Ohsemm..
The wedding is simple tapi sangat best.
So, below ni ada 2 videos, satu video ni macam ala-ala pre-wed punya video la. Selalu orang buat yang "Save The Date", tapi yang ni, menceritakan how they met.
MasyaAllah, berjumpa di hadapan kaabah, Alhamdulillah, Allah telah memudahkan pencarian jodoh Irma Hasmie.
Walaupun Irma Hasmi tak kenal aku, tapi, aku minat dia (ni semua gara-gara Awan Dania), nak pulak selepas berhijab ni. Memang sweeeeeeeeeet sangat.
So, enjoy ok.
Kalau betul-betul menghayati, boleh jatuh air mata.
There you go..
3 videos untuk tontonan umum.
Video pertunangan pun sangat sweet dan best.
Sukaaaaa...
Nasibla dah kahwin and dah ada seorang hero.
Mungkin 10th year anniversary nanti, boleh buat ala-ala wedding gituss - Melampau!!
Itu pun kalau masih ada jodoh dari segi hubungan suami isteri, dan jodoh dalam umur.
Apa, ingat umur tak ada jodoh?
Kalau ada jodoh untuk terus hidup, InsyaAllah.
Berdoa pada Allah.
So, rasanya, dah tak ada apa lagi yang nak di lalutkan,
Ni pun sambil menemani hero pujaan malaya cilik tidur, huhuhu.
So, till then..
Kepada yang sudah bersuami/beristeri,
Jangan meleleh air liur ye dengan videos ni semua.
Teruskan perjuangan dalam hidup. Biarlah perkahwinan hanya sekali.
Eratkan hubungan kekeluargaan setiap hari. Pupukkan rasa cinta, semai kan benih cinta, taburi cinta dengan benih-benih dari doa kepada Allah Taala.
Semoga hidup kita akan lebih di berkati dan di redhai Allah.
Kepada yang belum mempunyai anak, jangan putus asa.
Teruskan hayati hidup berdua dan teruskan berusaha.
Pada yang sudah memiliki cahayamata, jagalah utusan Allah dengan sebaiknya.
Didik mereka ke jalan yang betul.
Jangan sesekali sia-siakan amanah Allah itu kerana anak-anak lah harta kita dunia akhirat.
Mak Tom mintak diri dulu ye.
Yakin pada Dia,
Allah Azzawajalla
[MayAllahBless:05072012:2029]
No comments:
Post a Comment