Thursday, 15 November 2012

Pelik tapi benar.

SalamAlaykum.

Ok, second post for today.
Nothing much to share, just perkara yang pada cik bulat gojes ni "Pelik Tapi Benar"

Nak tahu apa?
Kalau kita nak flash back dari awal sampai ke akhirnya, memang rasanya banyak slot la kut yang cik bulat gojes kena buat.
Takut nanti kalah pulak slot Akasia - Hehehehe

Ok, cik bulat gojes memang suka melalut dulu.
Hobby la katakaaan..

So, kisah ni bermula dengan jemputan yang kami terima - or to be exact, inche hubby yg terima lah.
Dari seseorang yang dah almost a year kami tak bertegur sapa.
Jemputan untuk join event holiday kat Cherating yang memang dah jadi tradisi Kelab ni untuk menganjurkan percutian bersama keluarga besar.

Tapi, ada kemusykilan lah dalam hati kami ni.
Why so sudden??? After a year??
Setahu kami lah, kami ni dah almost setahun sudah tidak lagi di iktiraf to be among them.
Or dalam erti kata lain, dah Blacklisted la. Entah-entah dah declare bancruptcy - wallahualam.
So, cik bulat gojes agak berbelah bahagi la untuk pergi.
Ala-ala subject matematik moden, "Kebarangkalian"

Banyak sangat kebarangkalian yang ada dalam kepala cik bulat gojes ni.
Nak describe one by one, rasa macam tak terlalu rajin.
Tapi, cukupla sekadar takut kalau kehadiran inche hubby, cik bulat gojes dan anak ke event tu nanti tak disenangi orang lain.

Yela.. bak kata pepatah.. Rambut sama hitam, hati lain-lain... boleh jadi.
Mungkin si penjemput tu boleh buang yang keruh, ambil yang jernih.
Tapi tidak yang lain.
And cik bulat gojes yakin dan pasti confirm ada yang tak tahu tentang jemputan ni.
So, masuk lagi subject kebarangkalian ini.

And apa yang cik bulat gojes bagitahu inche hubby.... "NOTHING COMES WITHOUT A REASON"
There must be A REASON kenapa tiba-tiba kami di jemput.
Takkan lah sekadar buang yang keruh ambil yang jernih sempena Maal Hijrah kan?

Sebab tu lah, cik bulat agak takut untuk buat keputusan menerima pelawaan (walaupun kami bayar).
Yelah, mungkin pada cik bulat gojes, takde masalah untuk melupakan apa yang terjadi.
Tak ada masalah untuk kembali macam dulu.
Tak ada masalah untuk merendahkan tembok keegoan.
Tapi, pihak lain, boleh ke?

Itu lah yang menjadi igauan di siang hari cik bulat gojes sekarang.
Sebab, tak mau la kan merosakkan mood holiday.
Kita nak seronok-ronok, bukan bermasam muka menyimpan dendam.

Kalau cik bulat gojes sendiri pun, bila orang tak sudi, memang spoil terus lah.

Nak tolak mentah-mentah ajakan dia, rasa macam tak manis la pulak.
Kita pun ada otak boleh fikir.
Orang dah ajak elok-elok, takkan kita nak jual mahal pulak kan.
Yelah, takut nanti ada pulak mulut-mulut yang kata "takkan nak sampai kita bentang carpet merah kat dorang?"
Hmm... tak syok jugakkan.
Sebab kami pun takdelah sampai ke tahap tu..
That's why lah kena cari keputusan yang terbaik untuk kedua belah pihak.
Korang rasa???


So, it's Maghrib sudah.
Mungkin boleh sambil-sambil bincang dengan inche hubby untuk yang terbaik.
Sebab, tak di nafikan, kami berdua rindu sebenarnya pada mereka-mereka.
Tapi, hanya kerana satu kejadian itu, di mana kami tidak di beri peluang untuk menerangkan apa yang sebenarnya, kami terus terputus hubungan - Blacklisted la...
Kami ada reason kami sendiri kenapa kami diam diri tak bagitahu mereka hal sebenar.
Banyak pihak yang kami harus jaga..
Dari mak ayah, sampaila ke keluarga lain-lain.
Jadi, takkan la kerana kawan, kita kena conteng arang kat muka family kita kan.
Kawan tidak kemana, tapi keluarga untuk selama-lamanya.
Itu yang mereka tak faham.
Waktu itu, cik bulat gojes dan inche hubby tersepit.
Menjaga hati banyak pihak sampai terpaksa berdiam diri, merahsiakan lokasi di mana jua kami berada.
Hingga bila mereka buat conclusion mereka sendiri, kami terpaksa diam jugak.
Masa tu, Allah aje yang tahu betapa sedihnya diri kami menerima hentaman demi hentaman.
Kutukan demi kutukan.

Tapi biasalah, bila ada "mulut berbisa" tukang tambah garam ajinomoto, tu yang jadi bergaduh bagai.
Tapi, tetap kami diamkan diri jugak.

Jadi, bila di jemput tadi, tu yang buat pelik bin ajaib....
Kenapa tiba-tiba??


hmmm..


MayAllahBless





No comments:

Post a Comment