is seldom to happen - tidur dalam stroller.-
Biasanya, kalau pun dia tidur and the moment when we put him inside the stroller, dia bukak mata dia besar-besar.
Tapi, yesterday, lenaaaaaaaaaaa je. Penat agaknya.
So, senang hati la ibu and aunty chik jalan-jalan, makan-makan as Hariz is comfortly sleeping in his stroller.

So, he was having fun.
Dah balik rumah pun, siap tunjuk kat papanya the wrist tag yang dia pakai tu.
Walau tak boleh nak bercakap lagi, tapi, he could understand that he has been given a reward due to his milestone.


So, what's next?
I really could not wait.


MayAllahBless

Thursday, 15 November 2012

BN Youth Job Fair 2012

SalamAlaykum

Just a quick info for all job seekers out there.
There will be a job fair starting on the 16th of Nov until 18th at the PWTC (Dewan Tun Razak)




Definitely I'll be going.
Mana tau ada rezeki.
Sesungguhnya, being a housewife ni agak membosankan walau seronok.
Tapi, pegang duit sendiri itu lebih nikmat after 5 years of hard work in Universities.
Furthermore, kalau cik bulat gojes bekerja, boleh la menambah kan lagi duit simpanan hari tua.
Ye tak?

Cuma, for this time, I really hope that I will get a job that really suits me with kind people yang tak menyerabutkan kepala otak cik bulat gojes ni.

Well, mana-mana pun kita akan berjumpa dengan macam-macam jenis orang lah..
And bukan senang nak dapat yang kena dengan jiwa.
Tapi bukanlah bermakna tak akan ada...
Adaaa....

Ni yang buat nak flash back story lama ni, especially when I was in OCBC.
There were 15 of us. Memang team 1 Malaysia la. Sume races ada.
Amazingly, kami semua rapat!!
Baik lelaki, baik perempuan, baik melayu, baik cina baik india.
Kalau buat makan-makan, mesti complete satu team 15 orang.
Tak pernah berkurang.
Bukannya team sana, yang sana jelah and team sini, yang sini je lah.
We supported each other.
Kalau sorang kena marah dengan boss, kami semua akan boikot boss tu..errrr... (ekceli, boss kami masa tu memang mangkuk hayun, tak di sukai ramai)
Kami memang sehati sejiwa.
Kepala otak gila-gila with crazy and disgusting plan - hehehe
hobby kami semua adalah makan!!
One of our team members, her husband was a Chef kat Delicious (now dah retired and kerja dengan gomen).
So, her husband memang selalu akan membekalkan kami satu team dengan food yang sangat sedap!!
People have to spend a lot to dine in Delicious.. Tapi kami semua FREE ok.. FREE! -LOL - ko hado??
Masa kat OCBC la memang cik bulat gojes rasa memang satu team yang REAL as in one team.
The best and so far tak jumpa lagi yang boleh challenge rekod teamwork in OCBC.

Cik bulat gojes rasa ada kot gambar-gambar masa kerja dengan OCBC.
Tapi tak banyak sebab banyak hilang.
Nanti CIk bulat gojes try godeh-godeh ok.

So, siapa yang looking for a job, di persilakan ye.
Mari kita menyesakkan lagi keadaan yang confirm sesak.
Dan cik bulat gojes esok akan tinggalkan Hariz dengan Mak Bik nya..
Since inche hubby kena masuk ofis esok, maka dengan ini, akan ku heret Aunty Chik Hariz untuk follow ibu Hariz ke PWTC.. Ok,, nanti ada upah - Ice cream jeruk dalam peti kat rumah.




ohoy...
sorry guys.. korek punya korek, tak jumpa-jumpa jugak gambar when I was in OCBC.
Tapi yang jumpa ini je.
This one pun part of it lah.
Dari 3 orang team mates cik bulat gojes during dedication day apa dah.. lupa..
Tapi, yang pasti, dari kiri tu from my darling baby, Nithya.. yang tengah from my darling akka (sister), Chandra and yang paling kanan from my darling brother friend, Zaizi. (opss.. marah gf Zaizi nnt).
Tapi, yang paling sedih, Chandra is no longer with us.
She passed away somewhere around 2 or 3 years ago. Commit suicide.
Hmmm... Rest in peace akka... miss you loads.. Miss your hugs whenever I really am in need of it...
Macam tu la hidup kerja bank... -takde kena mengena dengan Late akka ok..
What I heard, she committed suicide sebab tak nak berkahwin dengan pilihan parents dia since dia ada pilihan hati dia sendiri.
Poor akka...

Anyhow, jadikan tauladan buat kita.. yang baik kita ambil, yang buruk, kita tolak tepi.
Whatever it is, Chandra Akka is the best sister in the whole wide world.....
The one who always give me a hug whenever I got stressed out with work.
The one who always make jokes in order to make us laugh after the stress hour.
And the one who always spread love in the team.......

OCBC 2008/Cyberjaya.


MayAllahBless

Ragam Yayish ku sayang


Pelik tapi benar.

SalamAlaykum.

Ok, second post for today.
Nothing much to share, just perkara yang pada cik bulat gojes ni "Pelik Tapi Benar"

Nak tahu apa?
Kalau kita nak flash back dari awal sampai ke akhirnya, memang rasanya banyak slot la kut yang cik bulat gojes kena buat.
Takut nanti kalah pulak slot Akasia - Hehehehe

Ok, cik bulat gojes memang suka melalut dulu.
Hobby la katakaaan..

So, kisah ni bermula dengan jemputan yang kami terima - or to be exact, inche hubby yg terima lah.
Dari seseorang yang dah almost a year kami tak bertegur sapa.
Jemputan untuk join event holiday kat Cherating yang memang dah jadi tradisi Kelab ni untuk menganjurkan percutian bersama keluarga besar.

Tapi, ada kemusykilan lah dalam hati kami ni.
Why so sudden??? After a year??
Setahu kami lah, kami ni dah almost setahun sudah tidak lagi di iktiraf to be among them.
Or dalam erti kata lain, dah Blacklisted la. Entah-entah dah declare bancruptcy - wallahualam.
So, cik bulat gojes agak berbelah bahagi la untuk pergi.
Ala-ala subject matematik moden, "Kebarangkalian"

Banyak sangat kebarangkalian yang ada dalam kepala cik bulat gojes ni.
Nak describe one by one, rasa macam tak terlalu rajin.
Tapi, cukupla sekadar takut kalau kehadiran inche hubby, cik bulat gojes dan anak ke event tu nanti tak disenangi orang lain.

Yela.. bak kata pepatah.. Rambut sama hitam, hati lain-lain... boleh jadi.
Mungkin si penjemput tu boleh buang yang keruh, ambil yang jernih.
Tapi tidak yang lain.
And cik bulat gojes yakin dan pasti confirm ada yang tak tahu tentang jemputan ni.
So, masuk lagi subject kebarangkalian ini.

And apa yang cik bulat gojes bagitahu inche hubby.... "NOTHING COMES WITHOUT A REASON"
There must be A REASON kenapa tiba-tiba kami di jemput.
Takkan lah sekadar buang yang keruh ambil yang jernih sempena Maal Hijrah kan?

Sebab tu lah, cik bulat agak takut untuk buat keputusan menerima pelawaan (walaupun kami bayar).
Yelah, mungkin pada cik bulat gojes, takde masalah untuk melupakan apa yang terjadi.
Tak ada masalah untuk kembali macam dulu.
Tak ada masalah untuk merendahkan tembok keegoan.
Tapi, pihak lain, boleh ke?

Itu lah yang menjadi igauan di siang hari cik bulat gojes sekarang.
Sebab, tak mau la kan merosakkan mood holiday.
Kita nak seronok-ronok, bukan bermasam muka menyimpan dendam.

Kalau cik bulat gojes sendiri pun, bila orang tak sudi, memang spoil terus lah.

Nak tolak mentah-mentah ajakan dia, rasa macam tak manis la pulak.
Kita pun ada otak boleh fikir.
Orang dah ajak elok-elok, takkan kita nak jual mahal pulak kan.
Yelah, takut nanti ada pulak mulut-mulut yang kata "takkan nak sampai kita bentang carpet merah kat dorang?"
Hmm... tak syok jugakkan.
Sebab kami pun takdelah sampai ke tahap tu..
That's why lah kena cari keputusan yang terbaik untuk kedua belah pihak.
Korang rasa???


So, it's Maghrib sudah.
Mungkin boleh sambil-sambil bincang dengan inche hubby untuk yang terbaik.
Sebab, tak di nafikan, kami berdua rindu sebenarnya pada mereka-mereka.
Tapi, hanya kerana satu kejadian itu, di mana kami tidak di beri peluang untuk menerangkan apa yang sebenarnya, kami terus terputus hubungan - Blacklisted la...
Kami ada reason kami sendiri kenapa kami diam diri tak bagitahu mereka hal sebenar.
Banyak pihak yang kami harus jaga..
Dari mak ayah, sampaila ke keluarga lain-lain.
Jadi, takkan la kerana kawan, kita kena conteng arang kat muka family kita kan.
Kawan tidak kemana, tapi keluarga untuk selama-lamanya.
Itu yang mereka tak faham.
Waktu itu, cik bulat gojes dan inche hubby tersepit.
Menjaga hati banyak pihak sampai terpaksa berdiam diri, merahsiakan lokasi di mana jua kami berada.
Hingga bila mereka buat conclusion mereka sendiri, kami terpaksa diam jugak.
Masa tu, Allah aje yang tahu betapa sedihnya diri kami menerima hentaman demi hentaman.
Kutukan demi kutukan.

Tapi biasalah, bila ada "mulut berbisa" tukang tambah garam ajinomoto, tu yang jadi bergaduh bagai.
Tapi, tetap kami diamkan diri jugak.

Jadi, bila di jemput tadi, tu yang buat pelik bin ajaib....
Kenapa tiba-tiba??


hmmm..


MayAllahBless





Maal Hijrah

SalamAlaykum

First of all, would like to wish you Salam Maal Hijrah.

Let's forget the past, and begin with the new way of life.
Forgive and forget, that is what requires to have a happy life ahead.
Let's strive for the highest chart in becoming a good muslim. InsyaAllah.

Terlalu banyak salah silap kita sebelum ini.
Walau orang kata, hangat-hangat tahi ayam je berazam baru, tapi azam before this pun tak pernah buat.

Well, pada Cik bulat gojes, pedulikan apa orang kita.
Berazam jelah selagi boleh.
It's between you and Allah.
Whether you can achieve it or not, that would be other question.

Yeap... I used to have new resolution every year and what I can say, not even 10% of it I successfully achieve it.
So who cares?? As long as Allah give us time to do the best in our life, just go with it and no turning back.

What important is you and Allah before comes you and other people.

So, try your best to achieve all your wants, and never lose hope.

MayAllahBless.

Monday, 12 November 2012

Happy Deepavali

salamAlaykum.

My update after so long.

HAPPY DEEPAVALI to all Indians in Malaysia.




Have fun with families and happy holiday (nampak sangat tak tahu nak tulis apa lagi)

Monday, 5 November 2012

Ego tinggi

SalamAlaykum

Actually, mata tengah lalok ni.. Sebab tadi i just had my flu medication.
Dah berhari-hari jugaklah di serang flu.
Asal malam je, susah nak tidur.. nose blocking la.. apa lagi.

Malam ni takdelah nak update apa pun.
Tadi kemain banyak, tapi now all gone.


Cuma.. ada satu perkara la yang tengah keep on bermain dalam kepala cik bulat gojes ni.
Dah macam cassete dah boleh duk rewind berkali-kali.

Hmm..
Memang tak di nafikan, cik bulat gojes adalah serang umat manusia yang memang susah nak ungkapkan kata maaf.

Tapi, tengok jugak.
Kalau dah memang terang, jelas dan nyata itu memang salah cik bulat gojes, haruslah minta maaf kan.

Tapi, kata lah dalam kes tu, memang salah kita, tapi pihak sana pun over jugak, memang susah la cik bulat gojes nak minta maaf dengan dia.

Ego ke tu???

Sometimes tu rasa macam adil ke kalau kita je yang minta maaf, tapi pihak sana tak rasa nak membuat benda yg sama, sedangkan dia tahu, dia jugak salah.

Mungkin faktor-faktor macam tu lah yang telah berjaya buat cik bulat gojes rasa berat untuk mengungkap kata maaf.

Hmm..macam-macam..

err..sebenarnya kan, rasanye la kan, ubat flu tu dah berjaya menembusi tembok berjaga malam cik bulat gojes.
Seriously sekarang rasa macam tak tahu apa jugak aku tengah buat ni.

So, I think, I better make a move now.
Perhaps we will meet again tomorrow (if i'm not lazy enough)

So, shall we have a good night sleep tonight?

Bye..

MayAllahBless