Wednesday, 28 November 2012

Jalan-jalan cari makan di JB

SalamAlaykum....

Masih bersiaran dari Johor Bharu, but today is the last day.
Sepatutnya kami balik KL semalam, tapi inche hubby terpaksa extend lagi satu hari, so terimalah segalanya.
And this is my longest stay in JB throughout my life - alaaa... 4 hari je kot.

So, before datang JB, ada jugakla buat status dalam FB minta suggestion kawan-kawan about tempat makan yang best yang ada kat JB ni.
Ada yang suggest ikan bakar somewhere in Tebrau, ada yang suggest tempat makan somewhere dekat Larkin.
Well, oleh kerana cik bulat gojes di JB ni bukan unuk leisure semata-mata, jadi masa untuk cari tempat makan tu very limited.
Setakat pergi makan kat tempat-tempat yang dan tahu about kesedapannya.
So, pada sesiapa yang akan ke JB tu, ni ada sikit la suggestion tempat makan yang CONFIRM sedap.


1. Char Kuey Tiaw Jalan Rawa. Location: Taman Perling, Johor.

Ohoyy... ini char kuey tiaw kan, memang you couldn't get it in KL. Sedap and murah and yang penting... BANYAKKK..
Cik bulat gojes memang suka la kalau banyak-banyak ni plus, sedap pulak tu.


Inilah rupanya.
Kat Char Kuey Tiaw Jalan Rawa ni, ada 3 jenis. - Kering, Lembab dan basah.
So, masa order tu, kita cakap la nak yang macamana kan.
CIk bulat gojes memang sentiasa akan pilih yang kering.
Inche hubby sukakan yang basah.
Yang penting, udang dia besar, manis sebab fresh.
Kerang pun banyak.
Harga kalau tak salah dalam RM6 sepinggan.
Sangat-sangat berbaloi.
Cuma satu lah untuk di ingatkan kat sini, nama pun char kuey tiaw kan, so, dirang goreng satu persatu, bukan banyak-banyak terus.
Orang pun ramai, so, kalau rasa-rasa diri tu kurang sabar untuk menunggu, jangan pergi lah.
Sebab, it requires some of your waiting time.
However, kat situ pun ada geai sate.
So, while waiting for your char kuey tiaw, you may order for sate.
At least takdelah 'panas' je rasa sebab menunggu kan.
Tapi, as for cik bulat gojes, if it's worth of my waiting time, shouldn't be an issue then..
Ala, sekali sekala bersabar, apa salahnya.
Hehehehe..
so, below ni is the map on how to get there.
Cik bulat gojes kalau bab-bab direction ni memang buta huruf sket.
So, kalau agak-agak tak jumpa jugak, try to get the direction from your GPS ok.
Yang pasti, dia berdekatan dengan shop lots.


The map.


2. Restoran Singgah Selalu, Danga Bay, Johor

Ini restoran pun rasanya famous kat JB ni. Kalau orang JB tak tahu restoran ni, tak tahu la ambo nok kato guano - speaking kelate pulok.. huk aloh...
Cik bulat gojes tahu about restoran ni pun masa 2 ke 3 tahun yang lepas.
Masa tu, cik bulat gojes ikut inche hubby yang ada keje kat JB ni.
Masa tu, inche hubby masih bekerja dengan Genting, so, selalu kena travel.
And masa tu, kami stayed kat Kozi hotel.
Memang best hotel ni, tapi lain entry cik bulat gojes story about hotel-hotel pulak ok.
So, berdekatan dengan hotel ni, ada restoran singgah selalu.
Open for 24-7 gitu..


Memang konsep restoran ni macam astro - Macam-macam ada.
Hahahah.. restoran dia besar, tapi tempat parking tak banyak. Limited space la.
Depan sket dari restoran ni ada Istana Bukit Serene.
Kalau jumpa Istana Bukit Serene ni, tak ada masalah la nak cari restoran ni.
So far, breakfat tak pernah try lagi makan.
Pernah try untuk lunch and dinner je.
Sebut je nak makan apa, semua ada, termasuklah makanan dari middle east.
Lunch dia memang terbaik.
Masakan panas ada, nasi campur of course la adakan.
Lauk pauk pun mabelles orang kata.
Sangat banyak pilihan sampai kita pun jadi rambang mata tak tahu nak makan apa.
Semua sedap.
Harga pun, tak lah mahal melampau.
CIk bulat gojes kalau lunch memang selalu makan nasi putih dengan asam pedas ikan baung.
Besar jugaklah potongan ikan nya, and harga yang di kenakan dari RM4.50 ke RM5.50 - ikut size kepingan ikan.
Tak ke murah namanya????
Memang puas hati.
Sedap!!!!
Kalau malam pulak, nasi campur tu tak adalah, cuma makanan panas.
Tapi, choices dia MasyaAllah.... banyak.. sampai tak tahu nak order apa.
Tapi, kalau malam, cik bulat gojes selalu order western. Mixed Grill memang jadi favourite walau kemana sahaja tempat makan yang di tuju yang ada masakan western.
Cuba lah, ok..


Ini environment dalam Singgah Selalu.
Memang orang sentiasa ramai, nak pulak kalau weekend.
Kalau weekdays, orang tak ramai sangat. Boleh tahan nak pilih meja mana korang nak duduk.
Tapi, kalau weekend, kalau ada meja yang hanya ada 2 kerusi, tu dah kira nasib bahekkkk...


3. Sotong Kangkung Luton Van, Dataran Bandaraya, Johor.

Tempat makan ni ala-ala macam kat uptown la kalau kat KL. Ada banyak deretan van yang jual celup-celup tu. Alaaa.. yang macam Yong tau foo tuuu.. haaa.. benda tu la.
Tapi, semalam masa cik bulat gojes pergi, cik bulat gojes minta inche hubby tapaukan sotong kangkung sebab hehehehe sebab.. cik bulat gojes tak pernah ,makan sotong kangkung tu..
Yong tau foo tu kami tak makan sebab kat KL pun berlambak.
So, nak rasa la apa gayanya sotong kangkung ni...

Jadi, inilah sotong kangkungnyaaaa..


Pada yang pernah makan, should know la how it taste kan, tapi to those who never eat this, percayalah...... TERBAIKKKKKKKK...
Sedap kauuuu...
Tiba-tiba rasa macam tak cukup pulak - Over kan.
Isi dia hanya kangkung yang di celur and sotong kembang ni dengan kuah yang ala-ala rojak, ada kacang.
Memang sedap.
Rasa dia manis-manis pedas... owh.. menajdi igauan sudah...
Confirm lepas ni akan kemaruk dengan sotong kangkung.
Harga kalau tak salah inche hubby bagitahu dalam RM5.
Mahal ke murah tu tak tahu la kan.
Nanti kita cari sotong kangkung kat KL, then only we make comparison ok.


4. ZZ Mee Rebus Tulang, Jalan Petrie, Johor.

Ini lagi satu kegilaan kalau mai JB - terkeluar bahasa Utara pulak.
Mee rebus tulang.
ZCik bulat tahu about this pun awal-awal tahun 2012.
Masa tu, ayah cik bulat gojes yang bawak kami ke sini.
Memang addcited laaa lepas tu.


Ni la rupa mee rebus tulang tu.
Setiap pinggan, diorang akan letak straw.
Bukan untuk korang sedut kuah, tapi untuk korang sedut lemak-lemak kat dalam tulang tu.


Terima kasih pada model tak bertauliah itu, Rayhan Ismail. Hahahaha
Sedap wehhhh...
Makan mee rebus ni, korang kena ketepikan lah niat untuk diet tu.
Memang tak ada makna la kan.
Tapi seriously, memang sedap.
Kalau datang sini, tak sah kalau tak mintak extra tulang.
Harga??
Ok, korang fikir sendiri la murah ke mahal ok.
Kalau kesana, cik bulat gojes dan inche hubby, and rayhan sekeluarga (seorang isteri, 3 orang anak),
total semua tak pernah lagi la mencecah RM70 untuk 3 pinggan mee rebus tulang, 1 pinggan tulang extra (6 ketul) 1 pinggan kuey tiaw goreng, satu pinggan nasi goreng, 6 gelas air.
Tak lebih RM70 lah cik bulat gojes boleh cakap.
Murah kan????


Ni la dia hasil penyembelihan yang dah selamat masuk ke dalam perut kami.
Berani jamin, memang sedap dan berbaloi-baloi.
Bila makanan dah sampai, dah mengadap, baca bismillah, memang tak pandang kiri kanan dah.
Hehehehehe



Jadi, ni sikit la suggestion tempat makan menarik di JB.
Actually, banyak lagi, tapi ini je yang sempat kami discover kat JB.
InsyaAllah, more to come.
Jangan risau, memang JB lepas ni akan jadi rumah kedua kami sebab Inche hubby akan sentiasa akan datang ke JB di atas tuntutan kerjanya sebagai IT Engineer and jaga port Klang and PTP (Port of Tanjung Pelepas).
Abang Long kawasan pelabuhan la kononnya.. hahahahah over.


Haaa... lagi satu tempat menarik kat JB.. untuk si kaki shopping, apa lagi kalau bukan Johor Premium Outlet.
Kalau ke sini, takde lain lah, shopping baju anak.
Kadang-kadang tu tumpang jugak la sekaki.
Heheheeheheeheehe guna je ayat "eee..kat KL mahal ni, kat sini murah kot" .. for sure dapat green light dari inche hubby walau hakikatnya harga tak banyak beza pun... hahahahahaha


Paper bag baju anak, kecik jeeeee...ibu and papa punya yang besar.. hehehehehehehehe...


MayAllahBless.

No comments:

Post a Comment