Wednesday 21 November 2012

Ragam anak setahun

SalamAlaykum..

Good Morning lovelies..
As usual, Alhamdulillah kerana masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi Allah ini dengan aman *PrayForGaza*


Terdetik untuk merapu pagi-pagi ni bila tengok my little boy, Hariz...
Hari ni, Hariz berusia Setahun, sebulan dan 11 hari.
Alhamdulillah.. dia membesar dengan sihat dan bijak.
Ada ajeeeeeeeeee akal dia sampai kita ni berpeluh lencun nak melayankan karenah dia - Kalau orang tengok, macam rupa baru lepas sauna.
Makin hari makin cerdik, makin nakal, makin loyar buruk and yang paling best, makin kuat meragam.

Anyway, talk about meragam, cik bulat gojes rasa risau jugakla sebab Hariz ni kalau masa dia baby dulu, sangat lah baik.
Sangat sangat sangat susah untuk dengar dia menangis - nanti cik bulat try upload video macamana Hariz menangis masa baby.
Tapi, kalau sekarang, tak payah mintak sebab kita akan sentiasa dengar dia menangis - kadang-kadang datang loyar buruk dia, dia boleh buat-buat menangis (ibu jugak yang ngajornye..) - hihihi

Pening kepala ibu dengan papa di buatnya.
Sebab kami tak tahu apa yang dia nak.
Tu belum masuk kalau tak ikut kehendak dia and belum masuk meragam time nak makan.
Nak bagi makan macam nak bergaduh.
Kalau orang tengok, mesti orang kata "dia ni dera anak ke?"
Mana taknye, sampai kena pegang kepala and paksa buka mulut.
Hariz biaselah, sure lah menangis kan.
Tapi, bila makanan dah masuk mulut, elok je dia senyap and kunyah.
Bukanlah kata die keluarkan balik ke apa.
Pening pening pening kepala ibu ni sayang.
Sampai cik bulat gojes pernah kata .. "Sayang... kat negara lain, anak-anak menangis sebab lapar..tak dapat makan.. tapi sayang ibu menangis sebab ibu nak bagi makan. Banyak food yang ibu buat untuk sayang ibu ni"

Cik bulat gojes ada jugak la baca-baca article tentang perkembangan anak ni (especially setahun).
Maklumlah, ni anak pertama cik bulat gojes and of course la boleh di katakan tak ada experience.
Adik-adik dulu pun, bukan cik bulat gojes yang jaga.
Semuanya pembantu rumah yang uruskan.
Jadi, bila dah ada anak ni, kena banyakkan reading, and cari maklumat sendiri selain dari bertanya pada yang dah ada pengalaman.

Jadi, to those yang ada masalah serupa atau lebih kurang sama dengan cik bulat gojes, perhaps, this info might help.
Bila baca tu, rasa lega lah sikit.
Maknanya, itu normal.
Cuma, kita as a mother kena cari cara untuk mengatasi masalah ni, and of course lah, kena banyak bersabar.


SETAHUN


  • Perkembangan Fizikal - Kurang berbanding bayi sebab dha mula kurang makan (tapi kerap).
  • Lebih pandai makan sendiri walau banyak jatuh dari masuk mulut - Hariz pun macamtu.
  • Boleh minum guna cawan dengan bantuan ibu - Alhamdulillah, Hariz pun dah boleh.
  • Boleh berjalan tanpa bantuan ketika berumur setahun 2 bulan - Hariz boleh berjalan masa genap setahun umur dia. Alhamdulillah. 
  • Ada jugak yang dah boleh berjalan ke belakang dan menaiki anak tangga ketika mencecah setahun 10 bulan - Hariz belum lagi.
  • Perkembangan sosio-emosi mengamuk dan meragam adalah satu kebiasaan pada usia setahun. Tapi tak berpanjangan sebab mood senang berubah.
  • Dia juga mula memaparkan perasaan baru seperti cemburu, sayang, bangga dan malu - ohoyy.. ini memang tepat kena kat batang hidung Hariz.
  • Sukar untuk berkongsi alat permainan dan amat mengawal barangan peribadi. - agaklah. Tapi Hariz tak kedekut.
  • Ada juga bayi yang sering menganggap dirinya sebagai tumpuan ramai, jadi dia mungkin sentiasa mahukan anda berada di sisinya - agaklah...
  • Perkembangan kepintaran - mungkin sudah boleh menyebut nama anggota tubuh dan objek tertentu yang biasa dia tengok. Meniru bunyi haiwan, memegang pensil dan menconteng serta menggabungkan dua perkataan untuk membuat satu ayat asas.
  • Tumpuan kanak-kanak setahun terhadap sesuatu perkara agak pendek.

Haa.. so, itulah dia sedikit sebanyak...
Most of it memang kena tepat pada Hariz.
second last point tu memang agak menarik minat cik bulat gojes lah.
So far Hariz belum lagi boleh nak sebut nama anggota tubuh badan dia atau apa-apa objek lain.
Tapi, kalau kita tanya, dia tahu lah, especially "gigi" and "shoes"
Kalau "shoes" tu bila datang mood dia, sebut la jugak "ushh"
And Hariz pun dah boleh faham kalau kita tanya dia "Hariz, where's your puting?" atau "Hariz, where's your shoes?" (termasuklah, ball, police bike, aeroplane), dia mesti akan tertunduk (sometimes siap meniarap) untuk cari apa yang kita tanya dia.
Sometimes tu entah mana-mana dia tunjuk kononnya ada kat sana.  


And owh, kalau kita jalan-jalan kat mana-mana, kalau dia nampak kedai toys, dia dah pandai tunjuk-tunjuk nak pergi kedai toys tu.
Hahdoiii... tau aje kan itu toys.
Hehehe


Jadi, rasanya, tak perlu lah bimbang kalau anak meragam tak tentu hala.
Itu salah satu proses tumbesaran anak kita.

Kalau bak kata  my mom "Cucu neni nangis kenapa, lapar ke?" and "Hariz ni, kalau bukan sebab sakit, dia takkan nangis saja-saja"

Hadoi mak ku..... itu lah dia orang tua kita.. pantang cucu bukak mulut, takde lain dia cakap,, lapar,,, tak sihat...

Kita dengar pun macam menggelabah jugakla kan..
Yelah, kire sakit ke anak aku? tapi tak demam..
Lapar ke? tapi baru lepas susu.

Betul... mak-mak kita lebih pengalaman.. tapi kalau bab cucu, tak leh dapat info tepat dari dorang sebab emosi tak stabil when it comes about cucu
Hahahahahaha

Biasalah.. memang lumrah.. sayang cucu tak sama dengan sayang anak.. in fact, sayang cucu lagi lebih dari sayang anak.
Kita tak rasa lagi fasa tu, nanti kita dah ada cucu, baru masa tu kita akan cakap "ooo.. ini lah yang mak ayah kita rasa dulu"


MayAllahBless.



5 comments:

  1. yes indeed, i was feel the same feeling :) Now i know why my daughter always cry when she see me,she hug me she kiss me. always like mengada2 tunjuk itu ini, once xdpt confirm buat mcm nk nangis.. hehe geram nk marah but feel like enjoy layan karenah bdk2 ni

    ReplyDelete
  2. Salam..sangat memahami..saya ade 3 heroes..5 3 n 1 tahun..masing2 lain perangai..kalo mengamuk..ya Allah..sabar ajelah..mmg part of development agaknye kan?

    Nway nice sharing
    Jemput lawat blog Www.adaa-inspiration.com

    ReplyDelete
  3. Salam..sangat2 betul.anak saya hari tu terjatuh atas jalan sebab asyik nak berlari je,esoknya terus atok dan wan datang melawat..adoiyai..sabar jela..hehe

    ainaez.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Salam..sangat2 betul.anak saya hari tu terjatuh atas jalan sebab asyik nak berlari je,esoknya terus atok dan wan datang melawat..adoiyai..sabar jela..hehe

    ainaez.blogspot.com

    ReplyDelete
  5. Anak saya 1 sebulan 12 hari..sejak akhir-akhir ni perangai berubah .asyik nak melekat kat saya..sensitif..kerap menangis tak mcm dulu..risau sgt..so ni normal la ye

    ReplyDelete