Tuesday, 10 July 2012

Kerabu kaki ayam

Salam Alaykum and good morning all.
I'm currently down with watery eyes, flu and phlegm. Inche hubby is getting better and now it's my turn to take over.

Inche hubby is away sending my youngest sis to college, so, I ending up with don't know what do.

Well, last night, i did write a recipe on steamed bread pudding, and now, I remembered on my another recipe.
Well, I learn how to make it from my mom - of course - on how to make Kerabu Kaki Ayam.

ini gamba ihsan dari dalam internet

It's superlicious, trust me.

Last week, my abah in law buat satu family gathering to celebrate from April to July babies, for menyambut puasa and tahlil.
So, my mom in law bagi mandat kat cik bulat gojes untuk buat kerabu kaki ayam - masak..... LoL
Nak kata tak menggelabah, tipu la kan, taaaaaaaapi, cik bulat gojes cool aje - konon.

2 weeks before the gathering, cik bulat gojes cari la recipe, and since kerabu kaki ayam ni memang bukan benda pelik dalam my family, so, bonda cik bulat gojes la jadi tempat rujukan sebab mak memang terror dalam hal-hal ni.

So, mari kita tengok apa yang perlu ada untuk buat kerabu kaki ayam ni.

Main Ingredients

Kaki ayam - nama pun kerabu kaki ayam kan.. lagi banyak, lagi sedap.
Daun kesum
Serai
Bunga kantan
Cili padi - untuk tumbuk lumat and hiris halus
Belacan
Limau nipis
Bawang Merah
Bawang Putih
Bawang Besar - some panggil bawang Jepun, ada jugak panggil bawang Holland, etc.
Daun salad - alaaa.. yang selalu letak dengan nasi ayam tuuuuu.
Garam
Gula

Cara-cara buat. Very the easy one.

1. Rebus kaki ayam sampai lembut sebab nanti korang kena buang segala tulang yang ada. Guna jari pun boleh. Make sure jangan sampai hancur pulak.

2. Sementara nak menunggu kaki ayam lembut, boleh la hiris nipis-nipis daun kesum, serai and bunga kantan. Campur je dalam mangkuk besar terus. Cili padi pun hiris jugak, tapi jangan la nipis-nipis sangat. In case kalau ada yang tak mahu pedas sangat, masih boleh nampak hirisan cili padi dalam tu untuk di asingkan nanti.

3. Hiris bawang besar dalam sebiji dua, depends on berapa banyak korang buat, and hiris jugak daun salad - make sure hiris bawang besar and salad tu jangan tebal sangat, and jangan nipis sangat. Bila dah hiris, asingkan dulu dalam bekas lain, sebab yang ni akan di gaul last sekali.

4. Lepas yang hiris-hiris dah ready, kita tumbuk menumbuk pulak. Tumbuk lumat Bawang merah 5 ke 6 ulas, 4 ulas bawang putih, agak-agak dalam 8 batang cili padi dan belacan. Tumbuk make sure lumat tau. Cili padi tu, pandai-pandai la nak tahap kepedasan macam mana. Tapi ingat, nanti pun akan di masukkan hirisan cili padi jugak tau. Nanti terbakar montot. Belacan pun sama, lagi banyak lagi bagus, tapi yelah, jangan lurus bendul pulak, mentang-mentang cik bulat gojes kata lagi banyak lagi sedap, terus letak sebuku haaaa.. pandai-pandai agak la ye.

5. Bila dah tumbuk lumat, ambil dalam 2 biji limau nipis, ambil jus nya ye. Campur je sekali dengan bahan yang di tumbuk dalam lesung tadi. Gaul siap-siap dalam tu. Waaaah.. rupa sambal belacan pun ada.. hehehe

6. Kaki ayam tu, bila dah masak, dah lembut, buang tulang-tulang semua ok. Pastu, kalau rasa besar sangat kaki ayam tu, hiris-hiris la sikit. Mungkin bahagi 4 ke, kut-kut la ada yang ngeri pulak tengok kaki ayam kat dalam tu - hahahaha - gelak guling-guling.

7. Bila dah ready semua, it's time to gaul menggaul.. wallaaaaaahhh.. Masukkan bahan yang dah di tumbuk and dah di campur jus limau nipis ke dalam mangkuk yang ada daun kesum, serai semua tu. And masukkan jugak kaki ayam kat dalam mangkuk tu. Gaaaaaaaaaaaaaaaaaaul sebati, then masukkan bawang besar dengan salad, gaul lagi. Jangan gaul kuat-kuat sangat, takut hancur salad tu nanti. Then, masukkan garam sikit and gula sikit, gaul lagi, then rasanya. Kalau tawar garam, letak garam lagi, kalau tak masam, tambah jus limau lagi sebab kerabu ni is all about the taste of masam, manis, masin and pedas. Mesti kena balance kan ikut citarasa masing-masing.


So, selamat mencuba........


Yakin pada Dia,
Allah Azzawajalla

[MayGodBless:11072012:0913]





No comments:

Post a Comment