Yeah, aku sekarang memang aggresively looking for a job sebab Mak Tom dah bosan jadi suri rumah tangga, and I managed to get an interview from one company.
As usual lah, tanya itu, tanya ini, aaaaaaaaaaand here comes the common said part
"if you are selected, we will give you a call in 2 to 3 weeks time"
So, this is when aku rasa macam tak ada harapan la kot sebab tak ada nak tanya pasal gaji *gelojoh kan?* - Tapi, the truth, deep down inside me memang mak tom meletakkan satu harapan setinggi gunung lah.
And few days later, I received a call from the manager - pada mulanya sudah berangan dapat berita yang aku dapat kerja, tapiiiiiiiiiiiiii...
"Hajar, I would like to invite you for the second interview on Next Monday at 1pm. Would it be ok to you?"
Well, do I have other choice?? Kalau aku kata "NO" nanti di reject orang pulak. Belum apa-apa dah demand dulu.
So, I've been given 4 days to make preparation and this time diorang nak aku buat short presentation.
Ternganga la sekejap.
Dah la Mak Tom tengah frustrated gila kan. Harapkan lain, tapi lain yang dapat.
And duuuuuuuuh memang Mak Tom tak buat apa la. Sebab these few days agak banyak la bendasing-bendasing jalanan yang buat aku stresssssss sangat.
So, biasalah, last minute baru terkincit-kincit nak cari info. - owh, well, masa tu fikiranku tengah bercelaru dengan pelbagai masalah yang ada, so, sampai satu tahap, aku tak tahu apa yang aku tengah buat.
Focus? Jangan tanya lah, memang lari teruuuuuuuuuus.
Masa tu, aku memang mengharapkan kata-kata mutiara dari inche suami ku, TAPI, laaaaagi hampeh.
He's not this kind of guy who can play with words. Kalau tanya bab computer ke, internet ke, gadgets ke, memang kelajuannya mengalahkan UNIFI.
Tapi, walaupun dia fail dalam bab bermain kata-kata ni, kata-kata suntikan semangat tetap dia bagi pada aku walaupun kadang-kadang Mak Tom sendiri pun pening sebab...... - apakah yang cuba di sampaikan ni? LOL
Banyak kali aku pandang wajah satu-satunya permata hati aku, Hariz.
Sebab masa tu, aku betul-betul perlukan kekuatan, keyakinan dan semangat yang tahap maksima.
Tapi, tak tahu kenapa, aku tetap rasa tak boleh.
Semangat? down.. Keyakinan? down.. Airmata pun down dengan lajunya.
Yes, I cried, lepas tu gelak sendiri sebab aku tak pernah nak rasa macamni untuk pergi interview.
Inche suami cakap...
"ibu, bukan senang untuk dapatkan second interview. Itu bermakna dorang memang interested dengan ibu so that dorang nak tengok lagi apa yang ibu boleh bagi"
Heh, berulang kali inche suami memujuk and cuba yakinkan Mak Tom yang degil ni, tapi sikit pun tak berbekas di hati dan aku tetap berdegil untuk tarik diri - Ini lah dia manusia degil. Blame kat 2 pusaran atas kepalaku - motif?
Sampaila inche suami pun dah give up dengan puan isteri yang degil sebab ada 2 pusar atas kepala ni, akhirnya, pasrah dan redha dengan keputusan gila lagi merugikan Mak Tom ni.
However, masalah tak selesai lagi.
Sebab fikir pulak, macamana nak inform kat dorang-dorang semua tu?
Nanti apa kata dorang?
Masa interview kemain cakap "I love to challenge myself", tapi ni, baru suruh buat short presentation, dah nak tarik diri - errrrrr.... kan dah kata, punca sebenar sebab aku stress yang amat sangat - again, morif?
So, bermulalah drama tak bertauliah Mak Tom ni. Sambil-sambil tulis e-mail, sambil fikir, jalan cerita apa yang nak di buat.
Well, nak tak nak, terpaksa la cakap yang aku terpaksa tarik diri dari interview tu sebab ada kematian dalam family - again, errrrrrrrrrrrrrrrrrr... well, aku just cakap nenek aku meninggal (well, nenek sebelah mak aku pun memang dah tak ada pun. Boleh la jadi bahan tipu sunat).
Lagi, tulis jugakla kononnya, masih berminat untuk have other interview with them for any other related position. Itu ayat cover sebenanrnya sebab tak mau nampak obvious sangat.
Tapi... masih ada tapi.....
bala tu tak ending di situ ye tuan-tuan, puan-puan.
Sebab, few minutes later, BlackBerry ku berkelip-kelip lampu merah, dan ku lihat ada e-mail notification - apakah??
Mula-mula fikir, mungkin e-mail jobs alert dari JobStreet.. tapiiiiiiii...
huh, JobStreet la sangat kan........ sekali, the manager replied...
Ingatkan, reply "thanks" ke atau apa-apa la yang berkaitan.
Yelah, bila dah tarik diri, maknanya, they can find other candidate. Betul tak?
Tapi, tu lah.. lain yang kuharap, lain yang dapat....
Rupa-rupanya, the manager nak re-arrange date untuk econd interview aku.
Ayooooooo.. menangis tak berlagu la Mak Tom sekejap.
E-mail pulak aku received right after I told my hubby yang aku berminat untuk menjadi seorang pendidik.
Dengan terimanya e-mail dari manager tu, inche suami apa lagi... ambil peluang untuk tembak Mak Tom balik laaaaaaaaa..
"haa, see.. betul tak apa papa cakap. Dorang memang berminat dengan ibu, cuma dorang nak tengok apa yang ibu ada and apa yang ibu takde. Mungkin dari situ dorang dah boleh plan training apa nak bagi untuk ibu nanti. Bu, kalau dorang tak berminat dengan ibu, takdenye dorang sanggup nak re-arrange date untuk ibu. Ingat senang ke manager or leader nak cari satu slot untuk someone yang belum tentu bekerja dengan dorang? At least, there's a good sign that you'll be selected for the job. Chances tu besar. Tapi, kalau tak dapat pun at least kita puas hati"
owh.. panjang lebar inche suami bagi tazkirah.
So, itulah balasan orang menipu - hehehehehehe
Well, at least, aku dapat la semangat sikit kat situ.
I'll do it for Hariz.
So, let's see how it goes this Wednesday.
Kalau ada rezeki Mak Tom, ada rezeki Hariz, InsyaAllah.
Tapi, kalau tak ada rezeki, nak buat macamana. Betul tak?
Mungkin Allah dah rancang sesuatu yang lebih baik untuk kita.
Cuma kita kena sabar dan terus berjalan di samping berusaha, doa dan tawakkal. InsyaAllah.
Yakin pada Dia, Allah Azzawajalla
[MayGodBless:03072012:0344]
No comments:
Post a Comment